Last Sunday

Assalamualaikum

Sebenarnya saya tak tahu nak letak tajuk apa tapi memandang apa yang saya nak share ni berlaku hari Ahad lepas, so saya letak lah tajuk gitu. Hehehe. Iyaa udah ketandusan idea. 

Nak dijadikan cerita last weekend saya duduk seorang diri dekat rumah memandangkan housemates saya balik kampung dan seorang lagi tu kerja, maka kebosanan lah saya. Ikutkan saya tak ada plan nak ke mana pun. Hari Sabtu tu nekad dah tak nak ke mana. Nak jimat duit kononnya. Belum pertengahan bulan duit nak menyepi. Hikss. Kemas peti sejuk, basuh cadar, kemas rumah *tetiba jadi rajin pulak kan*. Dah settle mengemas, iolls pun memasak lah untuk mengisi kekosongan perut nie. Saya bukanlah reti masak mana pun. Selalunya roommate saya, Tiah yang masakkan untuk kami serumah tetapi dia balik kampung minggu lepas. So i terpaksa keluarkan bakat memasak i nie yg tersimpan lama #inisemuapoyo 

Dah settle segala kerja dan perut pun kenyang, udah sistur tak tahu nak buat apa. Makan, tidur, tengok tv. Krik krik gitu termenung sendirian. Hehehe. Tup-tup teringat tudung Ariani yang saya beli dengan junior sekolah saya dulu. Lama dah beli time awal PKP tu. Share postage dengan dia. Saya tak pernah beli pun tudung Ariani ni dan kebetulan tengah sales, so saya pun join. Niat asalnya nak jumpa dia dan alang-alang pergi Shah Alam baik saya jumpa geng saya.

Maka terjadilah cerita pada hari Ahad lepas, saya turun ke Shah Alam. Tapi niat utama ke sananya tak menjadi sebab junior tu pergi Nilai. Next time lah nampaknya saya ambil tudung tu. Saya pun dah janji dengan dorang untuk jumpa so kena lah turun juga. Padahal memang nak jumpa dorang pun. Niat nak ambil tudung tu just selingan je. Hehehe. Nampak tak permainannya disitu. *gelak jahat* 

Jadi driver tak berbayar lah saya menjemput dorang. Hahaha. Saya yang ajak dorang lagipun depa tak ada transport. Tempat lepaknya adalah di PKNS Shah Alam. Senang lepak kat situ ada SACC Mall, Plaza Alam Sentral. Banyak tempat nak cuci mata. Sampai je terus pergi Pizza Hut, SACC Mall. Tak ramai orang and lenggang je parking situ. Rugi pula parking jauh. Tak memasal exercise tengah hari buta. Hahaha.

Selfie dulu sementara tunggu makanan sampai

Meriah pulak meng-order nya sampai tercungap-cungap nak habiskan.

Ini Alina, my girlfriend. Kalau otp dengan dia orang boleh ingat saya borak dengan pakwe. Padahal borak dengan dia. Doakan dia kahwin dengan anak raja ye. Hehehe.

Bakal doktor ni In Shaa Allah. Ain ni paling susah nak contact. Kalau nak contact kena terus jumpa. Busy memanjang budak nie. 'Cikgu' saya time zaman sekolah dulu sebab dia ni cerdik and hafal segala fakta especially subjek Bio dan Kimia. Kita tak payah bukak buku teks just dengan je dia cerita.

Another girlfriend saya. Kalau Alina, saya selalu otp. Illiyyina ni selalu contact kat whatsapp. Orang ingat saya sengih-sengih mesej dengan pakwe padahal menggosip dengan budak ni.

Yeahh this is me. Si tembam yang dah membulat kat pipi ni. Hahaha.

Settle makan, cuci-cuci mata kat PKNS tu. Terjebak kat kedai Ninso. 

Acah-acah flower girls.

Dekat pukul 4, saya hantar Illiyyina balik rumah. On the way nak hantar Alina dan Ain, tetiba saya rasa tak puas melepak. Jadi saya ajak pergi i-City Mall Shah Alam alang-alang dah dekat dengan rumah Ain. Merayaplah ke situ. Masuk Sogo cuci mata je mampu. Kena tahan nafsu membeli ni. Then singgah KFC sebab nak tebus baucer. 

Perempuan kan. Pantang nampak cermin, mula lah. Hehehe.

Saya gerak balik pkl 7.30 malam lepas hantar dorang. Serius tak puas sebab dah lama tak jumpa. Tak jauh mana pun dari KL nak ke Shah Alam tapi kekangan masa, itu yang susah nak jumpa. Kali ni Alhamdulillah dapat lah jumpa dorang. Itupun tak semua geng saya dapat jumpa. Next time kena plan betul-betul and kita kena buat reunion. Baru seronok dapat jumpa semua. 

Last but not least, thanks Ily, Alina and Ain sudi spend time dengan iolls. Ikut je aku ajak ke mana. Hahaha. Next time ada rezeki kita jumpa lagi and hopefully dapat jumpa kengkawan yang lain. Thats all. Thanks sudi baca bebelan saya ini.

Comments

  1. Lama tak melepak kat Shah Alam. Dulu zaman study memang selalu ke PKNS, SACC , la ni kalu g Shah Alam singgah makan nasi kalut je

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018