Rezeki Dapat Kerja
Assalamualaikum,
I'm BACK! Rindu saya tak? Okay tak ada siapa pun disini. Tak apa lah biar lah saya membebel sendirian di sini.
*jeling tajuk entri* Masih ingat lagi entri saya sebelum ni berkenaan saya dapat tawaran untuk sambung belajar? Boleh click SINI untuk tahu lebih lanjut. Hehehe. Pada hari Ahad 2 minggu lepas bersamaan 12 Ogos 2018 saya dikejutkan dengan kedatangan sepucuk surat dari SPA. *Fuhh ayat bukan main nak gempak* Saya keluar pergi bandar untuk melaksanakan rutin harian saya yang mana saya kena makan ubat di klinik. Settle urusan and beli barang-barang yang ibu kirim and sempat lah juga membawang kejap dengan kak wani time beli barang kat tempat kerja dulu. Sampai je rumah :
Ibu : "Akak, ibu rasa akak kena buat istikharah"
Me : *muka blur* "Kenapa pulak?"
Ibu : "Akak pergi kat bilik ade surat untuk akak"
Me : *puas perah otak ni ade ke saya mohon mana-mana tempat belajar* (Time tu rasa macam bengap jugak aku ni dok pikir yang tu)
Buka je sampul surat and terus baca tajuk surat tu. "Tawaran Pelantikan Tetap Ke Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19" Time tu memang speechless. Serius perasaan bercampur-baur. Rasa nak menangis. Menangis sebab rasa syukur and tak sangka. At the same time rasa macam satu beban datang. Maksud saya, saya kena buat pilihan yang sangat berat bagi saya sama ada nak sambung belajar or terima tawaran kerja ni.
Saya buntu. Saya tanya pendapat ibu macam mana. Ibu minta saya istikharah tapi ibu suggest kan saya kerja. Apa-apa pun terpulang pada saya. Ibu hanya bagi pendapat. Saya tanya kawan-kawan and beberapa orang makcik saudara saya. Most of mereka suggested supaya saya terima tawaran kerja tu sebab jawatan tu tetap bukan kontrak. Lagipun saya boleh buat PJJ kalau saya nak belajar. Belum tentu nanti saya graduate akan terus dapat kerja. Itulah majoriti pendapat yang saya terima.
Setelah saya fikir masak-masak and sambil tu mohon doa supaya Allah beri petunjuk pada saya, saya decided untuk kerja and tolak tawaran untuk sambung belajar. Memang ada rasa ralat sikit sebab saya dah excited nak sambung belajar. Dah berangan kot macam mana life duduk jauh kat utagha sana. Hehehe. Tapi sangka baik. Maybe ini yang terbaik untuk saya. Maybe akan datang saya sukar dapat kerja or so on kan. In shaa allah saya terima apa yang Allah dah tetapkan.
Saya akan lapor diri pada 3 September 2018 di Putrajaya. Penempatan diberitahu kemudian selepas lapor diri. So, saya tak tahu saya ditempatkan kat mana. Memang tawakal je lah. Berharap agar tempat yang bakal saya kerja tu mudah untuk saya pergi dan balik dari kerja serta tempat tinggal andai saya ditempatkan jauh dari family.
Serius saya memang tak sangka saya akan ditawarkan jawatan ni. Kalau ikutkan time interview hari tu memang merepek je saya jawab. Saya ada posted entri sebelum ni berkenaan pengalaman saya hadir interview. Click SINI untuk singgah. Saya anggap ini rezeki saya. Syukur Alhamdulillah. Doakan saya ye dear readers. Doakan saya kuat and mampu hadapi semua ni. Saya cuak juga sebab kali ni macam saya dah betul-betul "dewasa". Kena berdikari and cari duit sendiri. Saya pernah bekerja sebelum ni selama 8 bulan tapi sebagai part time cashier. Zaman saya menganggur dulu memang saya cari kerja yang part time sebab saya tak ready nak kerja yang tetap. Alasannya, saya nak sambung belajar and risau nanti dah seghonok pegang duit kang tak nak sambung. Cehh padahal sebab utamanya saya tak nak berjauh dari family. Hehehe. Anak manja betul saya nie. *actually saya ada sebab sendiri kenapa saya buat keputusan begitu*
Begitulah kisahnya. Panjang betul saya membebel. Ada yang sama geng dengan saya tak? Boleh lah share tips or pengalaman dengan saya. Bagi kata-kata semangat pun okay. Saya amat memerlukannya *beriya betul*
22/08/2018
Alhamdulillah dah rezeki awak dapat kerja tu....saya rasa kalau boleh pjj apa salahnya kan...belajar sambil bekerja.nice one...
ReplyDeleteapa pun cuba istikarah dulu...then awak akan tahu apa yang patut awak buat.Moga awak terus kuat dan berjaya maju kehadapan.All the best!
singgah sini.done follow!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
@Cuya Thanks atas nasihatnya. Aamiinn in shaa allah kita akn cuba yg terbaik. Thanks krn follow. Kita dh follow back. Salam perkenalan :)
ReplyDeletetahniah! semoga dipermudahkan segala urusan. btw follow sini :D
ReplyDelete@Shafyqah Azahar Thanks you :)
ReplyDeleteHAI SAYA ORANG BARU KAT BLOG JOM LA FOLLOW SAYA!SAYA DAH JADI FOLLOWER AWAK!
ReplyDelete