Short Staycation

Assalamualaikum,

Selamat menyambut bulan Ramadhan even though lagi beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita. Pejam celik pejam celik Syawal bakal tiba. And sad to say this gonna be second year saya menyambut di perantauan. Gituwww. Bukan saya seorang sahaja. Majoriti rakyat Malaysia yang tak dapat merentas negeri mahupun daerah untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Ohh so sad *nangis bucu katil* Tak tahu lah raya nanti apa saya akan buat. Merenung nasib kot macam tahun lepas. Hahaha *over je*

Dah lama saya perap cerita nie dalam otak saya untuk update blog. So, hari ini gagahkan juga sebelum mood malas menguasai saya and idea untuk membebel dalam blog ini hilang begitu sahaja *tutup mulut. Ihikkss* 

Sebenarnya, last minute juga plan untuk tidur hotel. Alkisahnya, saya tanya Alina bila nak iftar sama-sama. Kalau ikutkan saya bukanlah seorang yang suka iftar diluar sebab sesak, kemudian tergesa-gesa nak kejar maghrib. Kalau solat maghrib dulu pun, kena tunggu turn untuk berbuka dekat kedai. Senang cerita saya bukan seorang yang suka keluar malam sebab waktu tu tak panjang. Pukul 10 dah kena balik sebab kedai mostly dah tutup. Gitulah. Ain pula sekarang kerja part time dekat butik di PKNS Shah Alam. So memang susah lah untuk iftar bersama. Then saya cakap why not kita book hotel sekitar Shah Alam and saya hantar ambil Ain pergi kerja. Motif utamanya adalah untuk berborak je. Kami ni duduk je dekat tapi susah nak jumpa. Once dah jumpa memang semua benda nak diboraknya. Kalau duduk makan tu memang berjam-jam lah borak sampaikan orang yang datang makan berganti-ganti, kami ni tak sudah-sudah lagi. Buruk perangai. Hehehe.

Setelah selesai bincang and survey hotel, maka kami setuju untuk bermalam 2 hari 1 malam pada 24 & 25 April di Hotel Avenue Seksyen 16. Yang kelakarnya, hotel tu sangat lah dekat dengan rumah Alina and Ain. Adehh saya pun main book je yang memudahkan untuk kami gerak ke mana-mana. Hari Sabtu tu saya pickup Alina untuk terus check in. Saya ambil Family Room untuk 3 orang, single bed and queen bed. Total RM80.33 (RM10 caj untuk property bayar semasa check in) and deposit RM50. Oh ya saya booked hotel ni melalui Agoda.com (guna agoda kakak office sebab dekat dia punya lagi murah berbanding agoda saya. Maybe sebab dia selalu book hotel).





Semasa check in tu, receptionist maklum yang kami perlu tukar bilik kerana bilik kami tu tandasnya problem. So, dia bagi kami bilik yang katil king. Okay lah asalkan muat untuk kami bertiga tidur. Rehat-rehat kejap. Lepas asar gerak ke PKNS untuk beli makan berbuka. Asalnya plan nak buka dengan Ain tapi macam tak sedap pulak buka kat kedai dia. So kami cadang beli then balik berbuka dekat hotel. Memandangkan tak jauh mana hotel dengan PKNS, itu yang seghonok sangat berulang-alik padahal lepas isyak nak datang semula untuk ambil Ain balik kerja. Ain balik kerja tu kami singgal Murni Discovery kat Seksyen 7 untuk moreh. Hehehe. 

25 April merupakan birthday ayah Alina. So, dia plan untuk buat bouquet coklat sebagai hadiah. Malam tu selepas moreh pukul 11.30 malam, kami start operasi membuat bouquet of chocolate. Gigih juga lah sebab masing-masing tak pernah buat. Alina je lah pernah buat beberapa kali. Nak bentukkan bunga tu paling mencabar. Saya tolong gamkan je lah coklat dgn bunga tu. Tangan i ni tak berseni. Hancur jadinya. Hahaha.


Alhamdulillah, berkat kesabaran kami maka terhasil lah bouquet of chocolate. Pukul 3 pagi baru kami tidur. Mata memasing dah rabak. Ain lah kesian, besoknya dia nak kerja. Tidur pukul 3 pagi, pukul 5 pagi nak bangun sahur. Memang barai. Kami bangun sahur lambat 10 minit nak masuk subuh. Gagahkan juga habiskan baki spagetti carbonara beli dekat Murni tu. 


Selfie dulu sebelum hantar Ain masuk kerja. Alina gigih lah tutup dengan kain batik sebab tak mandi lagi. Pukul 11.30 pagi kami check out. Singgah watsons sebelum hantar Alina balik then saya pun terus balik KL untuk qada tidur. Hahaha beriya bhai. 

Begitulah kisahnya. Tak menarik sangat sebab tak plan betul-betul. Main redah je asalkan dapat jumpa. Next time, sebelum Ain sambung belajar balik, kita staycation lagi ye. Kali ni kena plan betul-betul okay and target De' Art Hotel Seksyen 7 pulak. Hehehe. Sampai setakat ini sahaja entri saya. Sayonara! 

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin