Selesai Divaksin

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Tengok jumlah kes positif Covid-19, sedih rasanya. Sama-sama lah kita jaga diri ye. Tak tahu nak komen apa. Tak nak tunding jari mana-mana pihak. Hanya mampu berdoa dan sentiasa jaga diri dan orang tersayang. Sesungguhnya saya rindu kampung. Lama dah tak balik. KL-Selangor yang dari awal PKP paling susah untuk diberi kebenaran untuk rentas negeri dek kerana jumlah kes positif terlalu banyak. Sabar je lah. In Shaa Allah, one day semua ini akan pulih. 

Panjang lebar mukadimmah saya ye. Alhamdulillah saya antara penerima vaksin yang telah selesai dos kedua. Al-kisahnya, saha mencuba nasib untuk menempah appointment bagi vaksin Astrazeneca tapi tak berjaya. Sudahnya saya give up and yakin semua orang akan terima juga nanti *sis cuba positif*. Satu hari bos saya minta nama siapa yang sudah daftar vaksin tapi belum dapat tarikh. Maka saya pun maklumlah. Selang beberapa hari, kecoh di whatsapp group office suruh semua yang bagi nama untuk semak MySejahtera. Alhamdulillah saya akan terima vaksin pertama pada 16 Jun di Sunway Piramid Convention Centre. Fuhh perasaan ni berdebar sebab dengar macam-macam cerita kan. Ada yang demam apa semua tapi tawakal je lah. Semua ini bergantung kepada tindak balas badan masing-masing juga.

Pada 16 Jun (Rabu) saya bertolak dari pejabat kerana kebetulan giliran saya untuk masuk pejabat. Appointment saya pada jam 3 petang. Pejabat saya tidak lah jauh untuk ke Sunway Piramid jadi kami bergerak jam 2.30 petang sebab risau tak dapat parking. Segalanya berjalan lancar dan cepat. Pukul 3.30 petang selesai. Ambil masa setengah jam sahaja. Wow amazing! 


Bagi vaksin kedua pula pada 7 Julai di tempat dan masa yang sama. Seperti appointment vaksin pertama, saya gerak dari pejabat juga. Untuk kali kedua ni agak lama mungkin sebab jumlah penerima vaksin pada hari tersebut ramai. Saya sampai jam 2.30 petang dan selesai jam 4 petang. Memang nampak berbeza banding first dose tu. Walau apa-apa pun, segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Dah boleh rentas negeri lah gini ye? *sengih macam kerang busuk* 



Masha Allah dengan mask sengetnya :p

Oh ya, vaksin yang saya terima ini adalah Pfizer. Alhamdulillah, so far saya tak ada demam atau tak sihat. Lenguh tangan kat tempat kena cucuk. Pening kepala tu sekejap je. Waktu hari terima vaksin tu je lah. Keesokkannya, dah sihat.

Begitulah kisahnya. Semoga negara kita mencapai keseluruhan jumlah penerima vaksin. Kerajaan pun sedang usaha untuk meningkatkan kadar penerima vaksin setiap hari. In Shaa Allah kita akan menang. Sama-samalah kita berdoa. Ada diantara korang yang sama seperti saya? Jangan malu-malu untuk share pengalaman korang di ruang komen ye. Sayonara!

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018