Happy Birthday to Me
Assalamualaikum,
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac. Rasa macam baru semalam sambut birthday saya #tiber. Tak tahu apa mood tahun ni nak update pasal my birthday. Nothing special pun sambutan untuk tahun ini. Makin tua makin tak seronok bila birthday tiba. Huhuhu. Iolls makin tua.
10 Februari 1996 saya selamat dilahirkan di dunia ini pada jam 9.30 malam di Hospital Besar Muar. Alhamdulillah 25 tahun saya diberi keizinan untuk bernafas dan menimba ilmu serta pengalaman. Banyak yang saya perlu belajar. Tahun ni sambut birthday time PKP kan. So agak special for this year. Saya hanyalah insan biasa. Dapat hadiah tu memang seronoklah. Tahun ni dapat hadiah yang saya tak fikir untuk dapat. Mostly saya memang nak beli tapi tahan duit sebab nak berjimat maklumlah gaji bulan Feb masuk awal gila. So lets kita 'unboxing'.
Thank you Zhatul for this cake and baju kurung. Lama dah survey baju kurung dari Dhia Cotton ni. Tuptup dah dapat.
Betul lah cakap Tiah yang saya tak akan terfikir hadiah dia bagi. Unexpected. Roommate saya ni pandai dia survey apa yang saya plan nak beli.
Thank you Kak Shila & Kak Pah belanja kek. Siap suruh beli 2 slices. Dapat kat saya memang kek coklat lah my favourite.
Thank you Kak Naji belanja pizza. Siap letak lilin untuk tiup lagi. Hahaha. Time ni nyanyi lagi sekali sebelum masuk 12 malam 11 Februari.
Ni lagi seorang buat surprise dekat saya. Fatin minta saya ambilkan barang dia dekat rumah ex pengasuh Fazia. Saya ingatkan barang apa lah. Bila dah ambil tu dia bagitahu itu hadiah saya. Terkejut kita. Menjadi surprise dia. Thank you sangat-sangat Fatin. Kawan first saya masa masuk INTAN. Kawan yang carikan rumah sewa yang saya tinggal sekarang, tumpangkan saya pergi kerja. Jasa awak sentiasa kita kenang.
The most precious gift from my siblings. Yang ni sangat-sangat lah saya tak jangka. Hadiah dari adik-adik saya, Mashitah & Azizi. Sejujurnya saya bukan peminat barang branded. Kalau beli jam tu memang saya selalu beli dekat kedai Panda Eyes yang dapat below RM20. Saya memang jenis gitu. Saya tengok barang tu cantik and reasonable untuk saya beli, saya akan beli. Al-kisah, adik perempuan saya tanya nak hadiah apa. Saya cakap ikutlah nak bagi apa, tak payah bagi pun tak apa. Saya tak mahu lah dia bazirkan duit untuk beli hadiah. Dia nak juga bagi and kebetulan jam saya habis bateri, saya pun sebut lah bagi saya jam. Jam murah pun tak apa yang penting sampai kat saya, jam tu hiduplah. Jangan habis bateri pulak. Hehehe.
Waktu barang sampai dekat rumah saya tak ada sebab turn masuk pejabat. Balik kerja tu dengan semangatnya saya nak buka hadiah adik saya, saya konfius kenapa dalam kotak. Saya bayangkan dalam parcel kecik je. Siap tanya Tiah betul ke ni hadiah saya. Hahaha. Tengok nama and alamat betul dah saya punya pastu baca nama pengirim Swatch. Time tu saya duk membayangkan G-shock. Hahaha pepelik lah saya ni. Pastu bila Tiah cakap Swatch ni jam yang mahal tu. Terus saya terkedu. Biar betul adik saya bagi hadiah ni. Saya tahu jam swatch memang mahal for me lah. Harga pon RM200 something nak ke RM300. Jujur, untuk saya spend duit beli jam or barang yang berharga gitu, saya tak beli. Saya terus call adik perempuan saya, tanya adik lelaki tu dia tak tahu hadiah apa sebab dia transfer duit je. Bertuah budak seorang ni. I cry, jujur. Saya memang ada keinginan untuk beli jam tu sebab simple and cantik tapi memikirkan ada keperluan lain untuk saya gunakan duit, kita pendamkan je lah masukkan dalam wishlist saya. Birthday dia nanti kena beli barang mahal lah gini. Hehehe. Thank you so so much both of you. Budak dua orang ni agak kedekut nak belanja barang mahal sebab tu saya terkejut dorang bagi hadiah jam ni. Besar dah adik-adik saya ini.
Done 'unboxing'. Waiting for the gifts from him and my BFF, Alina. Dorang nak juga bagi depan-depan. Hah tunggu lah boleh rentas negeri nanti. Hehehe. Terima kasih yang wish dan mendoakan saya serta yang bagi hadiah. Thank you juga geng-geng saya yang siap buat video wish. Malu lah nak upload dekat sini. Kita simpan sendiri je lah. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas budi baik uolls. I love you muah muah. Sampai setakat ini entri saya kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya. Sayonara!
Wahhhhh...best dpt byk hadiah....happy bday...😁
ReplyDeletethank you :)
Delete