24 September 2018

Segmen Bloglist Rasa Dan Tips Oktober - Disember 2018

https://www.rasadantips.com/2018/09/segmen-bloglist-rasa-dan-tips-oktober.html
Assalamualaikum,

Moh lerhh kita join satu segmen bloglist Rasa dan Tips. Syarat yang dikenakan sangat sangat sangat lah mudah. Hehehe. Boleh click pada gambar di atas. Oh ya, tempoh segmen ini bermula dari 25 September hingga 30 September.

20 September 2018

Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul

http://ciknurul23.blogspot.com/2018/08/giveaway-fluer-perfume-by-sii-nurul.html
Assalamualaikum,

Saya kembali dengan join satu giveaway by blogger Sii Nurul. Boleh click pada gambar untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan.

05 September 2018

Lapor Diri Ditangguhkan


Assalamualaikum,

Hari ini masuk hari ke 5 bagi bulan September. Sekejap je masa berlalu kan. Ada lagi 3 bulan untuk kita lalui bagi tahun 2018. As for me lah, tahun ni banyak perkara berlaku. Serius perkara yang terjadi itu semuanya saya tak expect. Ada gembira and ada sedih but semua yang terjadi ini adalah ketentuan dari Allah and it's mean itu yang terbaik untuk kita. 

*tengok tajuk entri* Pasti semua tertanya-tanya kenapa lapor diri saya ditangguh. Lapor diri untuk apa pulak kan? Sambung belajar or kerja? Seperti yang saya pernah share pada ENTRI saya sebelum nie, hari Isnin lepas iaitu 3 September merupakan tarikh saya lapor diri sebagai pembantu tadbir (kewangan) gred W19 di Putrajaya. Tetapi disebabkan masalah kesihatan, saya tidak perlu hadir pada hari tersebut. 

Dalam kertas panduan yang disediakan pihak JPA, ada catatan berkenaan keputusan medical checkup. Sekiranya pegawai perubatan mengesahkan kita sihat so kita boleh hadir untuk lapor diri seperti yang diarahkan. Andai sebaliknya, perlu inform pada mereka. So, keputusan medical checkup saya mengesahkan saya "mempunyai penyakit tetapi boleh dipertimbangkan". Berdasarkan panduan yang diberikan, saya maklumkan kepada urus setia dan mereka meminta saya pos dokumen yang sepatutnya saya bawa time lapor diri nanti kepada mereka dan saya tak perlu hadir pada tarikh lapor diri itu. Tunggu keputusan dari mereka. 

Begitu kisahnya. Jadi sekarang saya menunggu keputusan dari pihak sana. So, boleh sambung pengangguran saya. Hahaha. Sebenarnya saya memang dibawah pemerhatian doktor tapi saya tak expect pulak pasal ni. Saya perasan selepas seminggu saya buat medical checkup tu yang mana time tu saya nak buat check list kot-kot ada perkara tak settle lagi kan. Hehehe cuai juga saya ni. 

Saya tawakal je lah. Mana yang terbaik untuk saya itu saya redha. Ada hikmah semua ini terjadi. Bila imbas balik, azam saya tercapai apabila saya dapat tawaran untuk sambung belajar. But then dapat pulak tawaran kerja kerajaan. Kat sini emosi saya diuji sebab saya kena buat pilihan sama ada sambung belajar or kerja. Bila saya ambil keputusan untuk pilih kerja, perkara ini terjadi. So, kadang itu saya jadi risau andai kata dua-dua ini saya tak dapat kan. Tetiba terdetik begitu. Teruk kan saya? Macam tak redha je. Masha Allah. Saya tak sepatutnya berfikir begini. Sepatutnya saya bersyukur. Ada yang kat luar sana tak dapat apa yang saya dapat. Astaghfirullah. Maafkan diri ini yang tak sempurna T.T




Terima kasih buat korang yang sudi baca entri ini. Sekadar luahan hati saya. Huhuhu. Andai ada kata-kata semangat or teguran buat saya boleh tinggalkan komen. Saya amat menghargainya :)

05/09/2018

In Shaa Allah saya akan share penyakit apakah yang saya hadapi pada entri akan datang. Tapi tak serius mana lah penyakit ni. Kot lah. Hehehe.

01 September 2018

#ThrowBack : Short Vacay with Cousins

Assalamualaikum,

Salam September. Semalam kita semua telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 tahun. Sekejap je masa berlalu kan. Berakhirnya bulan Ogos maka cukuplah sebulan saya menganggur selepas berhenti kerja pada Julai lepas. Hehehe. Macam tak pernah je menganggur. Sebelum dapat kerja itu pun menganggur juga selama 6 bulan. Okay harap maaf. Perbalahan antara diri sendiri telah berlaku. 

Sebagai permulaan hari untuk September ini, saya nak buat throwback lah berkenaan short vacay. Dah lama nak update tapi asyik tangguh je. Itu yang jadinya "throwback" sebab dah beberapa minggu berlalu. Tak ade lah gah mana pun vacay nya. Salah seorang kakak sepupu bagi cadangan nak adakan reunion lah kot memandangkan beliau akan mengakhiri zaman bujangnya bulan 10 nie. Hasil perbincangan, kami plan nak pergi bercuti di Pulau Sibu kat Mersing pada 18, 19 dan 20 Ogos lepas. 

Tetapi hajat tak kesampaian untuk pergi ke sana. Ada lah sedikit masalah berlaku. Kakak sepupu saya pun tak dapat nak join. Jadi percutian itu cancel. Tipulah kalau tidak kecewa kan sebab saya dah plan nak cuti puas-puas selepas berhenti kerja. Maklumlah kerja dekat pasaraya kan. Selama 8 bulan saya kerja memang tak ada feel cuti itu even though seminggu sehari cuti. Kira macam hidup ni 90% kat tempat kerja and 10% kat rumah. Haaa gitu. Beriya pulak sis nie. 

Tetiba idea tercetus untuk pergi bercuti dekat rumah sepupu saya lagi satu itu kat Kota Tinggi yang mana kampung ayah saya. Sebab saya fikir bajet tak keluar banyak mana pun sebab tumpang rumah sepupu kan. Sepupu saya memang welcome je lah kami nak datang. Anggap percutian ini sebagai mengeratkan hubungan silaturrahim memandangkan saya sekeluarga sudah jarang pulang ke sana sebab atuk dan nenek sudah tiada tambahan pula ayah saya pun telah pergi. 

Maka, seperti yang dirancang, saya dan adik perempuan saya tunggu bas di Bukit Gambir pada pagi 18 Ogos itu. Kami berdua je. Sekali-sekala naik bas. Dah lama tak pergi jauh naik bas. Orang yang paling excited adalah adik perempuan saya. Member tak pernah naik bas. Bas sekolah itu tak dikira ye. Hehehe. Kami turun di Larkin and sepupu saya jemput kat sana. Tak ada pergi mana pun sesampai di sana memandangkan kami tiba pun petang. Just pergi jemputan kenduri kahwin. Agenda bermula pada hari esoknya iaitu 19 Ogos

Esoknya, selepas sarapan di kedai, sesi ronda-ronda pun bermula. Selalu orang merayap pentang-petang. Kami pulak pepagi dah merayap dari satu kampung ke satu kampung. Entah berapa buah kampung agaknya dah round. 

3 motor merayap entah berapa kampung. Jalan raya pulak lengang. Itu yang sempat selfie dalam keadaan selamat. Hehehe. Sepupu kami ada 2 motor je sebenarnya. Lagi satu motor pinjam pakcik kontraktor. Gigih woo pinjam motor untuk ronda-ronda. Hehehe.

Aktiviti tambahan kami, jumpa je kawasan lapang or cantik, stop kejap untuk bergambar. Menikmati keindahan alam katakan :)
 

Finally, menjadi juga buat panorama. Bukan senang tau nak dapat hasil ni. Tak ada lah lawa mana gambarnya tapi bolehlah kan. 

 Suka gambar nie :)

 Acah-acah morning kiss. Hahaha Tapi ini dah macam menahan silau matahari



Petangnya pulak road to Air Terjun Kota Tinggi. Saya tak ingat bila kali terakhir pergi sana. Rasanya waktu kecik-kecik dulu kot. Bayaran masuk bagi dewasa RM7 seorang and kereta RM3. Kena bawa kad pengenalan. Kalau ta bawak, habislah kena bayar double. Nasib baik terfikir nak bawak I/C sebab dah terdetik nak bawa duit je. Malas nak bawak dompet. Huhuhu.

Sebelum masuk, bergambar dulu dekat board tu. Kemain siap tayang baldi pakaian lagi. Masha Allah, excited punya pasal!
 

Kami mandi pun tak lama dekat sana sebab datang pun dah petang. Nasib tak menyebelahi kami sebab kawasan atas ditutup. Bahagian bawah je dibuka. Patutlah orang ramai berkumpul dekat belah bawah je. Rasa macam nak balik je sebab tak seronok nak mandi and bergambar tapi memikirkan duit bayaran tadi, maka masuk je lah air tu. Hehehe demand pulak kan.

Tiba aktiviti kemuncaknya. Malam itu, kami ber-BBQ lah depan halaman rumah sepupu. Menunya simple je : kepak ayam, sotong, udang, sosej, sup tulang & sayur (lauk tengah hari tadi) and ais krim sebagai dessert.





Hari Ahad itu memang boleh tahan penat lah sebab full of activities. Malam itu memang tidur lena memasing. Kepenatan maklumlah :)

Last day for our short vacation. Sepupu kami hantar jadi tak perlu lah kami beli tiket bas untuk balik Bukit Gambir. Dia orang plan nak bermalam kat rumah kami pulak. Kami gerak time tengah hari and sampai petang dalam pukul 5 lebih.

Tak sampai setengah jam duduk kat rumah, kami gegirls keluar pergi Sawah Ring. Nak dijadikan cerita, ibu lupa nak ambilkan laptop adik saya kat kedai. Adik saya ni dah susah hati sebab laptop tu patutnya ambil hari sabtu tu tapi kami dekat Kota Tinggi, memang minta tangguh ambil lah. So, ibu suruh saya bawak sepupu saya jalan-jalan pergi sawah. Memang rezeki kami sebab time tu sawah memang hijau-hijau. Sebelum ini saya lalu je situ tapi tak singgah sebab tak hijau-hijau lagi padinya. So apa lagi kan, parked tepi kereta ibu and bermula lah sesi fotografi.


 Ya kami berdua menghayati  pemandangan dengan melihat sahaja. Ambil 2 ke 3 gambar sudah cukup :p




 Bila kau tak tahu nak posing ape. Mampu termenung dongak langit je lah. Hahaha

The gegirlsss

Bila kau bersama dengan photographer nie, maka kau kena lah jadi model tak berbayar untuk dia. Haih dekat lalang pun jadi juga. #sisredha

Begitulah kisahnya tentang percutian 3 hari 2 malam saya dan adik saya. Hehehe. Simple but we made a lot of memories. Ada kejadian yang tak disangka telah berlaku. Tak perlu lah kot diceritakan disini. Cukuplah kami je yang tahu. Hehehe. Apa-apa pun setiap kejadian yang berlaku kita perlu lah "tenang dan sabar" *trademark Anwar. Hehehe*  

 Lupa nak cerita pasal si kicik ini. Titi namanya. Terima kasih kerana menceriakan 3 hari 2 malam hakak-hakak kat rumah ucu ye. Kesian dia dah tak terurus bulunya sebab asyik kena gomol je dengan kami. Jumpa lagi ye titi. 

Terima kasih buat korang yang sudi baca entri ini. Agak panjang juga ye ditambah dengan mukaddimah saya yang berjelar-jelar kat atas itu. Maklumlah idea tetiba mencurah-curah pulak kan. Semoga kita bertemu lagi. Selamat malam. Assalamualaikum :)
01/09/2018