Posts

Raya 2021

Image
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Salam PKP 3.0! So ape aktiviti korang semua raya tahun ini? Raya tahun ni lebih kurang macam tahun lepas. Tak ada beza sangat. Seperti yang dijangka raya tahun ni memang saya beraya di KL. Siapa raya di KL kita geng. Sep ciked! Tahun ni saya beraya bertiga dengan housemates saya. Tahun lepas berdua dengan Zhatul. Tahun ni tambah seorang ahli, Kak Naji.  Hidup bujang memang tak ada plan untuk memasak pun especially tukang masak saya, Tiah balik rumah makcik dia. Hehehe. Kak Naji order sate, nasi impit, kuah kacang dengan kawan dia. Zhatul pulak order ketupat palas. Saya? Saya tak order. Order biskut raya je lah kot. Nak beli meriah sangat takut tak habis sebab kami bertiga je. Malam raya melantak sate dengan ketupat palas. Tengok lah kemain meriah padahal tiga orang. Sampai hari ni ada lagi tak habis. Pening kepala nak perabis ni. Jam 9.30 pagi, 13 Mei 2021. Kak Naji ketuk pintu bilik setiap kita orang. Semangat kejut suruh ...

Short Staycation

Image
Assalamualaikum, Selamat menyambut bulan Ramadhan even though lagi beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita. Pejam celik pejam celik Syawal bakal tiba. And sad to say this gonna be second year saya menyambut di perantauan. Gituwww. Bukan saya seorang sahaja. Majoriti rakyat Malaysia yang tak dapat merentas negeri mahupun daerah untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Ohh so sad *nangis bucu katil* Tak tahu lah raya nanti apa saya akan buat. Merenung nasib kot macam tahun lepas. Hahaha *over je* Dah lama saya perap cerita nie dalam otak saya untuk update blog. So, hari ini gagahkan juga sebelum mood malas menguasai saya and idea untuk membebel dalam blog ini hilang begitu sahaja *tutup mulut. Ihikkss*  Sebenarnya, last minute juga plan untuk tidur hotel. Alkisahnya, saya tanya Alina bila nak iftar sama-sama. Kalau ikutkan saya bukanlah seorang yang suka iftar diluar sebab sesak, kemudian tergesa-gesa nak kejar maghrib. Kalau solat maghrib dulu pun, kena tunggu turn ...

Happy Birthday to Me

Image
Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac. Rasa macam baru semalam sambut birthday saya #tiber. Tak tahu apa mood tahun ni nak update pasal my birthday. Nothing special pun sambutan untuk tahun ini. Makin tua makin tak seronok bila birthday tiba. Huhuhu. Iolls makin tua.  10 Februari 1996 saya selamat dilahirkan di dunia ini pada jam 9.30 malam di Hospital Besar Muar. Alhamdulillah 25 tahun saya diberi keizinan untuk bernafas dan menimba ilmu serta pengalaman. Banyak yang saya perlu belajar. Tahun ni sambut birthday time PKP kan. So agak special for this year. Saya hanyalah insan biasa. Dapat hadiah tu memang seronoklah. Tahun ni dapat hadiah yang saya tak fikir untuk dapat. Mostly saya memang nak beli tapi tahan duit sebab nak berjimat maklumlah gaji bulan Feb masuk awal gila. So lets kita 'unboxing'. Thank you Zhatul for this cake and baju kurung. Lama dah survey baju kurung dari Dhia Cotton ni. Tuptup dah dapat.  ...

#ThrowBack : Wedding Kemar

Image
Assalamualaikum, Welcome back #tiber. Sebenarnya, saya dah lama nak post entri ni tapi duk lama bersarang dalam kotak draft tu start dari awal Januari sampai laa ni tak post. Makanya terjadilah #ThrowBack. Ikutkan hati memang dah malas habis untuk post sebab lama sangat biarkan, idea pun dah hilang tetapi saya paksa juga otak ni untuk bekerja. Wedding BFF wajib disimpan dalam blog saya ini. Ya Allah, pejam celik pejam celik tak sangka saya dah masuk separuh usia 20-an. Yeaa I'm 25 right now. Dah tua sistur nie. Bila lah nak kahwin #tiber. Siapa sangka hikmah pandemik Covid-19 ini sangatlah memberi kebaikan kepada semua bakal pengantin untuk mereka kurangkan perbelanjaan. Ramai yang ambil peluang ini untuk langsungkan majlis perkahwinan dan juga pertunangan. Walaupun, majlis tidak dapat dibuat secara meriah seperti sebelum ini tetapi kita kena dahulukan yang wajib lah.   Back to our story, salah seorang kawan baik saya semasa zaman diploma turut mendirikan rumahtangga pada hari...

New year New Hopes

Image
  Assalamualaikum, Setelah sekian lama seketul Anis tidak menaip sebarang entri. Entri terakhir adalah pada bulan Julai. Nampaknya azam 2020 saya untuk kembali aktif dalam dunia blog tidak berhasil. *sobsob*   Selamat Tahun Baru semua *tak pasti masih ada reader lagi ke tak* . Sekarang kita dah masuk tahun baru, tahun 2021. Pejam celik pejam celik tahun 2020 sudah meninggalkan kita. Tahun yang banyak memberi kesan kepada semua, seluruh negara malah satu dunia. Unexpected year I guess. Tahun yang memberi kesan positif dan negatif. Semoga tahun 2021 ini lebih baik dari tahun lepas dan kita mampu harunginya bersama. Saya tak mengharapkan lebih kecuali raya tahun ni dapat beraya bersama keluarga di Johor #tiber. Awal benar dah pasang angan-angan. Hehehe. Saya ketandusan idea disebabkan otak ni dah lama tak diasah untuk mengarang. Setakat ini sahaja entri saya kali ini. Tetiba tepu pulak. Post entri ini untuk bagitahu saya masih wujud lagi. *tak ada siapa kisah pun anis oit* In Sh...

Last Sunday

Image
Assalamualaikum Sebenarnya saya tak tahu nak letak tajuk apa tapi memandang apa yang saya nak share ni berlaku hari Ahad lepas, so saya letak lah tajuk gitu. Hehehe. Iyaa udah ketandusan idea.  Nak dijadikan cerita last weekend saya duduk seorang diri dekat rumah memandangkan housemates saya balik kampung dan seorang lagi tu kerja, maka kebosanan lah saya. Ikutkan saya tak ada plan nak ke mana pun. Hari Sabtu tu nekad dah tak nak ke mana. Nak jimat duit kononnya. Belum pertengahan bulan duit nak menyepi. Hikss. Kemas peti sejuk, basuh cadar, kemas rumah *tetiba jadi rajin pulak kan* . Dah settle mengemas, iolls pun memasak lah untuk mengisi kekosongan perut nie. Saya bukanlah reti masak mana pun. Selalunya roommate saya, Tiah yang masakkan untuk kami serumah tetapi dia balik kampung minggu lepas. So i terpaksa keluarkan bakat memasak i nie yg tersimpan lama #inisemuapoyo   Dah settle segala kerja dan perut pun kenyang, udah sistur tak tahu nak buat apa. Ma...