Tamat Semester 1

assalamualaikum

apa khabar sahabat-sahabat? haha wujud lagi ke orang yang nak baca blog aku nie? tak kot. dah lama tak update blog. alang-alang tengah rajin ni kan baik saya update blog. pejam celik pejam celik tamat sudah semestar 1 saya dekat kuim. sekarang ni saya tengah cuti sem. actually cuti bermula esok tapi memandangkan paper saya habis awal iaitu hari isnin lepas, tu saya balik awal. haha. saya mula exam pada 3 oktober sehingga 20 oktober. minggu lepas, 5 hari lah berderet saya ada exam. memang gila betul hehe. biasa ah sem 1 kan. most subjek untuk sem ni subjek wajib. tu yg berderet minggu lepas.

alhamdulillah, saya boleh jawab. cuma asas ekonomi je lah macam susah sikit. bukan otak ekonomi macam ni lah and tak pernah belajar. okay benda dah lepas, pasrah je lah. moga dapat result yg terbaik lah. doakan saya tau. 

sepanjang 5 bulan saya belajar disini banyak yang saya belajar. haha dunia baru, kawan baru, subjek baru, kehidupan baru, semuanya baru lah. saya harap dengan masuknya saya dekat kuim nie saya akan jadi insan yang lebih baik, menjadi manusia yang berguna and paling penting mencari redha allah. hehehe :)

saya sebenarnya tak tahu nak kata apa. nak update blog tapi hilang idea lah.  meh lah saya tunjukkan gambar-gambar kawan-kawan saya kat sana.


saya bersama azura. asal dari johor tapi tinggal dekat melaka


kawan saya yang palin kecik. tapi kecil-kecil cili padi. jangan main-main dengan dia. nama dia, Ana. asal dari kedah sana. jauh betul datang sampai kesini. selalu outing dengan dia sebab kami ni kaki jalan even tak beli apa-apa pun. hehe


yang nie Zuliyana. kita orang panggil dia Zuli or Yana tapi saya panggil dia Zuli. baru RARE. haha. asal dari kuala selangor. kalau balik selangor, dengan dia lah. tapi rasanya baru sekali kot. haha sebab dia selalu balik time saya tak balik. sabar je lah


Azura dan Ana


Azura dan Afiqah

hah itu lah antara kawan yang rapat dengan saya, ana, zura and zuli. yang lain ada gambar tapi dekat handphone. haha. ini pun amek time jamuan raya kmks (kelab mahasiwa/i kewangan syariah) senang cerita saya memang tak banyak gambar lah. harap maaf. ini sahaja gambar yang saya dapat share kan.

okay lah sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. semoga kita berjumpa lagi. salah dan silap harap diampunkan. assalamualaikum.

23/10/14

p/s : cuti sem ni na kerja ke?!

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin