Posts

Happy Birthday to Me

Image
Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac. Rasa macam baru semalam sambut birthday saya #tiber. Tak tahu apa mood tahun ni nak update pasal my birthday. Nothing special pun sambutan untuk tahun ini. Makin tua makin tak seronok bila birthday tiba. Huhuhu. Iolls makin tua.  10 Februari 1996 saya selamat dilahirkan di dunia ini pada jam 9.30 malam di Hospital Besar Muar. Alhamdulillah 25 tahun saya diberi keizinan untuk bernafas dan menimba ilmu serta pengalaman. Banyak yang saya perlu belajar. Tahun ni sambut birthday time PKP kan. So agak special for this year. Saya hanyalah insan biasa. Dapat hadiah tu memang seronoklah. Tahun ni dapat hadiah yang saya tak fikir untuk dapat. Mostly saya memang nak beli tapi tahan duit sebab nak berjimat maklumlah gaji bulan Feb masuk awal gila. So lets kita 'unboxing'. Thank you Zhatul for this cake and baju kurung. Lama dah survey baju kurung dari Dhia Cotton ni. Tuptup dah dapat.  ...

#ThrowBack : Wedding Kemar

Image
Assalamualaikum, Welcome back #tiber. Sebenarnya, saya dah lama nak post entri ni tapi duk lama bersarang dalam kotak draft tu start dari awal Januari sampai laa ni tak post. Makanya terjadilah #ThrowBack. Ikutkan hati memang dah malas habis untuk post sebab lama sangat biarkan, idea pun dah hilang tetapi saya paksa juga otak ni untuk bekerja. Wedding BFF wajib disimpan dalam blog saya ini. Ya Allah, pejam celik pejam celik tak sangka saya dah masuk separuh usia 20-an. Yeaa I'm 25 right now. Dah tua sistur nie. Bila lah nak kahwin #tiber. Siapa sangka hikmah pandemik Covid-19 ini sangatlah memberi kebaikan kepada semua bakal pengantin untuk mereka kurangkan perbelanjaan. Ramai yang ambil peluang ini untuk langsungkan majlis perkahwinan dan juga pertunangan. Walaupun, majlis tidak dapat dibuat secara meriah seperti sebelum ini tetapi kita kena dahulukan yang wajib lah.   Back to our story, salah seorang kawan baik saya semasa zaman diploma turut mendirikan rumahtangga pada hari...

New year New Hopes

Image
  Assalamualaikum, Setelah sekian lama seketul Anis tidak menaip sebarang entri. Entri terakhir adalah pada bulan Julai. Nampaknya azam 2020 saya untuk kembali aktif dalam dunia blog tidak berhasil. *sobsob*   Selamat Tahun Baru semua *tak pasti masih ada reader lagi ke tak* . Sekarang kita dah masuk tahun baru, tahun 2021. Pejam celik pejam celik tahun 2020 sudah meninggalkan kita. Tahun yang banyak memberi kesan kepada semua, seluruh negara malah satu dunia. Unexpected year I guess. Tahun yang memberi kesan positif dan negatif. Semoga tahun 2021 ini lebih baik dari tahun lepas dan kita mampu harunginya bersama. Saya tak mengharapkan lebih kecuali raya tahun ni dapat beraya bersama keluarga di Johor #tiber. Awal benar dah pasang angan-angan. Hehehe. Saya ketandusan idea disebabkan otak ni dah lama tak diasah untuk mengarang. Setakat ini sahaja entri saya kali ini. Tetiba tepu pulak. Post entri ini untuk bagitahu saya masih wujud lagi. *tak ada siapa kisah pun anis oit* In Sh...

Last Sunday

Image
Assalamualaikum Sebenarnya saya tak tahu nak letak tajuk apa tapi memandang apa yang saya nak share ni berlaku hari Ahad lepas, so saya letak lah tajuk gitu. Hehehe. Iyaa udah ketandusan idea.  Nak dijadikan cerita last weekend saya duduk seorang diri dekat rumah memandangkan housemates saya balik kampung dan seorang lagi tu kerja, maka kebosanan lah saya. Ikutkan saya tak ada plan nak ke mana pun. Hari Sabtu tu nekad dah tak nak ke mana. Nak jimat duit kononnya. Belum pertengahan bulan duit nak menyepi. Hikss. Kemas peti sejuk, basuh cadar, kemas rumah *tetiba jadi rajin pulak kan* . Dah settle mengemas, iolls pun memasak lah untuk mengisi kekosongan perut nie. Saya bukanlah reti masak mana pun. Selalunya roommate saya, Tiah yang masakkan untuk kami serumah tetapi dia balik kampung minggu lepas. So i terpaksa keluarkan bakat memasak i nie yg tersimpan lama #inisemuapoyo   Dah settle segala kerja dan perut pun kenyang, udah sistur tak tahu nak buat apa. Ma...

Unplanned Vacay

Image
Assalamualaikum, Wahh lamanya saya menghilangkan diri. Nampaknya azam tahun ni untuk aktif blogging tak berjaya lah. Dah setengah still entri masih sikit *tersangat-sangat lah sikit* . Last update pon bulan 1 kalau tak silap. Maklumlah laptopnya tinggal kat kampung. Ini pon saya update pakai handphone *memandangkan dah beli yg baru. Opss*   So, sempena comeback saya ni and first time try update guna handphone, saya nak share pengalaman bercuti dengan housemates. Actually, unplanned vacation lah juga. Kakak rumah tetiba mengajak nak pergi pantai. Nak katakan percutian 3 hari 2 malam or 2 hari satu malam bukan juga memandangkan kami pergi balik hari. Tersangatlah sekejap.  Plan asalnya nak tengok sunrise. Jarang kan orang pergi pantai untuk tengok sunrise. Biasanya tengok sunset. Tapi disebabkan mood ni nak tengok pantai, maka bergerak lah kami ke Port Dickson pada hari Sabtu lepas, 4 Julai.  Seperti semua sedia maklum, memang every weekend or s...

Segmen Bloglist 2020

Image
Assalamualaikum, Pembukaan entri saya untuk tahun baru 2020. Click pada banner untuk join :) 2/1/2020

Memories of 2019

Image
Assalamualaikum, Sudah lama saya tak update blog ye. Sebenarnya, saya buka je blog and baca entri blog yang lain tapi belum ada kesempatan nak update entri. Saya tak bawak laptop ke rumah sewa, tinggalkan kat kampung. Jadi, saya akan update bila balik kampung je *plan asalnya gitu* . Malangnya, kemalasan menguasai diri maka sampai kesudah saya tak update apa-apa. So, azam saya untuk kekal aktif dalam dunia blog kecundang lah tahun ni. Hehehe.  Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2019 akan meninggalkan kita, maka saya kuatkan semangat untuk update blog. Terlalu banyak perkara berlaku tahun ini sama ada kenangan manis mahupun kenangan pahit. Tapi hidup kalau sama je mesti bosan kan. So, wujud lah ujian dan cabaran disitu bagi menwarnai kehidupan sementara kita ini. Gituuuu. Haaa kemain panjang mukaddimah seorang Anis nie ye.  So, bagi kemunculan semula saya kali ini setelah sekian lama menyepi, saya nak berkongsi cerita mengenai rakan serumah saya. Pe...