Part Time
assalamualaikum
*tengok tajuk* ingat lagi entri saya sebelum nie? saya pernah kata yang saya tak kerja cuti sem. untuk pengetahuan korang, saya kerja sekarang. 2 minggu sahaja, dari 21 hari bulan sampai 3 disember. apa cerita kan tetiba je kerja kan. hari tu kata tak kerja. tup-tup kerja. hahaha
saya rasa ada hikmahnya kenapa baru sekarang saya dapat kerja. saya kerja dekat tempat saya kerja dulu, Star Design. bagi yang tak tahu boleh rujuk pada entri saya sebelum nie. hehe tapi saya rasa tak ada siapa pun yang nak tahu nie. macam nie lah, jujur saya kata yang waktu awal saya cuti sem tu saya ada mintak kerja dekat situ. supervisor saya kata nanti dia tanya bos macam mana. kalau dapat, dia call lah saya. so, saya tunggu je lah. tunggu punya tunggu, tak ada lah pulak. so saya anggap tak dapatlah tu. lagipun, saya faham yang sekarang sale tengah tak baik. jadi mama a.k.a bos nak jimatkan kos. saya cakap dengan ibu saya yang cuti sem nie saya tak mahu lah kerja. nak duduk rumah ternak lemak. hahaha.
setiap ujian pasti ada penyelesaiannya. ekonomi keluarga saya tak berapa baik. waktu tu saya risau jugak macam mana perbelanjaan saya nanti kan. hahaha saya nie fikirkan diri saya saje kan. memang ada baki duit ptptn. tapi saya dah keluarkan separuh untuk bantu parents saya. saya risau tak cukup. saya kalau boleh tak mahu lah mintak duit nanti sebab duit pt kan ada. sekarang tinggal separuh. alhamdulillah allah bantu saya and secara tidak langsung bantu ibu ayah saya jugak.
hari isnin lepas, supervisor saya call. dia mintak saya kerja buat sementara waktu ni untuk gantikan dia sebab dia nak cuti. memang ada pekerja lagi seorang tapi kesian ah kan biarkan dia seorang je. itu kakak tu mintak tolong saya. plus untuk awal promosi hujung tahun yang akan mula rabu ini. kakak tu tak dapat nak carik pekerja baru. jadi dia mintak tolong sementara carik pekerja baru.
ibu kata kerja je lah. walaupun 2 minggu je. at least dapat lah income sikit even tak banyak kan and sambil tu dapat lah tolong kakak tu. so saya setuju lah. itu yang saya baru start hari jumaat lepas. hari ini saya off day. hahaha baru 3 hari bekerja dah cuti. kakak tu suruh. lagipun saya rancang time promosi nanti saya tak mahu lah off.
begitulah kisahnya. ada hikmah disebalik semua ini. ibu pun kata sekurang-kurangnya lega lah sikit ibu and ayah bila saya kerja nie. hehehe moga allah memberkati kerja saya and murahkan rezeki kami. doakan kami ya. thanks kerana sudi baca walaupun saya rasa tak ada sesiapa yang baca. hahaha :D maaf andai saya ada terkasar bahasa or apa-apa kan. assalamualaikum.
24/11/14
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.