New Life 2

assalamualaikum,

okay in shaa allah petang nanti saya akan balik semula rumah kedua saya iaitu kuim. hehe sebelum saya nak balik ke sana nie, saya nak lah update blog. alang-alang tengah rajin nie, baik saya update blog. kalau tangguh, tak tahu lah bila saya akan update. hmm, maybe cuti semestar nanti kot. haha entah lah.

kalau ikutkan perancangan, saya kena balik naik bas tapi bas tak ada. buat pengetahuan korang, tiket bas dari melaka ke shah alam and shah alam ke melaka hanya ada hari jumaat, sabtu dan ahad. memandangkan hari nie hari isnin, means tiket tak ada and ayah saya dah pergi dah. memang tak ada.

bercakap pasal naik bas nie, teringat time first time saya naik bas balik rumah. memang takutlah mula-mula tu. dah lah tak ada geng balik shah alam. memang sesorang lah kan sampai lah sekarang. yang hari jumaat lepas tu saya balik sini pon sendiri je. tapi alhamdulillah dah okay dah sekarang. tak ada masalah nak naik bas. haha. kalau kat sana pun, bas juga pengangkutan awam kami nie. nak ke pekan and bandar. boleh je kalau nak sewa kereta tapi tak kan setiap kali nak outing nak sewa kereta kot? tambah lagi, saya ni tak ada lesen. haha menyesal tak amek time lepas spm? ada lah sikit tapi tak apa lah. itu keputusan saya dulu, kena lah terima kan.

ada juga yang kesian pada saya. baru sem 1 dah kena naik bas balik tapi nak buat macam mana kan? family saya bukan lah berduit mana pun nak ulang-alik amek saya kan. tak apalah ada hikmah disebalik semua nie. lagipun, bukan saya je naik bas. ramai lagi yang naik bas tiap kali balik. ada yang duduk jauh. utara sana. seberang sabah sarawak pun ada juga. saya nie kira okay lagi. lebih kurang 2 jam lah nak sampai.

first time saya naik bas time tu raya. hmm merasa lah juga macam mana perasaan orang perantau balik rumah. naik bas, sesorang, dengar lagu raya. fuhhh syahdu betul. perasaan nak jumpa family tu membuak-buak. hahaha. just belum merasa lah buka puasa dalam bas. time saya sampai dah pukul 7 malam and ayah saya amek, sampai rumah terus buka. hehehe

seronok juga naik bas kadang-kadang tu. kita akan tambah pengalaman, kawan and macam-macam lah. haha. saya yakin korang yang lain pasti punya pengalaman yang lagi menarik dari saya kan. saya punya nie biasa-biasa saja.

okaylah sampai setakat ini sahaja entri saya kali nie. haha saya dah kehabisan idea sebenarnya. melayan kebosanan nie hah. padahal banyak kerja saya boleh buat. saje je malas nak buat. hasihhh tak patut. okay, jumpa lagi di lain masa. assalamualaikum.

1/9/14

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin