Memories of 2018
Assalamualaikum
Missing so much this blogggg! Dah lama tak update blog. Actually, saya online je baca entri-entri bloglist lain tapi belum ada kesempatan untuk post entri. Or senang cerita idea tak maghi lah. Memandangkan saya tak bawa sekali lappy ke rumah sewa, so tunggu saya balik rumah je lah baru saya akan update. Memang ada terfikir nak bawa tapi bukan sekarang kot. 2 ke 3 bulan akan datang. Hehehe.
Masih belum terlambat lagi kan untuk saya throwback sikit tentang kehidupan saya sepanjang 2018. Hehehe. Tahun 2018 ni kategori tahun yang macam-macam terjadi. Pahit dan manis semua ada. Actually, tiap-tiap tahun gitu but I think 2018 ni a little bit different lah. *abaikan bahasa rojak aku* Kira macam mostly bukan saya jangkakan. Of course menguji mental dan emosi saya juga. So, tanpa membuang masa ayuhlah kita throwback
- Disahkan kena penyakit tibi
Siapa sangka saya boleh kena tibi sedangkan saya sihat walafiat. Tetapi itu lah yang menimpa saya. Saya rasa maybe ramai yang sudah tahu tibi itu apa kan. Bagi yang tak tahu boleh lah google ye. Biasanya simptom-simptom pesakit tibi ini akan demam, batuk-batuk, penurunan berat badan secara mendadak dan sebagainya. Tapi saya tak begitu. Saya tak alami simptom tersebut. Ia bermula time bulan 3 tahun lepas yang mana tetiba timbul benjolan pada leher saya. Bukan satu tetapi 4 and benjol tu makin membesar dan rasa sakit. Memula tu, saya abaikan je tapi bila dah tumbuh lebih satu then rasa sakit saya pergi klinik. Waktu itu, doktor bagi 2 kemungkinan iaitu sama ada saya kena penyakit tibi atau kanser limpoma. Benjolan pada leher saya tu adalah kelenjar limpa. Dua kemungkinan ni sangat kuat memandangkan saya bekerja di sebuah pasaraya yang terdedah dengan orang ramai dan foreigners dan juga ayah saya kanser limfoma dulu. So, doktor suggest kan saya supaya rujuk hospital pakar.
Dari situ, doktor bagi 4 test untuk tentukan sakit saya nie. Ujian kahak, x-ray, suntikan ape benda entah namanya tu *saya dah lupa. harap maaf* dan surgery *ambil sedikit cell pada kelenjar saya ni sebab nak tahu sama ada kanser ke tidak* Memang ketika ini saya tak tahu nak rasa apa. Saya buntu. Macam mana kalau saya kena tibi kan? Adakah saya kena kuarantin? Macam mana pula saya kena kanser seperti ayah. Saya sendiri lihat macam mana proses ayah semasa kena kanser dulu. Serius time itu saya redha and apa nak jadi, jadilah. Apa yang Allah tentukan itu lah yang terbaik untuk saya.
So, bulan 4 tu baru dapat keputusannya. Saya disahkan kena penyakit tibi berdasarkan x-ray saya. Alhamdulillah even though kena lah hadap 6 bulan rawatan. Maybe itu yang terbaik untuk saya. Rawatannya sudah tamat bulan 10 tahun depan. Esok saya akan ke hospital untuk follow up checkup. Semoga tak ada apa-apa lah. Jangan lah kena makan ubat lagi. Cukuplah 6 bulan menghadap ubatss. Hehehe.
- Tawaran sambung belajar
One of my azams tahun lepas yang mana saya target untuk sambung degree tahun 2018. Alhamdulillah memang dapat. Saya diterima sambung di UUM dalam kos degree Kewangan seperti pilihan pertama masa mohon UPU. But His plans is better that ours. Bukan rezeki saya untuk sambung lepas tahun lepas. Allah hadiahkan sesuatu yang lebih baik dan totally diluar jangkaan saya.
- Tawaran kerja tetap dari SPA
Inilah hadiah yang tak disangka itu. Serious saya memang tak expect untuk dapat panggilan kerja tetap dari SPA. Rezeki saya untuk dapat kerja kerajaan dalam usia muda ni. Hikss. Of course saya akan pilih kerja memandangkan saya mendapat lantikan tetap bukan kontrak. In shaa Allah andai ada rezeki saya akan sambung degree nanti.
- Lapor diri ditangguhkan
Kalau ikutkan tarikh yang diberi, saya kena lapor diri pada bulan 9 tetapi ketika itu saya masih dibawah rawatan doktor. Jadi, lapor diri saya ditangguhkan. Itulah sebab saya menganggur 4 bulan tanpa buat apa-apa. Hehehe. Stress juga time nie sebab kau tak tahu bila akan dipanggil kerja kan. Time ni "mental" sikit lah saya. Hahaha. Okay tak ingat balik lah. Boleh jenguk lah kat entri saya sebelum nie. Saya ada cerita kat situ. Hehehe. Penantian saya berakhir apabila saya dapat e-mel untuk lapor diri pada bulan 12 tahun lepas. Alhamdulillah, now saya berkhidmat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara sebagai Pembantu Tadbir (W19). Baru nak masuk 2 bulan kerja dan masih dalam proses belajar untuk sesuaikan diri. Doakan saya ye. Bukan senang bila kena berjauh dari family disebabkan kerja kan. Time belajar dulu tak terasa sangat.
Banyak perkara lagi tetapi itu lah perkara besar yang berlaku tahun lepas. Another sweet memories, dapat juga reunion dengan some of my classmates masa kenduri kahwin Is, short vacay dengan cousins and the new experience now saya dalam proses "berkawan" dengan someone nie. Bukan orang jauh pun. Kenal dekat tempat kerja lama. Masih dalam proses kenal hati budi masing-masing. If ada jodoh, semoga dimudahkan. Opss tetiba rasa malu pulak. *tutup muka* Bila difikirkan semula, saya tersenyum sendiri. Perancangan Allah itu memang yang terbaik dan kita sebagai hamba-Nya haruslah percaya pada takdir yang ditentukan. Semoga tahun 2019 ini berjalan dengan lancar dan kita semua sentiasa dibawah rahmat-Nya. Setakat ini sahaja entri saya kali ini. Terima kasih buat yang sudi baca sampai habis. Panjang juga saya membebel. Jumpa lagi :)
21/01/2019
Teruskan berblogging
ReplyDeleteIn shaa Allah i try my best. Thanks you :)
Deletealhamdulillah untuk rezeki yang datang. tabah dan sabar dengan ujian. semoga dipermudahkan semua urusan..
ReplyDeleteAamiin terima kasih
DeleteHope life will treat you better from now on, insya Allah :)
ReplyDeleteAamiin. Thanks you
DeleteAlhamdulillah, cik Anis sudah semakin sihat. Semoga segala azam utk thn 2019 bakal menjadi kenyataan.
ReplyDeleteAbam Kie follows your blog. No 137. TQ...
terima kasih abg kie
DeleteAssalamualaikum... Nk tnya masa yg kena ambi sempel tu sakit x
ReplyDeleteofkos sakit. doktor gne alat macam syringe tu utk amek cell tu. rasa nak nangis T-T
DeleteDone followback. terima kasih sudi follow saya :)
ReplyDeleteu've had it rough. Alhamdulillah im glad to know that you're fine now.
ReplyDeleteAlhamdulillah thank you :)
Deletetahniah. muda2 lagi dah join kerja kerajaan. ;-)
ReplyDeleteAlhamdulillah. thank you :)
Delete