29 June 2018

Raya 2018

Assalamualaikum,

Masih belum terlambat lagi kan untuk saya wish kat korang? Hehehe. Kita kan raya sebulan. So how's raya korang tahun ni? Best tak? Mesti best kan. Memasing sibuk dengan jemputan open house tak pun marhaban and beraya rumah kawan-kawan dan sanak-saudara. Saya pulak? Raya kali ni biasa-biasa sahaja. Rasa macam tak ada mood raya pulak. Maybe sebab kena kerja kot. Ke tak pun this year merupakan raya kali ke 3 tanpa ayah. Hmmm tapi okay je. Saya rasa more pada sebab saya kerja.

But alhamdulillah raya pertama tu saya cuti memandangkan KEBETULAN *siap huruf besar and di-bold-kan lagi*  hari jumaat merupakan hari off day saya. Maka dapatlah saya cuti even though sehari je. Kedai yang saya kerja tu tak tutup. Just raya pertama tu buka lambat sikit, pukul 1 tengah hari. Sedih pulak kan raya pertama kena kerja. Tak ape lah merasa lah jugak macam mana orang lain yang tak dapat beraya kan. Hehehe. So, kita kenalah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Okay sekian. Done muhasabah diri :p

Hahaha. Berceramah pulak ceq di malam hari ni. Fuhhh *tiup habuk*. Dah lama tak update blog. Last entry bulan 2 tu. Hehehe. Kemain azam hari tu kata nak aktifkan blog tapi makin sayu je >.<

Okay kita teruskan pada agenda asal kita. Tahun ni yang beraya dengan kami sekeluarga adalah family busu. Family lain datang raya kemudian. Pagi raya tu macam biasa lah kita siap-siap untuk pergi solat raya. Kalau family saya just orang lelaki pergi solat raya. Yang wanita ni kemas rumah sebab nanti kumpulan marhaban akan datang rumah. So, kena lah prepare segala macam lah untuk marhaban. 

We go thru dengan gambar lah ye. Saya tetiba jadi kelu pulak mencari idea nak taip apa. Hahaha. Dah lama tak membebel dalam blog ni. Or actually, saya ingat-ingat lupa suasana raya tu. Hehehe. *tutup mulut acah-acah malu*

 Sementara menunggu ibu bersiap, kami adik-beradik posing lah dulu. Sorang lagi adik entah ke mana. Acah jual mahal bila ajak selfie.

 Peace no war 

 Halamak dah sama tinggi lah kita. Haih dah besar ghupenya. Rasanya macam baru je semalam hantar adik pergi sekolah rendah :p

Ehhh kucing ni cuba lah duduk diam. Hang punya jantan tak lari jauh mananya tu. Hehehe.

Haip oren ni. Kita tengah photoshoot kat bunga lah sibuk mai nak join sekali.

 Yeahh lengkap 2 families!

 Bukan senang nak bukak mata ni. Pedih mata menahan silau

Busu's family with nenek

 My everything. Ibu lah ibu kami and pengganti ayah. Stay strong and keep smile. Akak and adik-adik akan sentiasa sokong and bersama-sama ibu. 

 Tunjuk gigi semua! 

 Syukurilah ape yang kita ada. *Feeling betul adik yang dua orang tu. Yang sorang lagi tu out lah sebab buat style lain. Hmmm ibu buat style apa tu. Dah kenapa aku senyum beriya tu :p*

Okay finally, gambar formal berjaya diambil. Hehehe. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.

29/6/2018