#ThrowBack : Wedding Kemar
Assalamualaikum,
Terserempak dengan Yok, geng lepak zaman Diploma. Banyak berubah dah tunangan orang ni. Dah jadi lelaki sejati :p Semoga dimudahkan urusan perkahwinan nanti Yok. Jangan lupa jemput kitaorang.
Welcome back #tiber. Sebenarnya, saya dah lama nak post entri ni tapi duk lama bersarang dalam kotak draft tu start dari awal Januari sampai laa ni tak post. Makanya terjadilah #ThrowBack. Ikutkan hati memang dah malas habis untuk post sebab lama sangat biarkan, idea pun dah hilang tetapi saya paksa juga otak ni untuk bekerja. Wedding BFF wajib disimpan dalam blog saya ini. Ya Allah, pejam celik pejam celik tak sangka saya dah masuk separuh usia 20-an. Yeaa I'm 25 right now. Dah tua sistur nie. Bila lah nak kahwin #tiber. Siapa sangka hikmah pandemik Covid-19 ini sangatlah memberi kebaikan kepada semua bakal pengantin untuk mereka kurangkan perbelanjaan. Ramai yang ambil peluang ini untuk langsungkan majlis perkahwinan dan juga pertunangan. Walaupun, majlis tidak dapat dibuat secara meriah seperti sebelum ini tetapi kita kena dahulukan yang wajib lah.
Back to our story, salah seorang kawan baik saya semasa zaman diploma turut mendirikan rumahtangga pada hari Sabtu 09.01.2021. Agak rushing juga sebenarnya. Sebab tetiba sahaja dia inform kitorang yang dia akan nikah tahun ni. Asalnya dia maklumkan untuk bertunang pada bulan 12 tahun lepas. Tetapi keadaan semasa yang tidak menentu ni, dia ambil keputusan untuk bernikah dahulu dan melangsungkan majlis di kemudian masa. Selesaikan yang wajib dahulu. Majlis pun dilaksanakan di Melaka memandangkan sebelah lelaki berasal dari Alor Gajah. Kawan saya tu tinggal di Pahang tetapi memandangkan kampung dia di Melaka, so buat sekali harung.
Seperti yang dirancang, Kemar sudah tempahkan homestay untuk kami selama 3 hari 2 malam. Alang-alang dia tempah untuk keluarga dia dan bakal suami, kami pun tumpang sekaki. Kami menetap di Ayer Keroh D'Village Resort. Berdekatan dengan MITC, Mydin dan banyak tempat. Saya dan Ana bertolak pada petang Jumaat tu. Ida pula gerak awal sehari kerana ada urusan dekat Melaka. So, hari Jumaat tu baru kami berkumpul. Saya bertolak lambat tidak seperti yang dirancang kerana terdapat kejadian yang tak dijangka untuk berlaku dimana cermin tingkap kereta saya pecah. Tingkap belakang driver. Saya tak pasti macam mana boleh pecah. Cuma fikir mungkin panas dalam sebab agak panas juga cuaca waktu tu. Nak katakan kena batu tapi saya tengok luar cermin tak ade kesan retak disebabkan batu. Saya dalam perjalanan untuk ambil Ana di Shah Alam. Saya tetiba dengar bunyi meletup yang kuat dan sangat dekat. Saya intai kiri kanan ingatkan ada accident or tayar kereta lain pecah tetapi keadaan seperti biasa. Tiada kenderaan berhenti tepi. Nak kata tayar kereta saya tapi elok je saya bawa. Saya pun teruskan perjalanan tapi saya tak puas hati sebab bunyi tu dekat sangat. Saya intai cermin pandang belakang, di situ saya ternampak cermin tingkap belakang saya pecah. Terus saya intai pada cermin sisi kanan. Sah, retak seribu tingkap saya. Saya buntu waktu tu, patut ke saya berhenti? Apa patut saya buat? Federal highway tak jem tapi sesak dengan kenderaan. Saya pulak berada di lane tengah. Saya tawakal saya teruskan je perjalanan saya. Dalam hati ni dah berdoa supaya jangan lah cermin tu pecah berderai. Alhamdulillah cermin stay je sebab dipegang dengan tinted kereta saya. Saya bawa kereta perlahan supaya cermin tu tak pecah tapi saya dengar kaca jatuh. Serius saya tak tahu nak buat apa. Mampu berdoa supaya Allah mudahkan urusan saya.
Retak seribu hati saya ni bila tengok cermin tingkap ni. Time tu memang dah terbayang berapa duit saya nak kena keluarkan. Memang lari lah bajet saya.
Saya dah maklum pada Ana. Sampai je rumah dia, kami decide untuk cari kedai kereta. Saya tak yakin untuk gerak terus ke Melaka dengan keadaan cermin tingkap gitu. Alhamdulillah Allah mudahkan, uncle kedai kereta tu bagitahu saya untuk cari kedai Dr Cermin dekat Google. So, saya google kedai paling dekat di Petaling Jaya. Maka kami terus gerak ke sana. Syukur sangat-sangat, stok masih ada and dorang boleh siapkan dalam masa tu juga. Dalam sejam lebih juga saya dan Ana tunggu. Kami lepak makan di kedai makan berdekatan. Total cost termasuk upah dan tax around RM163 gitu.
Selesai urusan, kami terus gerak ke Melaka jam 6 petang. Ana dah call pihak resort untuk memaklumkan kami check in lewat. Alhamdulillah dimudahkan urusan kami. Pihak resort maklum untuk kami ambil kunci pada guard bila dah sampai sana. Pasti korang tertanya kenapa bukan Ida tolong check in dulu? Mek sorang tu ada urusan tak dapat nak check in dulu. Kami tiba di resort jam 8 malam, tunggu pak guard untuk ambil kunci. Dah check in baru nak landing kat katil, Ida sampai dan ajak kami teman dia hantar gewenya.
Saya tak ada ambil gambar bilik. Sempat rakam je sebab teruja dapat bilik besar. Tak jangka pula Kemar tempah 2 bilik untuk kami. Bilik ni bercantum cuma dipisahkan dengan pintu dekat tengah tu je. Asalnya kami berempat tetapi kawan seorang lagi last minit bagitahu dia akan bertunang pada tarikh yang sama dengan majlis Kemar. Bilik yang katil queen kami jadikan tempat tidur dan bilik lagi satu tempat kami letak barang memandangkan meja solek dan almari ada.
Lepas hantar pakwe Ida, kami pergi lepak di Klebang. Fuhhh port lepak zaman Diploma dulu. Port kami overnight tak balik asrama. Banyak kenangan disitu. Kebetulan ada Downtown kat situ, tudung tak beli lagi, so kami decide nak cari dekat situ.
Sabtu 9 Januari 2021
Yeah, hari yang dinantikan. Hari yang bersejarah buat geng kami terutamanya Kemar. Pagi Sabtu, kami bersiap-siap untuk pergi ke masjid. Kemar nikah dekat masjid di Bukit Beruang.
Selfie sat sementara menunggu pengantin bersiap
Perasaan waktu ni bercampur-baur. Happy, sedih, excited. Sebak sebab kemar bakal menamatkan zaman bujangnya. Kemar orang pertama dalam geng kami yang gerak dulu. Proud of you kemar. Finally, you already be a wife for your husband. Barakallah.
Dengan sekali lafaz, Saidatulakmar selamat menjadi isteri yang sah. Congratss baby girl. Proud of you *sobsob*
Yeah, Kemar already married!
Selesai majlis pernikahan, kami gerak ke rumah nenek Kemar untuk kenduri doa selamat. Kemar buat majlis kecil-kecilan, jemput saudara-mara dan jiran terdekat. Pada petang tu, ada photoshoot untuk gambar nikah. Lokasi dipilih di Taman Botanikal Melaka, tak jauh dari resort kami.
Selesai majlis pernikahan, kami gerak ke rumah nenek Kemar untuk kenduri doa selamat. Kemar buat majlis kecil-kecilan, jemput saudara-mara dan jiran terdekat. Pada petang tu, ada photoshoot untuk gambar nikah. Lokasi dipilih di Taman Botanikal Melaka, tak jauh dari resort kami.
First time pergi taman ni, memang cantik. Sesuai untuk port lepak and photoshoot. Kemar pun dah tempah camerawoman untuk photoshoot gambar. So, lets we go thru the pictures.
Favourite gambar nie. Sho shantekkk
Don't take our baby Kemar!
Who's gonna be the next?! Wait for my next entry. Hehehe.
Itulah sedikit sebanyak gambar kami. Nice and cantik akak camera tu ambil gambar. Layankan je kami yang kayu ni nak posing. Alhamdulillah selesai majlis pernikahan Kemar. Malam tu tak ada aktiviti apa, just ada majlis potong kek. Kemudian, kami bagi peluang untuk Kemar dan husband. Opss. Kami bertiga pergi lepak di Klebang, ambil angin malam sebelum pulang ke rumah masing-masing keesokkannya. Hari Ahad tu, lepas check out terus gerak balik.
Selfie sebelum check out. Gonna miss you all. Tak tahu bila boleh lepak lagi. Ni pun tak cukop seorang. Hopefully one day, kita dapat gather lagi.
Semoga perkahwinan Kemar dan husband diberkati dan kekal bahagia hingga ke jannah. Thank you Kemar layan kami dengan baik sepanjang tempoh 3 hari tu. Tak missed bagi kami makan. Tak sempat nak berlapar. Hahaha.
Last but not least, congrats for your engagement. Ni member seorang last minit bagitahu bertunang tarikh yang sama dengan majlis Kemar. Memang ajak gaduh Fiqa ni. Tapi dia bagitahu last minit pakwenya ajak bertunang time birthday dia 29 Disember lepas. So, dimaafkan lah. Majlis nikah nanti bagitahu lambat memang putus kawan ah diva. Kita orang serius ni tau! Apa-apa pun, tumpang gembira untuk kau. Our 'playgirl' dah menjadi tunangan orang. Opss *tutup mulut*
Happy bila tengok seorang-seorang melalui fasa baru. In Shaa Allah, ada rezeki saya akan ikut jejak mereka juga. Semoga Allah mudahkan. Tahniah korang and tahniah juga buat anda semua yang berjaya melangsungkan majlis perkahwinan semasa musim pandemik ini. Sama-samalah kita berdoa supaya keadaan seperti sedia kala. Sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. Wait for next entry ye. Assalamualaikum.
Happy bila tengok seorang-seorang melalui fasa baru. In Shaa Allah, ada rezeki saya akan ikut jejak mereka juga. Semoga Allah mudahkan. Tahniah korang and tahniah juga buat anda semua yang berjaya melangsungkan majlis perkahwinan semasa musim pandemik ini. Sama-samalah kita berdoa supaya keadaan seperti sedia kala. Sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. Wait for next entry ye. Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.