Assalamualaikum, Sementara mood rajin nak menaip datang ayuhlah kita meng-update blog. Kang datang mood malas memang sampai berhabuk-habuk lah blog nie saya akan biarkan. Hehehe. So, untuk entri kali ni saya nak share tentang perjumpaan a.k.a. reunion lah kot dengan 2 orang sahabat saya. Kisahnya bermula pada 4 Ogos lepas yang mana saya pergi Shah Alam untuk menunaikan jemputan kenduri kahwin. Jiran satu kuarters dulu. Bagi yang tidak tahu, dulu saya tinggal di Shah Alam sebelum berpindah ke Johor pada 3 tahun lepas. Senang cerita, lahir je dekat Johor tapi membesar di Shah Alam. Hah gitu! So, biasanya kalau saya naik Shah Alam memang saya akan inform dorang kot-kot lah dapat jumpa. But as usual memang tak ada rezeki untuk jumpa. Alhamdulillah, that day Allah beri peluang pada kami untuk berjumpa even though saya main redah je datang rumah dorang. Bak kata orang, asal dapat jumpa kat depan rumah pon jadilah. Hehehe. Setiba di Shah Alam first of all kita pergi ...