PMR is over
tamat saje paper Bahasa Arab, maka tamatlah 'perjuangan' saya and rakan-rakan saya yg lain. hehehe. fine, saya tahu ramai yg dah 'merdeka' semalam. saya baru nak 'merdeka' hari nie gara-gara saya ambil paper Bahasa Arab. apa-apa pun, yg pasti ... PMR DAH ABIS !!! perasaan gembira nie meluap-luap lah. dah tak dapat nak dibendung. okay, tipu jer. tak ada lah happy sangat sebab bila PMR dah abis, kitorang semua masih belum 'merdeka' lagi sebab result belum keluar lagi. hanya sekadar 'merdeka' daripada jawab exam jer. ish !!! dah-dah, jangan nak berceramah kat sini pulak, Anis !!! hehehe...
paper last tadi abis pukul 10:40 pagi. bayangkan lah kitorang jawab paper tu selama 2 jam 30 minit. aih, saya jawab paper math kertas 2 yg 1 jam lebih tu pon dah tak reti duduk diam sebab sakit lah duduk kat kerusi lama-lama. but apa-apa pun demi paper bahasa arab tu, saya pon berjuang lah. harap-harap tak banyak salah lah.
PMR kali nie saya rasa agak senang dari past year punya paper. sebab ?! sebab kebanyakan soalan yg ditarget tak masuk pon. but bahasa arab ada lah masuk bahagian karangan tu. nasib baik, saya ingat lah isi karangan tu. alahamdulillah, terima kasih ya allah !!!but serius saya kata, PMR tahun nie agak senang and bagi saya paper yg agak susah sikit Sejarah and KHB (Perdagangan & Keusahawanan) itu agak mencabar lah bagi saya. saya tak tahu lah kalau korang yg lain macam mana kan
abis exam jer, saya and kawan-kawan gi KFC. first time saya gi keluar makan dengan kawan-kawan. mula-mula tu, rasa kekok gak but dah lama-lama tu, okay jer lah. actually, mula-mula tu cadang nak gi makan sup utara tapai orang yg mencadangkan tu lambat keluar. so, kitorang gi lah dulu and singgah lah kat KFC. kalau korang nak tahu, ada aje batch kitorang makan untuk raikan but diorang semua gi MC Donald. kitorang jer yg gi KFC. sebab nampak sangat lah diorang gi MC Donald sebab kat tempat saya, MC Donald and KFC sebelah jer. hanya dipisahkan oleh sebatang jalan ajer. so, nampak lah. siap lambai-lambai lagi diorang kat seberang sana.
hahaha. hari yg menyeronokkan. esok, dah kena pulang buku teks. elok lah tu, abis PMR jer terus pulangkan buku teks. hahaha ... so, sampai setakat ini jer lah bebelan saya buat kali. jumpa lagi !!! buat semua form 3, mari lah kita bergembira selepas tamatnya perjuangan kita !!!
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.