#ThrowBack : Wedding Istikomah
Assalamualaikum,
Imma back! #tiber. Fuhh rasanya dah berminggu saya tinggalkan blog ini tanpa update entri baru. Actually, saya buka je blog boleh dikatakan hampir setiap hari lah tapi macam biasa lah kan. Apabila malas menguasai diri maka kita blogwalking je lah. Tapi sebenarnya saya ni pon jenis yang malas blogwalking juga. Ikut kerajinan sis. Uhukks banyak betul kerenah saya ni. Okay sebelum saya mula melalut ke tempat lain ayuh lah kita throwback ye sahabat blogger sekalian *macam ada je*
So, one of my ex-classmate a.k.a dorm mate time saya kat KUIM dulu selamat menamatkan zaman bujangnya pada 10 November 2018 iaitu sabtu dua minggu lepas. Yeah Eis merupakan ahli kedua dalam kelas kami yang dah kahwin. Tahniah buat Eis dan suami. Actually waktu dapat kad jemputan by whatsapp tu most of us agak terkejut juga lah sebab tetiba kan. Tak tahu tunangnya bila but tup tup dapat kad jemputan. Tak sangka ye Eis. Sesenyap je. Hehehe. Apa-apa pon congratsss dehh. Benda baik tak elok dilambat-lambatkan. Ye dokk kan :)
Alhamdulillah Istikomah selamat bergelar isteri kepada Azizi
Tak dapat join majlis nikahnya sebab hari sabtu tu saya gerak dari Johor ke TBS. Saya dengan dua kawan saya tumpang rumah kawan lagi seorang di Rawang. Memandangkan kami dari arah lain so kita orang decide jumpa kat TBS then gerak sesama pergi rumah kawan dekat Rawang tu. Kami gerak pergi Sentul Timur by LRT dalam pukul 5 petang gitu.
We-fie sat sementara tunggu LRT sampai. Memasing muka tak semengah paksa senyum sebab berlari nak kejar LRT tu and nasib baik belum sampai lagi. Hehehe. Kemar (tengah) naik dari KTM Kajang and Fiqah (kanan) naik bas dari Kluang.
Hampir pukul 7 malam, kawan kat Rawang tu jemput kami dekat Sentul Timur. Time tu cuaca hujan so jalan jem kat situ. Itu yang lambat sikit kawan nie jemput but its okay. Malam tu sampai je rumah Ida, kami makan kejap then terus gerak pergi Aeon Rawang untuk beli hadiah. Hadiah apa yang kami beli? Hadooo lahhh *sebenarnya saya dah lupa hadiahnya apa* Settle beli hadiah tu merayap lah kami sekitar Rawang tu. Huhuhu
Majlis kendurinya berlangsung pada 11 November iaitu keesokkan harinya di Banting. Kami gerak dari Rawang dalam pukul 11 pagi. Terima kasih kepada adik angkat Ida sudi jadi driver tak berbayar kami. Selamat juga kami tiba. Hahaha. Kita orang saje sakat suruh kawan tu bawa tapi member tak yakin and nak harapkan kami yang lain pun sama juga. Tak yakin nak drive ke Banting. Tiba di Banting pukul 12.30 tengah hari kalau tak silap. Kami sampai tu kena pulak dengan timing pengantin nak bersanding. Ohh yeahh. Makanan dekat kenduri Eis pun sedap-sedap belaka. Masak sendiri tu and makanan yang dihidangkan lauk orang Jawa. Nice and rasa rugi tak tambah. Uhukss :p Settle makan, sesi bergambar pulak. Ayuh lahh kita.
Cantiknya Eis. Sepadan dengan baju pengantin tu :)
This is us. Setahun lebih tak jumpa. Last jumpa time konvo tahun lepas. Ini pon tak sampai separuh dari kelas kami yang hadir.
Okay Khair selaku wakil bagi budak lelaki kelas kita orang. Puas juga paksa dia naik sebab member segan dia seorang je lelaki. Acahh je kau nie.
Thinking who will be the next
Ambil berkat pengantin kononnya. Mana tahu lepas ni kita orang pulak ke kan. Auchh Hahaha.
Pinjam picture sat. Ya kawan lelaki dua orang kiri tu baru mai. Rasanya ada bergambar dengan dorang tapi tak ingat kat kamera siapa entah guna.
Doorgift
Settle bergambar and jumpa kawan-kawan kelas, geng saya pun gerak balik dalam pukul 1.30 tengah hari. Agak awal juga lah kami balik sebab our drebar nak balik asrama petang tu. Dah hantar dia then kami pun apa lagi pergi lah berjimba. Hohoho. Plan nya nak tengok wayang tapi movie yang ada tak best pulak. So, kita orang decide pergi karok. Yeahh lepaskan stress, penat, rindu segala bagai. 2 jam kita orang ambil dengan harga RM40. Fuhh lega lepas dah karok. Hahaha.
Memandangkan hari esoknya kawan-kawan saya dah masuk kerja, so hari Ahad tu juga kami gerak balik. Kami gerak lepas maghrib. Kakngah Ida tolong hantarkan kami dekat Sentul Timur memandangkan Kakngah punya rumah sewa dekat situ. Sampai je kat Sentul terus berlari kejar LRT untuk ke TBS. Saya dengan Fiqah tak beli tiket lagi. Memang tawakal je lah tiket pukul berapa, ada ke tak ada kan. Kalau tak ada memang bermalam lah kami kat TBS tu. Hahaha. Pasrah sangat dah tu.
Memandangkan kami orang awal dari Sentul Timur, so selfie lah apa lagi kan. Serius time nie memang memasing penat sebenarnya. Pucat je muka :3
Setiba je di TBS, saya and Fiqah berpecah dengan Kemar sebab dia naik KTM nak balik Kajang. Alhamdulillah tiket bas kami ada. Pukul 10 malam tiket kami. Saya memang terpaksa ambil tiket ke Muar lah sebab yang Tangkak punya dah habis. Fiqah pula balik ke Kluang sama waktu dengan saya. Beli air and roti sebagai alas perut sat then kita orang pisah sebab gate berlepas lain-lain. Bas kita orang delayed kejap sebab cuaca hujan mungkin. Saya sampai Muar dalam pukul 12.30 malam gitu.
Alhamdulillah apa yang dirancang selesai. Begitu lah kisah 2 hari 1 malam saya. Cewahh. Even though tak dapat jumpa kawan lagi dua orang sebab faktor kerja tapi its okay lah dapat juga lepaskan rindu untuk jumpa geng-geng kakak cantik saya nie haaa. Tak tahu lah bila dapat jumpa lagi dengan dorang and ex-classmates yang lain. Agaknya tunggu next wedding kot baru dapat reunion. Hehehe. In shaa allah one day kan. So, to you readers thanks sudi baca entri saya yang tak seberapa ni sampai habis. Hehehe. Semoga kita berjumpa lagi. Sayonara!
20/11/2018
Wahhh,, seronok kan tengok kawan-kawan kita dah berkahwin.. semoga awak pun tak lama lagi akan menuju ke arah yang sama.. hehehe :)
ReplyDeleteAamiin. Hehehe
Delete