Kenduri Kahwin Sepupu

Assalamualaikum,

Bulan Oktober dah meninggalkan kita semalam. Haih lah tinggal 2 bulan je untuk tahun 2018 ni. Sekejap je masa berlalu. Kadang terfikir juga ape benda lah yang saya buat tahun ni? Rasanya tahun ni memang tahun sangat lah "relaks". Relaks macam mana tu? Tak perlu jalani hidup sebagai seorang student. Hahaha. Student's life yang penuh dengan assignments, presentations, midterm, quiz segala bagai. Itu tak termasuk kalau kena handle program or join ko-ko. Huhuhu. Actually, rindu juga zaman belajar dulu. In shaa allah andai ada rezeki merasa lah kot.

Okay nampaknya saya dah melalut ke tempat lain. Back to niat asal post entri nie. So, sebagai pembukaan entri untuk bulan November ini, saya nak share mengenai kenduri kahwin sepupu saya. Get ready untuk di-spam dengan banyak gambar. Hohoho *gelak jahat*

Another cousin dah menamatkan zaman bujangnya pada 26 Oktober 2018 (majlis nikah). Kendurinya berlangsung pada esok harinya iaitu 27 Oktober di Putrajaya. Sebenarnya, sepupu saya ada dua orang nikah and majlis kendurinya jatuh pada tarikh yang sama. Sepupu sebelah ayah dan ibu. Tapi kami buat keputusan untuk pergi kenduri sepupu sebelah ayah atas sebab ini majlis terakhir anak pakngah saya. Pakngah saya ada dua orang anak je. Time anak sulung pakngah kahwin tu kami tak pergi sebab baru kematian ayah saya (ayah meninggal dunia 1 Okt and majlis tu 4 Okt). So, untuk anak pakngah yang bongsu ni kami pergi lah. Kalau sepupu sebelah ibu pulak, masuk ni paklong saya kahwinkan anak kali ketiga. Yang sebelum ni punya dah pergi. Haa begitulah kisahnya.

Panjang betul mukaddimah saya. So, ayuhlah kita throwback. Sepupu saya nikah selepas waktu asar pada petang jumaat tu. Kami tak expected pon akan sempat join majlis nikahnya sebab gerak dari rumah sebelum solat jumaat untuk ambil adik dekat KV Jasin. Selepas solat jumaat tu, baru gerak ke Semenyih. Nak dijadikan cerita, kami berhenti kat satu masjid di Semenyih tu untuk solat asar. Kami tak tahu pulak masjid tu tempat sepupu saya akan nikah. So, kira kami tiba awal dari dorang semua. Hehehe. Alhamdulillah rezeki untuk turut serta.

 Itu lah sepupu saya, Kak Mizah. Orangnya kecil molek je :)

 Makan dulu sebelum majlis nikah bermula

 Tahniah Kak Mizah & Abang Afiq

Time akad nikah ni saya terdetik macam mana lah giliran saya dengan adik perempuan saya. Siapalah yang akan nikahkan kami? Hahaha sempat berangan bhaii. Calon pun tak ada. Huhuhu.

 Tinggal lah kami yang masih single. Kahhh. Tak cukup 2 orang lagi ni sebenarnya.

Oh ya, memandangkan kami semua datang dari Johor, pakngah booked 2 buah homestay untuk kami. Family saya satu rumah dengan family ucu. Manakala, paklong saya duduk homestay satu lagi. Paklong saya anak ramai campur cucu menantu lagi. Hehehe. Not bad lah homestay tu. Rumah teres 2 tingkat. Bertemakan ala-ala Inggeris decoration rumah tu. Banyak juga port kat dalam rumah tu kami ambil gambar. Tak perlu kot nak post kat sini ada jem terus blog ni. Hehehe :p Homestay tu jauh sikit dari rumah pakngah saya, mungkin dalam 10-15 minit kot.


 Sebelum gerak, kita bergambar dulu. Dah macam hari raya lah pulak :)


 Pinjam pelamin dulu. Tunggu pengantin lambat nau. Hehehe



 Tak sempat nak bergambar dengan pengantin sebab time nie dah gerak balik Johor T-T

 
Beriya pejam mata. Entah ape yang feeling benau tu. 
 

Begitu lah kisahnya. Alhamdulillah majlis kedua-dua sepupu saya berjalan seperti yang dirancang. Thanks pakngah and family sudi sponsor kain and homestay. Bila bertambah ahli baru dalam keluarga ni rasa macam saya dah tua lah. Itu belum kira lagi anak sepupu saya yang dah kahwin. Hahaha. Cepat masa berlalu. Tetiba rasa nak kahwin and ada anak. Hahaha, menggatal lah kau ni anis. Ilmu tak cukup lah dengan calon pun tak ada. Okay abaikan saya dah mula melalut. 


Buat Kak Mizah dan suami, CONGRATSSS for your wedding. Dah kahwin akak sekarang. Berkurang sorang geng single. Hahaha. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah and kekal hingga syurga. 


Lastly, tak dilupakan buat Kak Lisa dan suami. Tahniah kak. Maaf tak dapat hadir majlis akak. Semoga perkahwinan akak kekal hingga ke jannah :)

Comments

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018