Rezeki Sambung Belajar


Assalamualaikum

Dah lama tak bukak blog. Actually kerap juga bukak macam seminggu 2 ke 3 kali tapi macam biasalah blogwalking kan. Baca blog-blog yang saya follow. Kadang tu, tujuan asal log in blog sebab nak post entry but end up dengan membaca blog orang. Hehehe. 

So, untuk entri kali  ni saya nak share sedikit khabar gembira bagi saya lah kan. Hehehe. Kalau sebelum ni saya hold on untuk sambung degree sebab saya terlepas untuk beli no. pin UPU. So, tahun ni saya lebih peka lah supaya tak berulang kesilapan lama. Cehhhwaaahhh. 

Pada 31 Julai yang lalu, result UPU untuk lepasan STPM/Setaraf diumumkan. Ibu adalah orang yang paling excited nak tahu result saya. Kebetulan pada hari tersebut merupakan hari terakhir saya bekerja, jadi saya terlupa tentang tu. Ibu whatsapp saya tanya dapat mana. Excited benauu ibu ni. So, saya pun check by SMS. Nak bukak laman web UPU, saya yakin line time tu akan slow sebab sudah semestinya ramai yang tengah nak check result kan. Itu saya ambil keputusan check by SMS je.

Setengah jam selepas saya sent tu, SMS masuk. Alhamdulillah, saya dapat tawaran menyambungkan pelajaran di UUM dalam bidang kewangan. Kalau kat SMS tu, just bagi kod kos yang kita mohon jadi saya tak tahu kos apa sebab saya ada mohon 2 kos kat UUM tu. Then saya check borang permohonan saya. My first choice, Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian. Alhamdulillah. Syukur. Finally, Allah makbulkan doa saya. Saya memang tawakal je. Andai kata saya dapat sambung belajar tu adalah yang terbaik maka saya terima. Begitu juga kalau tak dapat.

So, di manakah UUM itu terletak? Saya rasa ramai yang dah tahukan. Hujung utagha sana. Jadi orang utagha lah ceq tak lama lagi. Hehehe. Cuak sebenarnya. Yelah saya dok selatan. Hujung semenanjung juga tapi nasib baik bukan JB. itu memang betul-betul hujung ke hujung. Satu pengalaman baru yang akan saya tempuhi nanti. Tak boleh bayangkan macam mana suasana kat sana nanti.

Doakan saya tau dipermudahkan segala urusan. Cuak, seronok, sedih semua adalah. Ni paling jauh saya bakal pergi nie. Take it easy and enjoy the life. So, sebulan ni kena settle kan banyak perkara. Macam biasalah kan persediaan untuk sambung belajar just maybe ada extra untuk saya kena buat macam penangguhan bayar balik PTPTN, inform doktor berkenaan ni *yang ni panjang ceritanya. Just untuk makluman korang, saya dibawah pemerhatian doktor. So, paham lah kan*

Tahniah buat rakan-rakan yang ditawarkan sambung belajar. Buat yang tidak dapat, jangan putus asa. Rayuan masih dibuka. Fighting okay. Allah know better what is good for us. 

06/08/2018

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin