Unplanned Vacay

Assalamualaikum,

Wahh lamanya saya menghilangkan diri. Nampaknya azam tahun ni untuk aktif blogging tak berjaya lah. Dah setengah still entri masih sikit *tersangat-sangat lah sikit*. Last update pon bulan 1 kalau tak silap. Maklumlah laptopnya tinggal kat kampung. Ini pon saya update pakai handphone *memandangkan dah beli yg baru. Opss* 

So, sempena comeback saya ni and first time try update guna handphone, saya nak share pengalaman bercuti dengan housemates. Actually, unplanned vacation lah juga. Kakak rumah tetiba mengajak nak pergi pantai. Nak katakan percutian 3 hari 2 malam or 2 hari satu malam bukan juga memandangkan kami pergi balik hari. Tersangatlah sekejap. 

Plan asalnya nak tengok sunrise. Jarang kan orang pergi pantai untuk tengok sunrise. Biasanya tengok sunset. Tapi disebabkan mood ni nak tengok pantai, maka bergerak lah kami ke Port Dickson pada hari Sabtu lepas, 4 Julai. 

Seperti semua sedia maklum, memang every weekend or school holidays, area selatan ni akan sesak especially Melaka dan Port Dickson. Bagi mengelakkan diri dari bersesak dan stress mengadap 'jem' tu, kami bergerak awal pagi sebelum subuh. Haaa kauu gigih tak?! Hehehe. Jumaat malam sabtu tu, housemates pergi beli barang untuk bawa time picnic nanti and malam itu juga kami buat segala persiapan. Bekalkan mihun goreng, sandwitches, buah, nuggets, keropok lekor apa-apa je lah makanan yang ada dalam peti sejuk tu. Tidur pon lewat pukul 2 pagi padahal 4 pagi dah nak bangun bersiap. Tiah selaku orang kuat kami bab memasak ni sampai tak tidur. Thank you Tiah. 

Keesokkan harinya, bersiap-siap lah kami pukul 4 pagi itu dan bertolak pukul 5 pagi. Di saat orang lain masih diulit mimpi indah, kami bangun demi misi untuk melihat pantai. Giteww. Kami tiba di Port Dickson jam 6.30 pagi dan nasib tak menyebelahi kami kerana hujan lebat. Sob sob sedih kami. Tapi teruskan juga perjalanan sampai ke Teluk Kemang. Alhamdulillah hujan pon dah reda ketika itu, cuma renyai-renyai.

Tadaaaa dah tiba!! 

Tak dapat tengok sunrise pon tak apa asalkan dapat lepas rindu tengok pantai. Tenang rasanya. Hilang sekejap segala stress.

Kami tak mandi dekat kawasan situ sebab kemungkinan akan datang lebih ramai orang nanti. Kami pergi bahagian lagi satu. Apa entah namanya saya dah lupa. Harap maaf. Hehehe.

Dua budak takut-takut nak main air. Hehehe.

Sebelum mandi, kami makan dulu memandangkan semua dah kebulur. Sorry tak sempat nak ambil gambar ketika itu. 

Sebelum masuk air, kita bergambar dulu. 4 out of 5. Housemate lagi sorang tak ada sebab balik kampung. Bila nak mai KL ni azra oit. 

Niat cuma nak rendam kaki je tak nak mandi akhirnya lenjun satu badan. Hahaha. Betullah orang cakap kita ni hanya mampu merancang #tiberrr. Kami bermandi-mandi dalam sejam lebih. Pukul 9 kami dah nak naik untuk salin baju dan ketika itu orang pon dah start ramai. 

Dah nama pon unplanned kan, so lepas mandi tak tahu nak pergi mana sebab niat utamanya nak pergi pantai je. Nak pergi muzium terbalik tu rasa macam malas. Kebetulan saya teringin nak minum air coconut shake, kami pon bergerak lah cari. Tak tahu kedai mana nak jual air coconut shake sedap, jadi main redah je lah mana-mana. 

Coconut shake aiskrim for us dan extra cendol pulut for me. Dapat lah melepas mengidam pada coconut shake. Hehehe. 

Our last picture before gerak balik ke KL. Muka masing-masing dah barai sebab tak cukup tidur. 

Kami sampai di rumah sewa pada jam 1 petang. Sekejap bukan? Sangat-sangat lah short vacay. Hahaha. Ni try and error je. Mana tahu lepas ni dapat lah bentang kertas kerja untuk pergi bercuti bersama-sama. Aamiin In Shaa Allah. 

Sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. Jumpa lagi. By the way, terasa awkward sebab dah lama tak menaip dan mengarang ayat. Otak ni pon dah tepu nak bercerita macam mana. Hahaha. Jumpa lagi.

8/7/2020

Comments

  1. Best boleh jalan2, luangkan masa sama2..
    Btw, coconut shake tu nampak best. dahla ianya favourite kami..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin