Posts

Showing posts from 2021

#ThrowBack : Wedding Ida

Image
Assalamualaikum, Lama rasanya saya tak update blog. Selalu blogwalking je. So hari ini saya gagahkan juga, paksa diri untuk post entri. Hehehe. Bila kemalasan dah mula menguasai diri, itu yang asyik bertangguh sahaja. One of my best friends during kolej already get married. Alhamdulillah. Awat lah tahun ni geng aku pakat kahwin. Kalau yang lagi seorang tu kahwin juga tahun ni, thats mean just only me yg masih bujang. Hehehe.  Kawan saya iaitu Ida akan bernikah pada 13 September 2021 . Ketika itu, Lembah Klang memang tak boleh rentas. Sedihlah bakal pengantin sebab kami tak dapat bersama dengan dia waktu majlis. Selang beberapa hari sebelum hari majlis, Perdana Menteri umum area Lembah Klang boleh rentas daerah. Of course orang yang paling happy adalah Ida. Terus chat ajak kami tidur rumah dia. Memandangkan Ida nikah pada hari isnin and saya bekerja, so saya minta cuti. Ana pula memang kebetulan cuti hari tu. So tak ada masalah.  Saya gerak ke Rawang petang Ahad tu selepas z

Selesai Divaksin

Image
Assalamualaikum, Apa khabar semua? Tengok jumlah kes positif Covid-19, sedih rasanya. Sama-sama lah kita jaga diri ye. Tak tahu nak komen apa. Tak nak tunding jari mana-mana pihak. Hanya mampu berdoa dan sentiasa jaga diri dan orang tersayang. Sesungguhnya saya rindu kampung. Lama dah tak balik. KL-Selangor yang dari awal PKP paling susah untuk diberi kebenaran untuk rentas negeri dek kerana jumlah kes positif terlalu banyak. Sabar je lah. In Shaa Allah, one day semua ini akan pulih.  Panjang lebar mukadimmah saya ye. Alhamdulillah saya antara penerima vaksin yang telah selesai dos kedua. Al-kisahnya, saha mencuba nasib untuk menempah appointment bagi vaksin Astrazeneca tapi tak berjaya. Sudahnya saya give up and yakin semua orang akan terima juga nanti *sis cuba positif* . Satu hari bos saya minta nama siapa yang sudah daftar vaksin tapi belum dapat tarikh. Maka saya pun maklumlah. Selang beberapa hari, kecoh di whatsapp group office suruh semua yang bagi nama untuk semak MySejahtera.

Tersenarai dalam Bloglist #41 MiaLiana.com

 Assalamualaikum, Apa khabar semua? Salam Isnin. Ceria sungguh mood saya hari ini dalam ketika hati ni tengah nervous menunggu result swab test yang saya baru buat pukul 9 pagi tadi. *jeling tajuk entri* Alhamdulillah saya terpilih untuk menjadi salah satu blog bagi bloglist MiaLiana.com. Yeahhh! Terlebih excited sampai post entri. Saya selalu tak bernasib baik kalau join apa-apa segmen ataupun pertandingan cabutan bertuah. So, bila terpilih ni Iolls terlebih excited sampai buat entri ni hah. Khamis lepas, saya join segmen  yang dianjurkan memandangkan syaratnya mudah sahaja. Saya hanya mencuba nasib. Actually, saya terlupa tentang segmen ini. Saya tak teringat untuk check selepas segmen tamat. Tadi, saya terdetik untuk buka blog and ternampak komen dari Kak Mia terus saya buka  entri  beliau. Alhamdulillah. Moga dengan 'kejayaan' ini saya lebih bersemangat untuk kembali aktif dalam dunia blog. Sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. Sayonara and mohon doa kalian agar r

Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com

Image
Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.30 pagi 1/7/2021 sehingga 10.30 pagi 2/7/2021.  Semua blogger dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog MiaLiana.com  /  Like Fanpage MiaLiana.com  / Follow Instagram @mialiana  (mana-mana yang ada) Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI 10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Julai 2021 . ** jom support Mia Liana....

Blog Berwajah Baru

Image
  Assalamualaikum, Apa khabar semua? Perasan tak something different pada blog saya? *tak ada siapa pun perasan* Tak tahu apa mood hari ini nak tukar template. Finally, blog saya berwajah baru. Tak ada lah gah sangat pun. Saya guna template yang disediakan ada blogger ini sahaja. Masih dalam proses edit lagi. Dah lama saya tak edit blog. Last saya edit blog tahun 2018 tak silap. Saya memang dah rancang untuk edit blog tapi malas yang amat sebab susah nak edit blog ikut apa yang saya nak. Saya masih ingat lagi sebelum ini saya siap google tutorials untuk edit blog. Maklumlah tengok blog orang lain cantik, kita pun nak tapi kita ni tak pandai main dengan code nie. Makanya kita kena lah belajar. Berkat kesabaran dan kegigihan kita, terhasil lah blog yang saya inginkan. Gituwww....  Template blog sebelum ini lah. Mana yang pernah singgah or follow saya sebelum ini mungkin tahu rupa blog saya yang penuh dengan pink. Background blog pon warna pink, kalau boleh semua nak pink. Nasib baik tul

Raya 2021

Image
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Salam PKP 3.0! So ape aktiviti korang semua raya tahun ini? Raya tahun ni lebih kurang macam tahun lepas. Tak ada beza sangat. Seperti yang dijangka raya tahun ni memang saya beraya di KL. Siapa raya di KL kita geng. Sep ciked! Tahun ni saya beraya bertiga dengan housemates saya. Tahun lepas berdua dengan Zhatul. Tahun ni tambah seorang ahli, Kak Naji.  Hidup bujang memang tak ada plan untuk memasak pun especially tukang masak saya, Tiah balik rumah makcik dia. Hehehe. Kak Naji order sate, nasi impit, kuah kacang dengan kawan dia. Zhatul pulak order ketupat palas. Saya? Saya tak order. Order biskut raya je lah kot. Nak beli meriah sangat takut tak habis sebab kami bertiga je. Malam raya melantak sate dengan ketupat palas. Tengok lah kemain meriah padahal tiga orang. Sampai hari ni ada lagi tak habis. Pening kepala nak perabis ni. Jam 9.30 pagi, 13 Mei 2021. Kak Naji ketuk pintu bilik setiap kita orang. Semangat kejut suruh bang

Short Staycation

Image
Assalamualaikum, Selamat menyambut bulan Ramadhan even though lagi beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita. Pejam celik pejam celik Syawal bakal tiba. And sad to say this gonna be second year saya menyambut di perantauan. Gituwww. Bukan saya seorang sahaja. Majoriti rakyat Malaysia yang tak dapat merentas negeri mahupun daerah untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Ohh so sad *nangis bucu katil* Tak tahu lah raya nanti apa saya akan buat. Merenung nasib kot macam tahun lepas. Hahaha *over je* Dah lama saya perap cerita nie dalam otak saya untuk update blog. So, hari ini gagahkan juga sebelum mood malas menguasai saya and idea untuk membebel dalam blog ini hilang begitu sahaja *tutup mulut. Ihikkss*  Sebenarnya, last minute juga plan untuk tidur hotel. Alkisahnya, saya tanya Alina bila nak iftar sama-sama. Kalau ikutkan saya bukanlah seorang yang suka iftar diluar sebab sesak, kemudian tergesa-gesa nak kejar maghrib. Kalau solat maghrib dulu pun, kena tunggu turn untu

Happy Birthday to Me

Image
Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac. Rasa macam baru semalam sambut birthday saya #tiber. Tak tahu apa mood tahun ni nak update pasal my birthday. Nothing special pun sambutan untuk tahun ini. Makin tua makin tak seronok bila birthday tiba. Huhuhu. Iolls makin tua.  10 Februari 1996 saya selamat dilahirkan di dunia ini pada jam 9.30 malam di Hospital Besar Muar. Alhamdulillah 25 tahun saya diberi keizinan untuk bernafas dan menimba ilmu serta pengalaman. Banyak yang saya perlu belajar. Tahun ni sambut birthday time PKP kan. So agak special for this year. Saya hanyalah insan biasa. Dapat hadiah tu memang seronoklah. Tahun ni dapat hadiah yang saya tak fikir untuk dapat. Mostly saya memang nak beli tapi tahan duit sebab nak berjimat maklumlah gaji bulan Feb masuk awal gila. So lets kita 'unboxing'. Thank you Zhatul for this cake and baju kurung. Lama dah survey baju kurung dari Dhia Cotton ni. Tuptup dah dapat. 

#ThrowBack : Wedding Kemar

Image
Assalamualaikum, Welcome back #tiber. Sebenarnya, saya dah lama nak post entri ni tapi duk lama bersarang dalam kotak draft tu start dari awal Januari sampai laa ni tak post. Makanya terjadilah #ThrowBack. Ikutkan hati memang dah malas habis untuk post sebab lama sangat biarkan, idea pun dah hilang tetapi saya paksa juga otak ni untuk bekerja. Wedding BFF wajib disimpan dalam blog saya ini. Ya Allah, pejam celik pejam celik tak sangka saya dah masuk separuh usia 20-an. Yeaa I'm 25 right now. Dah tua sistur nie. Bila lah nak kahwin #tiber. Siapa sangka hikmah pandemik Covid-19 ini sangatlah memberi kebaikan kepada semua bakal pengantin untuk mereka kurangkan perbelanjaan. Ramai yang ambil peluang ini untuk langsungkan majlis perkahwinan dan juga pertunangan. Walaupun, majlis tidak dapat dibuat secara meriah seperti sebelum ini tetapi kita kena dahulukan yang wajib lah.   Back to our story, salah seorang kawan baik saya semasa zaman diploma turut mendirikan rumahtangga pada hari Sabt