Pengalaman Temu Duga SPA II


Assalamualaikum,

Sihat semua? Okay tak ada siapa-siapa jawab :p Pejam celik pejam celik bulan januari bakal meninggalkan kita. Haihh sekejapnya masa berlalu. Berdebarlah nak masuk bulan Februari. Awat?! I gonna officially 22 years old. Omoooo tak nak lah. Nak umur belasan tahun. Hahaha melebih nampak. Dah tuaa ceq ni. *nangis jap*

Okay, I'm back untuk lunaskan janji yang tak ditepati lagi. Pada entri sebelum nie saya dah share pasal pengalaman pertama saya hadir interview SPA buat pertama kalinya. Korang boleh klik pada link tu lah ye untuk tahu pengalaman saya yang tak seberapa ni. Alhamdulillah saya terpilih untuk hadir interview SPA ni 2 kali pada bulan November tahun lepas. Panggilan pertama tu untuk jawatan pembantu tadbir N19 (pengkeranian/operasi). Yang kedua ni pulak untuk pembantu tadbir W19 (kewangan). 

Bagi interview saya yang kedua ni pada 22 November 2017 bertempat di MITC Melaka, sama tempat time first interview tu. Interview saya start pukul 11 pagi. Kali ni debarannya tak ada lah ketara sangat berbanding first interview tu. Hehehe. And paling penting saya bawak transparent folder not transparent file. Hah yang tak tahu cerita tu boleh review entri saya sebelum nie. Saya tiba di sana pukul 10 pagi. Saya dah pasrah kalau dapat giliran lambat sebab saya beranggapan ramai orang seperti mana sebelum. Tapi tanggapan saya salah. Punya lah sikit orang. Waktu tu saya ragu-ragu. Saya salah tarikh ke kan. Tapi tengok masa, tempat, hari, semuanya betul. Hahaha. Kejutan budaya kejap.

Masuk-masuk pergi kat kaunter pendaftaran tu saya dapat giliran no 9. Memang tak ramai orang padahal hari tu just untuk interview bagi jawatan W19 je. Time first interview tu ada pelbagai bahagian. Hehehe tapi tak apa lah tak perlu saya tunggu lama :3 

Tiba giliran saya, hah dah mula dah jantung berdegup kencang. Saya ditemu duga oleh 2 orang lelaki penemu duga. Mereka siap suruh saya bertenang dulu. Aduhai saya ingatkan bila dah kali kedua ni tak ada lah gelabah tapi malangnya gelabah saya tak dapat disembunyikan. Air muka ni nampak sangat. 

Saya straight to point je lah kan. Sebab saya ingat-ingat lupa. Maklumlah dekat 2 bulan berlalu. Interview saya lebih bersifat santai je. Macam biasa perkenalkan diri lah kan. Then mula lah sesi soal jawab. 

  • sedikit latar belakang keluarga saya
  • tugas yang saya lakukan waktu saya praktikal dulu
  • kenapa mereka perlu mengambil saya bekerja
  • bersedia ke kalau saya dihantar jauh dari rumah

 Hah itu je lah rasanya soalan yang diajukan. Saya tak berapa ingat. Santai kan. Saya tak pastilah macam mana orang lain kan. Adakah disebabkan saya gemuruh sangat or memang begitu. Hehehe. Hopefully sedikit sebanyak dapatlah membantu korang. 

Keputusan dapat selepas sebulan kita interview. Alhamdulillah untuk jawatan W19 ni saya lepas, saya terpilih sebagai calon simpanan. Belum tentu dapat kerja ke kan. Just unexpected. Saya assume saya tak dapat sebab saya jawab macam apa dah. Lagi-lagi yang soalan last tu. Korang boleh agak saya jawab ape kan. Hehehe. Tapi saya anggap ini sebagai rezeki and satu pengalaman lah. Ada rezeki dapat lah. Kalau tiada, saya hmmm merajuk lah. Okay gurau saja. Yang jawatan N19 tu saya tak lepas. It's okay. Dapat pengalaman interview ni pon dah bersyukur sangat. Hehehe.

Begitulah ceritanya. So, korang jangan susah hati sangat. Relaks je tapi buat persediaan lah juga kan. Good luck okay. Sayonara!

26/01/2018

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin