Pengalaman Bekerja 2

assalamualaikum, semua

hai, tengok pada boxman tu. relax je dia. macam tu lah keadaan saya sekarang. hari nie saya off. seperti yang saya katakan pada entri saya dulu yang tempat kerja saya tu seminggu sekali. so, untuk minggu nie, saya cuti hari nie. wah, qada' segalanya hari nie. tidur, online... itu je lah kot. makan tu tak ada lah nak qada' sebab sama je kuantiti makan saya. rasanya time bekerja lagi banyak saya makan berbanding duduk kat rumah. haha. haih, dah gemuklah aku nie :p

memandangkan saya dah kerja, so kemungkinan besar entri saya akan berkisah pasal saya bekerja. haha. harap korang jangan bosan lorh. kerja memang penat. penat apanya?! penat menunggu pelanggan kot. haha. saya nak cerita satu pengalaman yang rasanya saya tak boleh lupakan. memang lawak lah. macam nie. hari apa entah saya tak ingatlah. minggu lepas kot. tempat kerja saya terima pembayaran melalui kad kredit dan debit card. satu hari tu, ada pelanggan nie nak bayar pakai kad kredit. alahai, saya tak pernah gunakan mesin kad kredit tu. kak eqien pulak tak ada waktu tu, pergi beli makanan. kalau saya buat, rosak kang kad orang tu, tak ke naya saya nie. saya mulalah gelabah. memang kak eqien ada ajar tapi dia ajar step je. saya tak dapat bayangannya. seram sejuk badan saya waktu tu. nasib baiklah suami pelanggan saya tu reti gunakan. dia yang ajar saya. alhamdulillah. terima kasih, bang ajarkan saya. 

lawak betul. pelanggan mengajar penjual. hahaha. elok-elok je pelangan tu keluar dari kedai saya, kak eqien balik. spoil kan. sabar je lah. semalam ada jugak pelanggan guna kad kredit. kak eqien ada waktu tu. so, dia tengok lah macam mana saya buat. hahaha. baru tenang. pengalaman yang tak boleh dilupakan.

satu lagi, saya selalu buat masalah dengan mesin cash kat kedai saya tu. selalu tersilap. tersilap letak harga lah. haih, agaknya saya memang tak ada 'chemistry' dengan mesin cash tu kot. pernah satu hari tu, saya tersilap tekan. then saya tekan enter nak bukak peti cash. tak boleh. saya dah gelabah dah. macam mana nak bagi baki nie. pelanggan tu senyum je tengok saya nie. dia relax kan saya nie. buat malu aku je. dah lah laki dia yang relax kan saya nie. nasib baik dia ada duit kecil. alhamdulillah tapi tak meredakan gelabah saya nie sebab ada 2 lagi pelanggan tengah mencuba baju. lepas tu, kak eqien balik. then dia tekan apa benda entah. dah okay dah. fuhhhhh, lega giler.

perkara nie berlaku lagi. time tu saya sorang-sorang dalam kedai. kak syida dah balik. kak eqien cuti sebab demam. nasib baik pelanggan tu ada duit kecil. lepas tu, saya call kak eqien nak tanya. rupanya tekan button 'CL' iaitu cancel.  saya dah tahu dah. lepas nie, tak ada lah gelabah sangat. thanks kak eqien sebab sabar je layan kerenah saya nie. dah lah akak tu mengandung. 8 bulan pulak tu dan itu anak first dia. kak syida dah ada 2 orang anak. kiranya saya paling mudalah kat situ. hahaha.


hah, lebih kurang macam nie lah peti cash kedai saya. banyak step lorh. tak banyak pun step nya. saya je leka. tu yang terbuat silap tu. okay, anis. lepas nie jangan buat silap lagi. wish me lorh :D

okaylah hanya setakat ini sahaja entri saya kali nie. rasanya dah panjang dah saya taip nie. biasalah bila taip dengan penuh semangat dan penghayatan *ceh* itulah hasilnya. panjang bebenor. harap korang tak bosan baca entri saya ini. bye-bye. assalamualaikum. 

16/1/14

Comments

  1. LOL..slmt wey customer tu sporting..kalo dye garang..gelabah kau..untungla kerja..aku ni ntah..gaji ko banyak ohh..aku pnye gaji pn x smpi segitu xD

    ReplyDelete
  2. @Illiyyina tgk jgk jenis keje. aku keje tiap ari kecuali klo off. ko x de lah tiap2 ari. aku keje dr pg smpi mlm. mmg lah kne dgn gaji.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018