Memories of 2019
Assalamualaikum,
Kalau korang perasan, gambar banyak kami berempat. Kak Anis jarang dapat keluar dengan kami atas faktor kerja. Kak Anis kerja sebagai receptionist di hospital swasta berdekatan dengan rumah sewa kami. Kerja shift and memang susah kami dapat keluar bersama. Time kami cuti, Kak Anis kerja. Begitu juga sebaliknya. So, nak spend time together memang kena plan awal-awal.
Sudah lama saya tak update blog ye. Sebenarnya, saya buka je blog and baca entri blog yang lain tapi belum ada kesempatan nak update entri. Saya tak bawak laptop ke rumah sewa, tinggalkan kat kampung. Jadi, saya akan update bila balik kampung je *plan asalnya gitu*. Malangnya, kemalasan menguasai diri maka sampai kesudah saya tak update apa-apa. So, azam saya untuk kekal aktif dalam dunia blog kecundang lah tahun ni. Hehehe.
Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2019 akan meninggalkan kita, maka saya kuatkan semangat untuk update blog. Terlalu banyak perkara berlaku tahun ini sama ada kenangan manis mahupun kenangan pahit. Tapi hidup kalau sama je mesti bosan kan. So, wujud lah ujian dan cabaran disitu bagi menwarnai kehidupan sementara kita ini. Gituuuu. Haaa kemain panjang mukaddimah seorang Anis nie ye.
So, bagi kemunculan semula saya kali ini setelah sekian lama menyepi, saya nak berkongsi cerita mengenai rakan serumah saya. Pejam celik pejam celik siapa sangka sudah setahun saya berhijrah di negeri orang. Hidup berdikari sebagai seorang dewasa yang selama ini saya tak terfikir untuk lalui dalam usia muda nie. Mungkin ini takdir Allah yang sudah tentukan untuk saya. Alhamdulillah, setahun saya menyewa bilik di KL ni tiada masalah. Masalah parking itu perkara biasa lah kan sebab menyewa pun di pangsapuri yang mana terhad parking di dalam kawasan perumahan. Maka kita pun parking di luar sahaja. Harap-harap selamat lah kereta kita tu ye even though dah jadi macam-macam. Kereta pun belum cukup setahun dah kena macam-macam. Mungkin saya tidak ceritakan disini. Cukup lah saya dan orang-orang tedekat je tahu. Huhuhu.
Rumah sewa saya tu dihuni oleh 5 orang termasuk saya. Ada 3 bilik yang mana 2 bilik dihuni 2 orang manakala satu bilik dihuni seorang. Saya menyewa bilik utama dan berkongsi. Bayaran sewa ikut harga bilik and ikut seorang. Tak ada istilah share lah kiranya. Kami menyewa bilik. Agak quite expensive bagi rumah pangsapuri *seumpama flat tetapi ada 17 tingkat* tapi boleh lah 'pejam mata' sebab rumah tu fully furniture. Bayaran pun termasuk bil api air and astro. Ada dapur sekali, so boleh masak. Memang lengkap lah jadi berbaloi lah juga dengan harga sewa dikenakan.
Saya boleh dikatakan senior lah antara mereka sebab menetap lebih lama. Roommate saya masuk masa bulan Mac manakala 3 orang lagi masuk bulan April. Saya tiada gambar dengan ex-housemates lama memandangkan saya bersama mereka sekejap je and jarang spend time together disebabkan kerja dan kekangan masa. Dengan housemates sekarang je lah rapat sebab paling lama duduk sekali kan tapi itu pun rakan sebilik saya dah berpindah kerana dapat kerja baru. So, sekarang menanti orang baru untuk berkongsi bilik dengan saya. Harap-harap okay lah. Risau lah pulak kan sebab dah lama tak terima orang baru dalam rumah sewa. Ayuh lah saya perkenalkan housemates saya.
Kak Naji belanja kami tengok wayang Frozen 2. Thank you kak!
Dua orang gadis berniqab itu Kak Anis (kiri) dan Damia (kanan). Damia itu adalah rakan sebilik saya. Sebaya saya and baru berpindah keluar bulan 11 tu. Tahniah Mia and semoga sukses ditempat baru. Yang depan tu, Zhatul our bongsu *bak kata Kak Naji*. Selang setahun je dari saya. Hehehe. Tapi dia memang bongsu pun dalam adik-beradik dia. Tudung biru tu Kak Naji. Berbaju merah itu tak perlulah diperkenalkan ye. Hehehe.
Kak Anis asal dari Perak and sudah berkahwin ye. Kak Naji dan Zhatul pula dari Kelantan. Damia pula orang sini je, duduk di Ijok. Ini lah rakan saya, geng gelak ketawa sepanjang saya duduk di KL. Even though masing-masing lain kerjaya tetapi balik rumah memang kami akan duduk sama depan tv and share story masing-masing. Weekend tu, ada masa kami keluar beli barang or tengok wayang.
Our first time dapat berkumpul lengkap 5 orang
Mandi-manda di Sungai Congkak. First and Last *kata Kak Naji* Masa kami pergi ni public holiday, tak ingat cuti apa. Memang sah-sah sesak. But dapatlah hilangkan stress sikit tengok permandangan hijau and air sungai.
Sementara menunggu Kak Naji and Zhatul beratur beli air Tealive, kami berwe-fie dulu
Misi membeli barang dapur untuk masak rendang ayam air tangan Kak Naji
I duduk tepi check barang dah cukup ke belum. Hehehe.
Misi selesai. Welcome to the club Kak Naji. Kami serumah gadis berkaca mata.
Kalau korang perasan, gambar banyak kami berempat. Kak Anis jarang dapat keluar dengan kami atas faktor kerja. Kak Anis kerja sebagai receptionist di hospital swasta berdekatan dengan rumah sewa kami. Kerja shift and memang susah kami dapat keluar bersama. Time kami cuti, Kak Anis kerja. Begitu juga sebaliknya. So, nak spend time together memang kena plan awal-awal.
Begitulah sedikit sebanyak kisah mengenai sebahagian kehidupan baru saya. Semoga ukhuwah ini kekal walaupun suatu hari nanti kita akan berpisah juga. Sedih pula bila memikirkannya. Damia dah keluar. *menangis bucu dinding* Menanti kehadiran orang baru bagi mengisi kekosongan rumah tu *ayat macam mengisi kekosongan hati pulak kan.*
Setakat ini sahaja entri saya kali ini. In Shaa Allah saya akan update lagi and bercerita tentang memori sepanjang tahun 2019 ini. Terpaksalah merangkumi semua sebab lama sangat perap dalam otak kan tapi tak post dekat blog. Heheh. Sayonara!
24/11/2019
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.