Posts

Showing posts from 2014

Semestar Baru

Image
assalamualaikum, dah lama tak update blog. hehehe last update isnin minggu lepas rasanya. okay ada yang tahu bahawa saya buat part time waktu cuti sem. saya dah berhenti. seperti yang saya maklumkan saya kerja 2 minggu je. so hari rabu lepas adalah hari terakhir saya kerja. sedih lah juga sebab dah habis kerja. hehehe. awal-awal kerja nak berhenti cepat-cepat. kemain lagi menghitung hari tau. bila dah habis kerja, nak kerja lagi and kalau boleh tak mahu berhenti. hahaha boleh pulak fikir macam tu kan. tapi saya tak boleh lah pentingkan diri sendiri. saya ada tanggungjawab lagi besar yang saya belum selesai laksanakan and baru bermula. in shaa allah 8 hari bulan ni saya balik KUIM semula. sepatutnya hari ahad ni tapi ada hal family, so tak dapat balik ahad ini. fuhhhh takut, risau, resah semua ada lah. dengan bilik kena rombak and tak tahu bilik mana saya dapat lagilah saya risau plus saya balik lewat. tak dapat lah nak cop kan. redha je lah ape yang saya dapat. hehehe hope sem

Part Time

Image
assalamualaikum *tengok tajuk* ingat lagi entri  saya sebelum nie? saya pernah kata yang saya tak kerja cuti sem. untuk pengetahuan korang, saya kerja sekarang. 2 minggu sahaja, dari 21 hari bulan sampai 3 disember. apa cerita kan tetiba je kerja kan. hari tu kata tak kerja. tup-tup kerja. hahaha saya rasa ada hikmahnya kenapa baru sekarang saya dapat kerja. saya kerja dekat tempat saya kerja dulu, Star Design. bagi yang tak tahu boleh rujuk pada entri saya sebelum nie. hehe tapi saya rasa tak ada siapa pun yang nak tahu nie. macam nie lah, jujur saya kata yang waktu awal saya cuti sem tu saya ada mintak kerja dekat situ. supervisor saya kata nanti dia tanya bos macam mana. kalau dapat, dia call lah saya. so, saya tunggu je lah. tunggu punya tunggu, tak ada lah pulak. so saya anggap tak dapatlah tu. lagipun, saya faham yang sekarang sale tengah tak baik. jadi mama a.k.a bos nak jimatkan kos. saya cakap dengan ibu saya yang cuti sem nie saya tak mahu lah kerja. nak duduk ru

Cuti Sem

Image
assalamualaikum, dah lama tak update blog. hahaha tak ada lah lama mana kan. saya tak tahu nak cerita pasal apa lah. tapi nak jugak update blog even no idea lah nak update apa. so, cuti sem ni saya tak kerja. kenapa? malas lorh. haha :) tipu je. ada lah sebabnya. tak apa lah cuti sem akan datang lah baru saya kerja. bukan apa sebab kalau saya kerja, dapat kerja sebulan je. huhu tak seronok. gaji tak mashyuk lah. hahaha. tak ada lah. haish apa lah yang saya cuba sampaikan ni? argh yang penting cuti sem ni saya tak kerja. full stop! so, dah tak kerja, saya buat lah kerja sampingan kat rumah. makan tidur makan tidur lah. hahaha menternak lemak banyak-banyak kat rumah. naik sem nanti, tambah lah lagi lemak-lemak tu. okay, dah mula mengarut. cuti sem nie, saya tengok lah cerita. apa-apa cerita. movie yang ada kat laptop saya semua dah khatam. drama je. drama korea. huhu apa gunalah ambil bebanyak tapi tak tengok kan. hakikatnya susah lah saya nak tengok. saya tak minat drama korea

Hangout

Image
Assalamualaikum 25 Oktober iaitu semalam merupakan antara hari yang menggembirakan. kenapa? semalam saya jumpa dengan geng lepak saya time sekolah dulu. time sekolah dulu, kita orang selalu lepak sama-sama kat surau untuk study atau lebih spesifiknya sembang. hahaha. Dua orang tengah cuti sem and dua orang cuti sempena deepavali. asalnya saya rancang nak jumpa dengan alina je. tak sangka plak alina ajak ain yang sama macam saya, tengah cuti sem and kebetulan syafiqah cuti deepavali. so, dapatlah kami berkumpul. awalnya, kita orang nak pergi ole-ole. then pergi rumah kawan kita orang, aqilah kat seksyen 19 tu sebab ada majlis aqiqah. pergi ole-ole, ingat nak karaoke tapi bukan rezeki kita orang lah kot hari tu. tak dapat lah kita orang nak karok. kesian syafiqah sebab dia dah kempunan dah nak karok. katanya nak lepaskan gian. hahaha. so, kita orang pergi lah rumah qila. jalan kaki weh dari seksyen 18 ke sana. nak naik teksi tapi terlebih orang sebab ain bawak adik dia. jalan je

Tamat Semester 1

Image
assalamualaikum apa khabar sahabat-sahabat? haha wujud lagi ke orang yang nak baca blog aku nie? tak kot. dah lama tak update blog. alang-alang tengah rajin ni kan baik saya update blog. pejam celik pejam celik tamat sudah semestar 1 saya dekat kuim. sekarang ni saya tengah cuti sem. actually cuti bermula esok tapi memandangkan paper saya habis awal iaitu hari isnin lepas, tu saya balik awal. haha. saya mula exam pada 3 oktober sehingga 20 oktober. minggu lepas, 5 hari lah berderet saya ada exam. memang gila betul hehe. biasa ah sem 1 kan. most subjek untuk sem ni subjek wajib. tu yg berderet minggu lepas. alhamdulillah, saya boleh jawab. cuma asas ekonomi je lah macam susah sikit. bukan otak ekonomi macam ni lah and tak pernah belajar. okay benda dah lepas, pasrah je lah. moga dapat result yg terbaik lah. doakan saya tau.  sepanjang 5 bulan saya belajar disini banyak yang saya belajar. haha dunia baru, kawan baru, subjek baru, kehidupan baru, semuanya baru lah. saya harap

New Life 2

Image
assalamualaikum, okay in shaa allah petang nanti saya akan balik semula rumah kedua saya iaitu kuim. hehe sebelum saya nak balik ke sana nie, saya nak lah update blog. alang-alang tengah rajin nie, baik saya update blog. kalau tangguh, tak tahu lah bila saya akan update. hmm, maybe cuti semestar nanti kot. haha entah lah. kalau ikutkan perancangan, saya kena balik naik bas tapi bas tak ada. buat pengetahuan korang, tiket bas dari melaka ke shah alam and shah alam ke melaka hanya ada hari jumaat, sabtu dan ahad. memandangkan hari nie hari isnin, means tiket tak ada and ayah saya dah pergi dah. memang tak ada. bercakap pasal naik bas nie, teringat time first time saya naik bas balik rumah. memang takutlah mula-mula tu. dah lah tak ada geng balik shah alam. memang sesorang lah kan sampai lah sekarang. yang hari jumaat lepas tu saya balik sini pon sendiri je. tapi alhamdulillah dah okay dah sekarang. tak ada masalah nak naik bas. haha. kalau kat sana pun, bas juga pengangkutan

New Life

Image
assalamualaikum, semua apa khabar, korang semua? harap korang semua sihat. dah lama saya tak update blog. last saya update time minggu cuti raya raya tu kot. hmm eh ye ke? oh bukan-bukan. time saya balik minggu depannya lagi selepas cuti raya tu atas urusan ptptn. minggu nie saya balik sempena cuti merdeka. cuti 4 hari kot. jumaat sampai isnin. haha. hari jumaat iaitu semalam saya dah start cuti dah sebab tak ada kelas. okay, pejam celik pejam celik, dah nak genap 3 bulan saya hidup sebagai seorang mahasiswi. hmm, kadang tu bila fikir balik, tak sangka saya ni dah dewasa rupanya. bukan lagi budak yang masih bergantung pada ibu bapa. i means memang saya masih berada di bawah tanggungan ayah saya tapi just belajar untuk hidup berdikari. got it?! haha. ibu bapa saya pun macam tak percaya yang saya nie dah masuk kolej (even bukan universiti tapi lebih kurang je kan), dah besar. hidup berjauh dari family. jujur saya kata, saya tak pernah tinggal di asrama. tak pernah berjauh dengan

Salam Raya

Image
assalamualaikum, semua 1...2...3... fuhhhhh.... tiup sama-sama habuk yang dah banyak bersarang kat blog ni. sudah lama saya tak update blog. ada sesiapa yang rindukan saya tak? hehehe bapak perasan kan. busy ke sampai tak ada masa nak jenguk blog?! nak atakan busy sangat, tak de lah busy mana pon. just belum jumpa masa yang sesuai untuk update blog. saya balik rumah pon sebulan sekali je. minggu ni saya balik sebab ada urusan ptptn. pasti korang pelik apa pasal baru sekarang saya nak mohon? orang lain dah mohon dah and dah dapat dah duit ptptn. hmm panjang ceritanya. tapi saya malas lah nak ceritakan. hal perbadi :p hehe peribadilah sangat kan. petang nanti saya dah balik semula kat tmpat belajar saya iaitu kuim. kuim tu apa? sila rujuk pada biodata saya kat sebelah ni ye. hehe actually, banyak benda saya nak ceritakan dengan korang semua tapi masa terhad. saya nak share pasal raya saya tahun ni. ada sedikit kelainan. haha kelainannya saya raya kampung ayah untuk raya pert

Sambung Belajar

Image
assalamualaikum, semua setelah sekian lama saya menyepi, kini saya kembali *poyo je*. alhamdulillah, 18 tahun sudah saya di bumi ini. dah nak masuk ke alam universiti. tak sangka saya dah besar. bukan budak sekolah lagi dah. bakal mahasiswi insyallah. kadang-kadang tu saya terfikir, betul ke saya bakal masuk universiti? bakal berjauhan dengan keluarga? berdikari sendiri. semuanya sendiri. rasa macam tak percaya saya dah besar. rasa macam semalam baru masuk tadika lah. hahaha. teruk sangat lah tu. memandangkan saya anak sulung dalam keluarga saya, kita orang memang tak ada pengalaman lah kan. tanyalah kawan-kawan, saudara-mara ke jiran-jiran kan. hehehe. tak salah tanya pendapat orang kan?!  okay, saya pasti ramai yang dah masuk universiti dah ataupun bakal masuk nanti macam saya. tak pun ada yang sambung form 6 and amek matrik. good luck semua. semoga kita semua berjaya dan mencapai impian kita semua. insyallah, 2 JUN 2014 saya akan mendaftar. dekat mana?! Kolej Universiti Isl

Menyepi

Image
assalamualaikum, semua *tengok muka kat cermin*.... "huarghhhh!!! dah macam panda dah!!!" hehehe. itu lah kekurangan tidur. apa yang menyebabkan saya kurang tidur?! penat bekerja?! argh, alasan tu dah tak boleh digunakan lagi sebab salah saya sendiri. tidur lambat kan. memanglah. sejak dua menjak nie, saya asyik tidur lambat je. kalau dulu tepat pukul 12 saya dah tutup lampu. tapi sekarang nie tidur pukul 12 lebih. lebih dia tu nak dekat pukul 1. apa benda lah yang saya buat sampai tidur lewat kan?! hehehe. online kat fon lah. bukan bukak whatsapp ke facebook ke twitter ke tapi dok melayan youtube lah. saya tengok WE GOT MARRIED . couples mana?! alah couples lama lah. segan pulak nak bagi tau sebab pasti korang gelaknya lah. saya tengok GOGUMA COUPLE. hahaha. baru sekarang nak tengok. padahal dah 2 tahun lepas dah. hehehe. entah macam mana terdetik nak tengok. bila dah tengok sekali, nak tengok lagi. tapi itu lah tak seronok sangat sebab tak semua episod ada engl

Staf Star Design

Image
assalamualaikum, huahhh!! dah lama tak update blog. apa khabar, semua? hope korang semua sihat-sihat. kali nie saya nak memperkenalkan staf Star Design kat Shah Alam. untuk makluman korang, mama (bos a.k.a Kak Zie) ada 6 buah kedai kalau tak silap saya lah. kat Shah Alam (tempat saya kerja sekarang), Sogo dan Masjid India. so, kalau korang pergi tempat-tempat berikut, cari lah star design ya. hehehe. promote kedai sendiri. actually gambar nie dah lama kita orang ambil. hari jumaat, 7 hari bulan nie. tapi tak apa lah. korang mesti nak tahu kan siapa staf satu kerja saya. jom, saya perkenalkan. okay, senior saya, Kak Syida dan Kak Eqien. Kak Syida baru nak masuk 3 bulan lah kerja kat sini tapi kak syida dah 9 tahun kerja dengan mama. asalnya, kak syida kerja kat Sogo. then, mama hantar kak syida kat sini. ya lah, yang berpengalamannya dah berhenti kerja. yang lain, baru lagi. tulah, mama hantar kak syida ke sini. kak syida nie dari KL tau. oh ya, kak syida yang belah kir

Gaji Pertama

Image
assalamualaikum, dah lama saya tak update blog. rindu kot :) rindu kat korang jugak. *ceh! nak ambil hati konon* sekarang dah masuk bulan FEBRUARI . dalam bulan nie, ada satu hari yang amat penting untuk saya. kalau kawan-kawan saya dia tahu lah apa bendanya or korang yang perasan pada isi tab "The Owner" tu. tak perasan tak apa lah. sedih kot. okay, emo sorang-sorang kat sini. *tengok tajuk* entri kali nie, saya nak bercerita pasal gaji pertama saya. perlu ke? perlu lah buat orang yang first time kerja macam saya nie. hahaha. gaji pertama saya dapat awal. akauntan kita orang bagi awal. maybe dia kesiankan pada kak syida dan kak eqien. saya nie tak kesah sangat dapat gaji bila *actually kisah*  yalah, kak syida ada anak nak ditanggung dan kak eqien dah berumah tangga. so, duit gaji amat diperlukan. maybe sebab itu akauntan kita orang bagi awal. padahal awalnya cadang nak bagi hari nie iaitu hari selepas habis promosi sempena tahun baru cina. tapi tak jadi. tak apa

Drama 'Dan Calonnya Adalah'

Image
assalamualaikum, semua apa khabar, semua?! korang pasti boleh agak lah apasal hari nie saya update blog. of course lah hari nie saya OFF DAY . entri kali nie saya bukan nak bercerita pasal saya bekerja tapi just nak share pasal sebuah drama nie. saya rasa maybe ada antara korang yang tahu and tak kurang juga yang tak tahu. sebab drama nie ditayangkan kat TONTON.  saya nak tengok cerita nie pun sebab saya minat Faralyna Idris. tu yang saya tengok. bila try tengok, best juga. lawak cerita nie. tak lama pun. kurang dari 10 minit kalau tak silap saya. ada 28 episod. saya baru tengok sampai episod 10. hahaha. baru start tengok khamis minggu lepas. so, meh lah tengok ramai-ramai. boleh tengok kat  SINI   Sinopsis Dan Calonnya Adalah… mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (lakonan Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya Puan Kamariah (lakonan Maria Tunku Sabri) termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatin

Pengalaman Bekerja 2

Image
assalamualaikum, semua hai, tengok pada boxman tu. relax je dia. macam tu lah keadaan saya sekarang. hari nie saya off. seperti yang saya katakan pada entri saya  dulu  yang tempat kerja saya tu seminggu sekali. so, untuk minggu nie, saya cuti hari nie. wah, qada' segalanya hari nie. tidur, online... itu je lah kot. makan tu tak ada lah nak qada' sebab sama je kuantiti makan saya. rasanya time bekerja lagi banyak saya makan berbanding duduk kat rumah. haha. haih, dah gemuklah aku nie :p memandangkan saya dah kerja, so kemungkinan besar entri saya akan berkisah pasal saya bekerja. haha. harap korang jangan bosan lorh. kerja memang penat. penat apanya?! penat menunggu pelanggan kot. haha. saya nak cerita satu pengalaman yang rasanya saya tak boleh lupakan. memang lawak lah. macam nie. hari apa entah saya tak ingatlah. minggu lepas kot. tempat kerja saya terima pembayaran melalui kad kredit dan debit card. satu hari tu, ada pelanggan nie nak bayar pakai kad kredit. alahai

Pengalaman Bekerja

Image
assalamualaikum, semua apa khabar?! saya harap korang semua sihat-sihat belaka. oh ya, saya nak ucapkan selamat kembali ke sekolah buat korang yang masih bergelar pelajar dan murid. hehehe. saya dah tak sekolah. jealous tak?! entri nie merupakan entri pertama untuk tahun 2014. SELAMAT MENYAMBUT TAHU BARU.  maaflah lambat wish kat korang T.T  okay, dah lama saya tak buka blog. hari nie baru saya berpeluang nak buka semua akaun saya. why?! hari nie saya cuti. maksud saya cuti dari bekerja.  masih ingat  entri  saya sebelum ini?! saya ada maklumkan yang saya nak try bekerja kat kilang coklat. tak jadi kerja kat situ. sebab orang tu kata pihak atasan tak keluarkan notis untuk dapatkan pekerja baru. hmm, bukan rezeki saya. lagipun, saya memang berharap sangat tak nak kerja kat situ pun. nampak tak niat dah tak betul. so, ibu hantar saya pergi Kompleks PKNS. asalnya saya nak minta kerja kat Ole-ole Seksyen 18 tu tapi ibu pergi hantar saya kat kompleks tu. berteman adik saya, mashi