#ThrowBack : Wedding Ida
Assalamualaikum,
Lama rasanya saya tak update blog. Selalu blogwalking je. So hari ini saya gagahkan juga, paksa diri untuk post entri. Hehehe. Bila kemalasan dah mula menguasai diri, itu yang asyik bertangguh sahaja.
One of my best friends during kolej already get married. Alhamdulillah. Awat lah tahun ni geng aku pakat kahwin. Kalau yang lagi seorang tu kahwin juga tahun ni, thats mean just only me yg masih bujang. Hehehe.
Kawan saya iaitu Ida akan bernikah pada 13 September 2021. Ketika itu, Lembah Klang memang tak boleh rentas. Sedihlah bakal pengantin sebab kami tak dapat bersama dengan dia waktu majlis. Selang beberapa hari sebelum hari majlis, Perdana Menteri umum area Lembah Klang boleh rentas daerah. Of course orang yang paling happy adalah Ida. Terus chat ajak kami tidur rumah dia. Memandangkan Ida nikah pada hari isnin and saya bekerja, so saya minta cuti. Ana pula memang kebetulan cuti hari tu. So tak ada masalah.
Saya gerak ke Rawang petang Ahad tu selepas zohor. Saya gerak sendiri memandangkan Ana pergi dengan husband dia. Ida ada tempah untuk berinai selepas asar. Majlis berinai pun hanya kami sahaja. Saya dan Ana. Yang lain family Ida.
Ida tempah makanan selama 3 hari berturut-turut. Makanan yang sudah siap bungkus untuk dia dan tunang bagi pada jiran-jiran dorang. Alkisahnya, waktu tengah berinai, saya send gambar dalam whatsapp group kami, suddenly Kemar tanya kami kat rumah Ida ke. Then dia video call kami. Rupanya, Kemar dah ada kat Bangi sekarang. Kami ingatkan dia masih kat Melaka sebab waktu sekolah kena tutup semula dia balik rumah husband. So, kami tak ada lah ajak dia. Rasa serba salah pula tak roger dia. Malam itu, saya dan Ana gerak ke Bangi ambil Kemar. Fiqa je lah yang tak ada memandangkan dia ada dekat Johor. Idok lah boleh rentas negerinya.
13 September 2021
Someone's big day. Pagi subuh tu, hujan lebat. Ida tempah makeup dekat rumah Ateh (kakak kedua). Memandangkan saya dan Ana bangun lewat sikit *syok tidur time hujan-hujan. Hehehe*, Ida pergi dulu dengan Kemar. Saya dan Ana datang kemudian. Majlis nikah start pada jam 11 tengah hari di Pejabat Agama Islam Gombak.
Jam 11.30 tengah hari, kelibat Ida keluar dari pejabat agama dengan husband dan ayah Ida. We knew that Ida selamat bergelar isteri buat Shauqie. Congrats Ida. Perasaan bercampur-baur waktu tu tapi masing-masing tahan air mata, tak mahu lah sedih waktu hari bahagia kawan kan.
Selesai bergambar sebentar, kami terus gerak ke rumah Ida untuk makan-makan dan sesi bergambar. Actually, banyak gambar tapi pada kamera kawan Ateh. Gambar yang ada ni semua pakai phone. Itu yang ada gambar cerah, gelap, filter bagai. So, apa yang ada je lah ye.
Pengantin malu-malu nak posing. Kesian kena buli. Ana, Kemar dan Ateh pakat tunjuk gambar kahwin masing-masing suruh pengantin posing gitu.
Selesai sesi bergambar dan makan-makan, kami minta izin untuk balik memandangkan esoknya kerja. Kami balik jam 4 petang selepas husband Ana sampai. Saya hantar Kemar dekat KTM Midvalley. Alhamdulillah, majlis pernikahan Zahidah & Shauqie berjalan dengan lancar even though ada lah sedikit masalah. Biasalah orang selalu cakap sebelum nak akad nikah pun ada ujian juga kan.
To Ida, congratulation on your marriage. Even till now aku masih tak percaya kau dah kahwin. Alhamdulillah, Allah berikan kebahagian untuk kau setelah macam-macam ujian kau hadap sebelum ni. I'm proud of you and seriously aku tumpang gembira that you finally met someone that can make you happy. Even though macam kelakar bila fikir balik, punya lah bercinta, putus, gaduh bagai dengan dengan orang lain, sudahnya your jodoh tinggal kat lorong sebelah je and he already be your friend so many years. Perancangan Allah itu indah kan. To Shauqie, please jaga Ida dan bahagiakan dia. She already chose you to be her partner. I'm sure you can make her happy. Moga perkahwinan both of you kekal bahagia, diberkati oleh Allah sehingga jannah.
Honestly, I want to cry again while typing this entry. Huhuhu. Okay goodbye and have a nice day :)
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.