Raya 2021
Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Salam PKP 3.0! So ape aktiviti korang semua raya tahun ini? Raya tahun ni lebih kurang macam tahun lepas. Tak ada beza sangat. Seperti yang dijangka raya tahun ni memang saya beraya di KL. Siapa raya di KL kita geng. Sep ciked! Tahun ni saya beraya bertiga dengan housemates saya. Tahun lepas berdua dengan Zhatul. Tahun ni tambah seorang ahli, Kak Naji.
Hidup bujang memang tak ada plan untuk memasak pun especially tukang masak saya, Tiah balik rumah makcik dia. Hehehe. Kak Naji order sate, nasi impit, kuah kacang dengan kawan dia. Zhatul pulak order ketupat palas. Saya? Saya tak order. Order biskut raya je lah kot. Nak beli meriah sangat takut tak habis sebab kami bertiga je.
Malam raya melantak sate dengan ketupat palas. Tengok lah kemain meriah padahal tiga orang. Sampai hari ni ada lagi tak habis. Pening kepala nak perabis ni.
Jam 9.30 pagi, 13 Mei 2021. Kak Naji ketuk pintu bilik setiap kita orang. Semangat kejut suruh bangun sambut hari raya. Saya ni baru plan nak bangun lewat. Tahun lepas raya pertama memang bangun lewat. Tak ada suasana hari raya pun. Punya mogok tak mahu beraya. Hahaha. Pagi tu, bangun gosok baju, makan lah ketupat rendang. Kak Naji ajak pergi pejabat dia yang tak jauh pun dari rumah sewa kami. Jalan kaki je. Maka menumpang lah kami beraya dengan beberapa staf pejabat Kak Naji.
Selesai makan dan bergambar kat pejabat Kak Naji, kami ke Pusat Bandar nak cari port ambil gambar. Dah pakai cantik-cantik tak akan tak ootd ye dok.
Parking tepi Dataran Merdeka untuk ambil beberapa keping gambar. Cuak-cuak juga sebab nampak polis meronda kat situ. Settle bergambar terus gerak. Next place nak cari Laman Seni Bukit Bintang tapi tak jumpa. Maklumlah duduk je KL tapi tak habis explore lagi. Kami pun gerak cari Kenanga Mall sebab Kak Naji nak cari baju kurung tapi lupa pulak first day raya mana buka mall. Aduhai orang lain pun nak beraya juga kan.
Tak tahu nak ke mana, kami terus gerak balik rumah. Sebelum itu, sempat lah bergambar kejap dekat kawasan rumah kami tu.
Ini lah kawasannya. Cantik dengan pokok-pokok redup. Gigih lah nak bergambar tengah-tengah jalan tu. Nasib jalan tak sibuk.
Begitulah kisah hari raya pertama saya untuk tahun kedua beraya di perantauan. Hehehe. Hari raya korang pulak macam mana? Mesti best juga kan. Apa-apa yang kita hadapi, kita kena lah sambut dengan gembira dan syukur sebagai tanda kemenangan setelah sebulan kita berpuasa. Tak lupa juga sama-sama lah kita berdoa untuk saudara seislam kita di Palestin. Semoga Allah melindungi mereka dan melaknat bangsa Yahudi. #freepalestine #shameonisrael
Lastly, Selamat Hari Raya buat ibu, nenek dan adik kat kampung. Rindunya. Tahun lepas saya seorang sahaja tak dapat beraya bersama. Tahun ni 3 orang anak ibu berjauhan. Semoga tahun depan kita diberi peluang untuk menyambut hari raya dengan keluarga tercinta.
Buat yang membaca blog saya ini, saya menyusun sepuluh jari andai ada tulisan saya atau apa-apa sahaja yang mengguris hati korang, saya minta maaf ye. Stay safe and jaga diri. Sayonara!
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.