Salam Raya

assalamualaikum, semua

1...2...3... fuhhhhh.... tiup sama-sama habuk yang dah banyak bersarang kat blog ni. sudah lama saya tak update blog. ada sesiapa yang rindukan saya tak? hehehe bapak perasan kan. busy ke sampai tak ada masa nak jenguk blog?! nak atakan busy sangat, tak de lah busy mana pon. just belum jumpa masa yang sesuai untuk update blog. saya balik rumah pon sebulan sekali je. minggu ni saya balik sebab ada urusan ptptn. pasti korang pelik apa pasal baru sekarang saya nak mohon? orang lain dah mohon dah and dah dapat dah duit ptptn.

hmm panjang ceritanya. tapi saya malas lah nak ceritakan. hal perbadi :p hehe peribadilah sangat kan. petang nanti saya dah balik semula kat tmpat belajar saya iaitu kuim. kuim tu apa? sila rujuk pada biodata saya kat sebelah ni ye. hehe

actually, banyak benda saya nak ceritakan dengan korang semua tapi masa terhad. saya nak share pasal raya saya tahun ni. ada sedikit kelainan. haha kelainannya saya raya kampung ayah untuk raya pertama. haha kelainan lah sangat. tapi betul lah. dah lama tak balik kampung ayah and dah lama juga tak raya pertama dekat kampung ayah. ye lah atuk nenek dah lama meninggal dunia. yag ada belah ibu punya. jadi kita utamakan belah ibu. 

pasal raya tahun ni in shaa allah saya akan share pada entri yang akan datang. bila tu? entahlah. saya pun tak tahu bila. bukan apa, gambar raya tu tak ada pada simpanan saya. ada pada adik saya. jadi tak seronok lah kan kalau tak ada gambar. pasti korang semua akan bosan. terus tak readers dah blog saya ni. huhuhu sedihnya. 

okaylah dikesempatan yang ada ni saya nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 MAAF ZAHIR DAN BATIN.
 KOSONG KOSONG TAU.

10/8/14

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin