#ThrowBack : Vacation with Family

 Assalamualaikum,

Imma is back! Haih dah masuk bulan Februari tahun 2022. Wow tak sangka tahun 2021 sudah berlalu pergi. Masuk tahun baru maka meningkat lah usia saya *Sobsobsob* Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog saya *ada lagi ke?* Saya kembali dengan cerita lama. Anis dan throwback berpisah tiada ye. Haih azam tahun 2022 adalah recycle azam tahun sebelumnya. Memang tak berjaya lah azam saya untuk kekal aktif dalam dunia blog. Memandangkan esok saya akan pulang ke sarang *cuti dah habissss*, maka saya kuatkan semangat untuk post entri. Haih esok nak balik hari ni barulah nak buka blog yang dah lama saya tak jengah. Last entry saya itulah last saya buka blog. 

*jeling tajuk entri* Saya nak buat sedikit throwback lah sebagai kenangan di blog saya ini. Mana tahu one day anak cucu saya boleh baca bebelan saya di zaman muda-mudi gituww *larhh tibahh* Keluarga saya bukanlah seperti kebanyakan keluarga lain yang ada family day, siap buat aktiviti seperti main game, BBQ dan sebagainya. Saya rasa boleh kira dengan jari kot berapa kali kami bercuti bersama. Maksud saya, bercuti hanya keluarga saya sahaja. Maybe faktor bajet. Hujung tahun lepas sebelum cuti Krismas, ibu mesej saya ajak pergi bercuti. I be like, Wow bukan biashe-biashe ni ibu ajak bercuti. Ibu dah booking homestay dekat Bandar Penawar. Actually, saya tak pernah sampai sana walaupun saya ni orang Johor. Banyak tempat saya tak pergi di negeri sendiri. Homestay ni family Maklong pernah pergi bercuti. So, ibu decide untuk spend time dengan kami di tepi pantai hah gitu. Kebetulan, kami bercuti waktu itu, ini lah masanya untuk berkumpul. Kami bercuti pada 30-31 Disember 2021 di Arena Sepang Bandar Penawar. Korang boleh try google untuk view tempatnya. 

Kami bertolak pagi 30 Disember dengan dua kereta. Sampai sana pada jam 3 petang. Oh ya, sebelum bertolak tu haruslah buat self test kit dulu. Pihak homestay nak tengok result test kit. 










Pada saya, homestay ni okay lah, not bad. Berkonsepkan self service. Pihak homestay sediakan tempat and terpulang pada kita nak buat ape. Kalau nak family day sesuai buat disini sebab ada disediakan tempat untuk BBQ. Kalau tak nak ambil bilik, dorang ada sediakan tempat pangkin *betul ke tak saya eja nie* Ada yang pasang khemah, just sewa pondok. Kalau family saya ni just datang untuk berehat and mandi laut je. Swimming pool pun disediakan dan dibuka jam 9 pagi hingga 6.30 petang. Kalau tak silap saya, banyak yang saya dah lupa. Risau je tersalah info.

Malam itu pula disaat orang lain berasap-asap dengan BBQ, kami adik-beradik keluar carik makan. Memang kebulur masing-masing. Mana tidaknya sejak tiba di homestay kami just makan megi kari. Habis 5 bungkus kongsi 6 orang. Nasib bawa toaster, boleh lah bakar roti pandan gardenia tu. Kami singgah 99 Speedmart untuk beli stok megi, jajan segala stok. Kebetulan nampak ada gerai burger, order lah burger. Settle tu, kami carik kedai makan siam. So, korang jangan risau kalau nak carik makan incase korang macam family saya yang tak buat BBQ ni. Ada je kedai makan yang berdekatan disitu.

Keesokkan harinya, adik-adik saya dah plan nak mandi laut. Tapi hujan pulak. So, kena lah tunggu sekejap. Pukul 9 pagi, kami pergi mandi swimming pool. Nak cop tempat kononnya. Asalnya saya nak basah-basah kaki je. Sudahnya basah satu badan. Punca betul lah adik-adik saya nie.









Sebelum check out, kita bergambar-gambar dulu. Nak ambil gambar pun struggle juga. Angin laut sangat kuat ye. Gigih juga nak bergambar dengan tak ada tripod. Sebelum gerak balik kampung, our lunch di-sponsored by Paklong saya. Risau dorang bila dengar kami tak ada makanan. Hahaha padahal boleh je pergi carik makanan sendiri. Begitu lah kisah 2 hari 1 malam kami di Homestay Arena Sepang. Nantikan cerita throwback saya yang tak tahu bila saya akan post. Stay safe. Sayonara!

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin