New year New Hopes

 

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama seketul Anis tidak menaip sebarang entri. Entri terakhir adalah pada bulan Julai. Nampaknya azam 2020 saya untuk kembali aktif dalam dunia blog tidak berhasil. *sobsob* 

Selamat Tahun Baru semua *tak pasti masih ada reader lagi ke tak*. Sekarang kita dah masuk tahun baru, tahun 2021. Pejam celik pejam celik tahun 2020 sudah meninggalkan kita. Tahun yang banyak memberi kesan kepada semua, seluruh negara malah satu dunia. Unexpected year I guess. Tahun yang memberi kesan positif dan negatif. Semoga tahun 2021 ini lebih baik dari tahun lepas dan kita mampu harunginya bersama. Saya tak mengharapkan lebih kecuali raya tahun ni dapat beraya bersama keluarga di Johor #tiber. Awal benar dah pasang angan-angan. Hehehe.

Saya ketandusan idea disebabkan otak ni dah lama tak diasah untuk mengarang. Setakat ini sahaja entri saya kali ini. Tetiba tepu pulak. Post entri ini untuk bagitahu saya masih wujud lagi. *tak ada siapa kisah pun anis oit* In Shaa Allah saya cuba untuk aktif tahun ni. Huhuhu. Give me some support please. 

Happy New Year. May this year gonna give us something good memories to remember compare last year. Aamiin. #kitajagakita

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin