drama Korea

hello korang semua !!!

waduh waduh waduh !!! saya rindu giler dengan korang semua. >_< okay, tipu je :D actually saya rasa macam nak bagi penampar je kat komputer saya nie. punyalah penat saya update blog saya tadi. dengan panjang lebarnya saya taip. tengok-tengok sikit je teks yg dah saya publish-kan. sabar je lah. aku bagi juga penampar kat blog nie. sabar je lah. oh ya, adik last saya yg baru lepas bersunat seminggu yg lepas, alhamdulillah dah okay dah. dia dah sihat dah sekarang nie. seminggu je ambil masa untuk baik. saya tak tahu lah nak kata apa. yg pasti cukup meranalah hidup saya ini melayan kerenah dia time dia tengah sakit tu. sabar je lah. 

okay sila tengok entri saya kat atas tu. huhuhu >_< tak tengok pon tak apa. okay entri saya kali nie saya nak cerita pasal drama korea. O-P-S-S !!! sebelum tu, korang yg tak minat korea tu pergi main jauh-jauh. hehehe. jangan merajuk ya ?? saya main-main je.

okay memandangkan duduk kat rumah saya tak tahu nak buat ape. jadi masa saya banyak dihabiskan dengan menonton tv kesayangan saya ini. okay, saya tahu korang yg ade astro tu boleh tengok drama Korea kat Astro KBS. tapi kalau orang yg tak ade astro kat rumah tu macam saya nie terpaksalah tengok drama korea ape yg ade je. B-U-T buat masa nie, drama yg disiarkan kat tv semuanya best-best. bagi saya lah. meh, saya senaraikan drama-drama korea yg ade kat tv yg tak ade astro macam saya nie :3

1) Princess Hours


drama nie .... best sangat-sangat. sangat-sangat lah best. bukan maknanya sama ke ?? huhuhu ignore je. serius saya kata, drama nie best gila. actually saya dah tahu dah kewujudan drama ini tapi saya malas nak merajinkan diri tengok kat You-Tube. hehehe .... Disiarkan kat NTV 7, setiap hari Isnin-Jumaat, jam 12.00-1.00 tengah hari.

2) My Girlfriend Is A Gumiho

saya yakin ramai yg dah tahu drama nie. and maybe ramai yg dah tengok. tak ape lah. saya baru nak tengok >_< cute sangatlah diorang nie. suka tengok diorang nie. S-W-E-E-T !!! okay, disiarkan di 8TV, setiap hari Isnin-Jumaat, jam 8.30-9.30 malam.

3) Dream High

no komen lah pasal drama nie. ramai yg dah tengok and semuanya kata drama nie best giler. malangnya saya tak dapat nak tengok lah. drama nie disiarkan setiap hari Sabtu, jam 7.00-8.00 malam kat 8TV. korang faham-faham je lah. waktu nie lah adik-adik saya nak tengok cerita ' Crayon Shin Chan' and 'Doraemon'. saya terpaksa lah mengalah. ye lah 3 lawan 1. pasti 3 menang. huhuhu >_< saya malas nak tengok kat You-Tube. loading lama ...

4) Cinderella's Stepsister

drama nie saya tak tengok sangat lah. kadang-kadang je saya tengok. lepas habis tengok cerita 'Spongebob Squarepants' and 'Upin & Ipin' tu, saya tengok lah cerita nie. okay, disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat, jam 5.00-6.00 petang. kat TV 2

5) Jewel In The Palace

saya rasa ramai yg tak tahu pasal drama nie. memang lah tak tahu sebab drama nie dah lama dah. heroin dalam drama nie pon dah berusia 40 lebih dah sekarang nie. drama nie saya tak tengok sangat. my mother yg suka tengok sebab banyak pengetahuan yg kita boleh dapat. disiarkan pada hari Isnin-Jumaat, jam 3.30-4.30 petang kat TV Al-Hijrah.

okay itu lah senarai drama yg ade kat tv yg tak ade astro sekarang nie. dalam banyak-banyak tu, saya lebih suka tengok drama Princess Hours. drama tu best sangat-sangat tau. bayangkanlah seorang gadis biasa boleh jadi isteri putera mahkota. kesian gadis tu kena sesuaikan diri hidup di istana. korang tengoklah drama nie. best saya kata. kalau tak best, saya tak tahu lah sebab saya tengok best je. kalau korang nak tahu jalan cerita darai episod pertama korang boleh tengok lah kat You-Tube dari episod pertama sampai ke-8. saya tak tengok episod ke-2. sebab tu saya tak tahu macam mana gadis tu boleh kahwin dengan putera tu.

okay sampai di sini je lah. ibu saya dah balik tu. bye-bye and jangan lupa "like" post saya nie. hehehe. tak nak "like" pon tak ape lah. saya tak kesah.

p/s : kucing saya, Belang tu dah hilang entah ke mana and anak-anak kucing saya, Eek tu dah mati semuannya. Sedih nya T_T

posted by Anis Hayati 13/12/11

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018