Tahun Baru 2018

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru. Pejam celik pejam celik tahun 2017 telah meninggalkan kita. Tahun 2018 datang bertandang dalam hidup kita. Tahun baru, azam baru. So, macam mana azam korang tahun baru ni? Mesti dah senaraikan bukan? Azam saya untuk tahun nie? Hmmm macam tak ada je. Hahaha. Bila entah kali terakhir saya ada azam. Rasa macam setiap tahun saya tak ada azam. Tak pon kalau ada pon mungkin tak terlaksana kot. Haih tak ada semangat juang betul saya ni. Tapi kali ni pada tahun ini saya nak buat sedikit perubahan pada diri saya. *baru nak sedar diri*

So, tahun ini saya sudah masuk umur 22 tahun walaupun belum cukup 22 tahun *nak juga berkira*. Tiba masanya saya serius dengan kehidupan saya. Bukan nak kata selama ni saya main-main just tak ambil pusing sangat. Kiranya macam kita "follow the flow" lah senang cerita. Saya ada juga berfikir macam mana kehidupan akan datang nanti. Apa saya nak buat? Mana hala tuju saya? Macam mana nak carik income? Nak bantu family saya. Siapa jodoh saya? *opsss tersesat je nie*. Setelah fikir dengan serius *wuuu* ada beberapa perkara yang saya target untuk capai untuk tahun ni. Apakah itu? Rasa segan pulak nak share. Hehehe. Macam lah ada orang baca entri kau ni Anis oit. *deep woo*  Just untuk review saya di hari tua nanti :3

  • sambung degree (masih memikirkan universiti apa yang sesuai dengan kos saya)
  • dapat pekerjaan tetap (walaupun macam mustahil tapi siapa tahu kan rezeki. Hehehe)
  • bayar hutang PTPTN (sekurangnya 20% dari total pinjaman)

 Itu lah 3 target paling terbesar lah saya kira dalam banyak-banyak azam yang saya fikir. Hehehe nampak bebenauuu banyak azam tu. Saya sekarang bekerja di sebuah supermarket sebagai part time cashier. Kenapa part time? Sebab itu yang ditawarkan. Huhuhu. Saya try je sebab nak carik pengalaman kerja plus sekurang-kurangnya dapatlah juga income berbanding saya menganggur. Dekat-dekat 6 bulan saya menganggur. Saya kerja untuk 4 jam and masuk shift pagi. Kadang tu, ada juga saya overtime untuk backup orang. Mungkin ada yang rasa macam tak berbaloi, kena pulak perjalanan makan masa 15 minit tapi ada lah juga duit poket untuk hidup and bayar duit PTPTN. *ayat sedapkan hati*. Genap sebulan saya kerja kat situ. In shaa Allah, saya plan kerja sebelum saya sambung belajar. Doakan saya tau. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak minta kerja kat tempat lain. Macam syarikat ke bank ke yang mana gaji lebih besar and sesuai. Fuhh berat soalan ini. Macam mana saya nak jawab ye? Ia lebih kepada masalah peribadi lah kot. Atau lebih mudah saya katakan saya tak bersedia. Ye lah kot. Even though saya carik kerja sementara ni pon ada beberapa faktor saya fikirkan dulu. Nampak macam saya memilihkan. Tapi itulah hakikatnya. Ada sebab kenapa saya ambil keputusan gitu. Cuak pulak saya. Takut kena kecam. Hahaha.

Azam kedua saya *jeling atas jap* Hmmm rasa macam mustahil untuk dapat sebab saya tak ada minta kerja selain ada satu sekolah tu dengan SPA je. Tapi tak apa just jadikan azam. Manalah tahu kan saya dapat ke kan. Hohoho. Andai kata saya dapat pekerjaan yang tetap sebelum saya dapat tawaran sambung belajar, saya rancang nak buat PJJ. Hah gitulah. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan.

Yang last tu, memang merupakan my main point lah untuk azam tahun ni. Muda-muda dah tanggung hutang yang banyak. Masha Allah sisturrr. Tak perlu lah kot saya bagi tahu total saya pinjam kan. Segan kita. Kita bagi clue je lah ye. Time saya belajar tu memang pihak PTPTN bagi pinjaman penuh untuk saya. Saya dah start kena bayar bulan November lepas. Yaa itulah clue nya. Okay macam tak ada kena-mengena. Abaikan je lah.


Begitulah ceritanya *apa entah ceritanya*. Last but not least, semoga blog saya ini bermanfaat untuk korang walaupun entah apa yang saya bebelkan. Saya akan berusaha untuk menjadi blogger yang aktif dan share something yang berguna untuk semua lapisan masyarakat *hah amekkk kauu* Hehehe :p Moga tahun 2018 ini akan memberi kenangan dan pengalaman yang baik, indah dan berguna berbanding tahun sebelum ni. Moga tercapailah apa yang dihajatkan untuk tahun ini. Begitu juga buat korang ye. Semoga Allah sentiasa memberkati kita dan memudahkan segala urusan kita.

03/01/2018

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin