Lapor Diri Ditangguhkan
Assalamualaikum,
Hari ini masuk hari ke 5 bagi bulan September. Sekejap je masa berlalu kan. Ada lagi 3 bulan untuk kita lalui bagi tahun 2018. As for me lah, tahun ni banyak perkara berlaku. Serius perkara yang terjadi itu semuanya saya tak expect. Ada gembira and ada sedih but semua yang terjadi ini adalah ketentuan dari Allah and it's mean itu yang terbaik untuk kita.
*tengok tajuk entri* Pasti semua tertanya-tanya kenapa lapor diri saya ditangguh. Lapor diri untuk apa pulak kan? Sambung belajar or kerja? Seperti yang saya pernah share pada ENTRI saya sebelum nie, hari Isnin lepas iaitu 3 September merupakan tarikh saya lapor diri sebagai pembantu tadbir (kewangan) gred W19 di Putrajaya. Tetapi disebabkan masalah kesihatan, saya tidak perlu hadir pada hari tersebut.
Dalam kertas panduan yang disediakan pihak JPA, ada catatan berkenaan keputusan medical checkup. Sekiranya pegawai perubatan mengesahkan kita sihat so kita boleh hadir untuk lapor diri seperti yang diarahkan. Andai sebaliknya, perlu inform pada mereka. So, keputusan medical checkup saya mengesahkan saya "mempunyai penyakit tetapi boleh dipertimbangkan". Berdasarkan panduan yang diberikan, saya maklumkan kepada urus setia dan mereka meminta saya pos dokumen yang sepatutnya saya bawa time lapor diri nanti kepada mereka dan saya tak perlu hadir pada tarikh lapor diri itu. Tunggu keputusan dari mereka.
Begitu kisahnya. Jadi sekarang saya menunggu keputusan dari pihak sana. So, boleh sambung pengangguran saya. Hahaha. Sebenarnya saya memang dibawah pemerhatian doktor tapi saya tak expect pulak pasal ni. Saya perasan selepas seminggu saya buat medical checkup tu yang mana time tu saya nak buat check list kot-kot ada perkara tak settle lagi kan. Hehehe cuai juga saya ni.
Saya tawakal je lah. Mana yang terbaik untuk saya itu saya redha. Ada hikmah semua ini terjadi. Bila imbas balik, azam saya tercapai apabila saya dapat tawaran untuk sambung belajar. But then dapat pulak tawaran kerja kerajaan. Kat sini emosi saya diuji sebab saya kena buat pilihan sama ada sambung belajar or kerja. Bila saya ambil keputusan untuk pilih kerja, perkara ini terjadi. So, kadang itu saya jadi risau andai kata dua-dua ini saya tak dapat kan. Tetiba terdetik begitu. Teruk kan saya? Macam tak redha je. Masha Allah. Saya tak sepatutnya berfikir begini. Sepatutnya saya bersyukur. Ada yang kat luar sana tak dapat apa yang saya dapat. Astaghfirullah. Maafkan diri ini yang tak sempurna T.T
Terima kasih buat korang yang sudi baca entri ini. Sekadar luahan hati saya. Huhuhu. Andai ada kata-kata semangat or teguran buat saya boleh tinggalkan komen. Saya amat menghargainya :)
05/09/2018
In Shaa Allah saya akan share penyakit apakah yang saya hadapi pada entri akan datang. Tapi tak serius mana lah penyakit ni. Kot lah. Hehehe.
Insyallah...you can do it kak! Kalau ada rezeki ada la tu. Fighting!!!
ReplyDelete@Nurul Najihah Aamiin in shaa allah. Thanks dik :)
ReplyDeletehi im new here. followed u just now. jmput singgah to my blog too yaaa.
ReplyDeletewww.raydahalhabsyi.com
semoga dipermudahkan semuanya. Ameen
ReplyDelete@Raydah Thanks you :)
ReplyDeleteistikharah dik.
ReplyDeleteIn shaa Allah kedua-duanya pun baik.
Kalau ada rezeki utk bekerja dulu, kerjalah. kalau nak sambung belajar pun ok.
Apa vitamin untuk orang tua yang bagus untuk kita beri
Moga Allah permudahkan segala urusan awak :)
ReplyDelete@Zaleha Awaluddin Aamiin. In Shaa Allah kak.
ReplyDelete@Farah Aamiin. Terima kasih diatas doanya.
ReplyDeleteSalam sis...saya nak tanya...depa tolak terus atau tak??dan satu lg..brapa lama keputusan dia bagitahu??
ReplyDeletetak tolak sebab saya ade sebab mintak tangguh. kalau ikut time saya hari tu amek masa 2 bln utk dorg panggil semula
DeleteSo skrg akak kerja la jawatan tu? Saya pun kena benda yg sma dgn akak. Tkut je kena tolak nnt. Hmm
ReplyDeleteHaah. Jawatan yg sme ditawarkan itu. In shaa allah x kena tolak sebab ade alasan kukuh kenapa tangguhkan
DeleteSy pun ditangguhkan dari lapor diri..atas sebab medical chekup bertick no.2.nak tnye, adakah kes mcm ni ditolak atua diterima? Biasanya brp lama di panggil semula unk lapor diri?
ReplyDeleteSekarang dah dipanggl ke? Sy pun dapat tick dalam kotak no 2 jupak
Delete