Kucing

assalamualaikum, semua

apa khabar ?? okay nie kali kedua anis post entri untuk hari nie. dah tengok entri anis sebelum nie ?? kalau belum tengok, mehh sini tengok. anis pernah cakap dulu yang anis akan tunjukkan gambar kucing anis kan. so hari nie anis akan kotakan janji anis ye. 

sejujurnya, saya ada banyak kucing sebenarnya tapi banyak yang dah bagi kat orang, ada yang hilang and ada yang mati gak. yang ada kat rumah saya nie ada 4 ekor tapi itu tak termasuk anak kucing ya. seekor mak kucing, seekor lagi bakal jadi mak kucing and 2 ekor tu anak dara tua. hehehe. dah macam manusia lah plak ye :))


ini lah mak kucingnya. namanya, Meow. asal nama macam tu ?? entah lah. maybe sebab dia suka mengiau sangat. hehehe. okay saya ambil kucing nie time bulan November 2011 yang lepas. sepanjang dia tinggal kat rumah saya, ini kali ke-3 lah dia melahirkan anak. yang first tu, 6 ekor. secong, 5 ekor. and yang baru-baru nie, 6 ekor lagi. aduh, banyak plak anak dia. so, nak tak nak terpaksa lah bagi kat orang lain. yang ada sekarang nie belum bagi lagi sebab anak-anak dia masih kecil lag. baru 2 ke 3 minggu entah.


inilah anak-anak dia. maaf sebab tak nampak sangat. agak susah saya nak ambil gambar nie. ye lah dia duduk kat bawah katil. katil saya lah tu. bukan tak nak letak yang kotak atau bakul. nanti kalau letak, dia akan ambil balik anak dia. so, buat masa nie biarlah dulu dia kat bawah katil tu. anak dia 3 ekor warna oren putih and 3 ekor lagi hitam putih. anak-anak dia kali nie tak ada yang warna sama macam dia, 3 warna. berkenan ke nak?? boleh aje. hehehe


nie bukan anak kucing dari kucing saya nie. ayah saya ambil kat surau. kucing nie memang nakal betul. kalau dah naik dah mood dia nak main, memang huru-hara lah rumah saya.


nie pon sama gak. kucing yang ayah saya ambil. ayah saya ambil 2 ekor.  kucing nie manja. kucing kesayangan saya. hahaha. perasan betul !!


nie satu-satunya anak kucing  pada kucing saya. yang first punya. asal nie yang tinggal ?? sebab tak ada sape-sape nak kat dia. huhuhu. nie lah yang bakal jadi mak kucing nya. tengah mengandung sekarang nie. tu lah masalah kami sekeluarga. tak tahu lah macam mana. jangan dia beranak banyak macam mak dia sudah. time saya tengah taip nie dia ada kat sebelah saya nie. macam mana dia nak jadi mak. masih manja lagi nie. harap allah bagi pertunjuk kat kami semua. rumah saya ruangnya kecik. tak sesuai untuk permbesaran anak-anak kucing nie. memang sedih nak bagi kat orang tapi .... entah lah.

okay, saya dah tunaikan janji saya. hehehe. thanks pada korang yang sudi baca entri saya yang tak seberapa nie. thanks juga follow blog saya. jumpa lagi and tunggu entri saya yang akan datang. hehehe. kalau nak tunggu lah. tak nak tak apa.


thanks untuk kawan saya, Alina. bagi hadiah awal sangat. birthday saya esok. okay, insyallah saya akan cukup 17 tahun esok. 10 Feb 2013. dah tua dah aku nie.

9/2/13

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin