Reunion with My BFFs

Assalamualaikum,

Sementara mood rajin nak menaip datang ayuhlah kita meng-update blog. Kang datang mood malas memang sampai berhabuk-habuk lah blog nie saya akan biarkan. Hehehe. So, untuk entri kali ni saya nak share tentang perjumpaan a.k.a. reunion lah kot dengan 2 orang sahabat saya. 

Kisahnya bermula pada 4 Ogos lepas yang mana saya pergi Shah Alam untuk menunaikan jemputan kenduri kahwin. Jiran satu kuarters dulu. Bagi yang tidak tahu, dulu saya tinggal di Shah Alam sebelum berpindah ke Johor pada 3 tahun lepas. Senang cerita, lahir je dekat Johor tapi membesar di Shah Alam. Hah gitu!

So, biasanya kalau saya naik Shah Alam memang saya akan inform dorang kot-kot lah dapat jumpa. But as usual memang tak ada rezeki untuk jumpa. Alhamdulillah, that day Allah beri peluang pada kami untuk berjumpa even though saya main redah je datang rumah dorang. Bak kata orang, asal dapat jumpa kat depan rumah pon jadilah. Hehehe. 

Setiba di Shah Alam first of all kita pergi lah dulu isi perut kat kenduri. Dah lama tak jejak kaki kat situ. Rindu. Suasana still sama but ramai orang-orang baru lah. Yelah yang lama-lama tu sudah pencen or berpindah rumah kan. Sempat lah jumpa beberapa jiran lama. 

Alamak terbalik pulak tulisannya. Nasiblah.  Hahaha :)

Done kenduri

Then, gerak pergi rumah Alina. Mula-mula tu nak pergi rumah Illiyyina tapi saya konfius rumahnya yang mana satu sebab member renovated rumah. Call and mesej tak diangkat pulak. Jadi, gerak ke rumah Alina. Dah bagi warning kat dia awal-awal yang saya nak datang rumah sebab dia ni suka plan mengejut. Banyak kali nak jumpa then tetiba dia keluar. Hahaha. Kali ni memang saya pastikan dia ada kat rumah :3



This is Nur Alina binti Ahmad Bakri. Boleh jenguk blog si dia di SINI. My "makwe". Hahaha. Kawan yang selalu saya otp and video call. Orang boleh salah faham ingatkan saya ada pakwe sebab kalau sembang dengan dia ni berjam-jam jadinya. Tak tahu lah apa yang diboraknya. Thanks for the present tau. Tunggu birthday kau tahun depan aku bagi hadiah.

Kemudian, singgah rumah jiran lama juga yang kebetulan dapat cucu sulung sebelum singgah rumah Illiyyina. Pukul 5 petang saya sampai rumah dia. 



Yeah ini lah dia my "bawang", Nur Illiyyina binti Hassan Basri. Moh lerh jenguk BLOG dia. Yang ni pon sama macam Alina tapi by whatsapp lah. Memang orang akan ingat saya mesej dengan pakwe sebab tersengih-sengih sesorang. Haiyooo kesitu pulak dorang. Kesian member ni tengah senggugut pon kuatkan juga untuk melayan kerenah kawan dia hah dok selfie. Thanks wehh. Bukan selalukan. Hehehe. 

Begitulah kisahnya. Tercapailah juga hasrat untuk jumpa walaupun sekejap je memandangkan saya pun balik hari je pergi Shah Alam nie. Thanks Alina and Ilyn sudi layan kawan kau ni hah yang main redah je datang rumah. Take care okaysss. Ada rezeki kita jumpa lagi. and moga lebih molek sikit lah perjumpaannya tu. Hehehe.

Last but not least, a tiny heart for you. Siapa-siapa lah "you" tu. Kahh! :p

09/08/2018

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin