Blog Berwajah Baru

 



Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Perasan tak something different pada blog saya? *tak ada siapa pun perasan* Tak tahu apa mood hari ini nak tukar template. Finally, blog saya berwajah baru. Tak ada lah gah sangat pun. Saya guna template yang disediakan ada blogger ini sahaja. Masih dalam proses edit lagi. Dah lama saya tak edit blog. Last saya edit blog tahun 2018 tak silap. Saya memang dah rancang untuk edit blog tapi malas yang amat sebab susah nak edit blog ikut apa yang saya nak. Saya masih ingat lagi sebelum ini saya siap google tutorials untuk edit blog. Maklumlah tengok blog orang lain cantik, kita pun nak tapi kita ni tak pandai main dengan code nie. Makanya kita kena lah belajar. Berkat kesabaran dan kegigihan kita, terhasil lah blog yang saya inginkan. Gituwww.... 

Template blog sebelum ini lah. Mana yang pernah singgah or follow saya sebelum ini mungkin tahu rupa blog saya yang penuh dengan pink. Background blog pon warna pink, kalau boleh semua nak pink. Nasib baik tulisan tak letak pink. Naya pulak reader nak baca tulisan saya kan. So, hari ini saya decide untuk edit blog saya nak lebih simple lah. Tak ada lah sakit mata orang tengok. Sesuai lah dengan umur saya yang dah meningkat usia dewasa kan. Hehehe. Masih mencari mood dan idea. Banyak benda nak kena godek-godek sebab dah lama tak edit blog kita. Buat masa sekarang ini je lah hasil edit saya. Pendapat korang macam mana? Okay tak?  Komen down below *cehh dah macam ayat youtuber.*

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin