Rindu Segalanya
Assalamualaikum,
sekarang dah ramadhan ke berapa ye?! Masha allah teruknya saya sampai tak ingat ramadhan ke berapa tapi rasanya dah 10 ramadhan terakhir. ke belum? tak apa lah nak dekat-dekat kot. fuhhh cepatnya masa berlalu. ramadhan bakal meninggalkan kita dan syawal bakal menyapa kita. syawal. hmmm bulan yang saya brdebar-debar untuk tunggu kehadirannya. satu, sebab apabila syawal menjelang bermakna dekatlah tarikh untuk saya pulang ke kuim. huhuhu takutnya nak masuk sem baru. walaupun dalam masa yang sama excited lah jugak sebab tinggal setahun a.k.a 2 sem lagi untuk saya habiskan diploma saya. perjuangan bakal berakhir tak lama lagi. hehehe ya allah cepatnya masa. hehehe. baru nak sedar diri kau ye anis :)
kedua, this syawal gonna be the first syawal we celebrate without ayah. memang sedihlah bila teringat hakikat ini tapi acah-acah ceria sebab tak nak orang tahu perasaan ini. cehh ego bhaii. lagi satu sebab tak nak buat ibu lagi sedih. cukup lah apa yang ibu dah lalui. saya cuba nak ceriakan hati ibu and bagi semangat dekat adik-adik. hidup mesti diteruskan. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. so, stay strong, positive and trust Allah.
memandangkan cuti sem ini saya tak bekerja, banyak lah aktiviti yang tak berapa faedah saya telah lakukan. cehhh. salah satunya termenung. hehehe. time ini lah saya sedar betapa berubahnya kehidupan saya. perkara yang tak pernah saya fikir pon. begitu juga ibu. kata ibu, selepas ayah pergi, kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah. mungkin pada saya tak berubah sangat kot sebab saya still belajar dekat tempat yang sama. kehidupan saya banyak dekat kolej berbanding rumah. kalau pada ibu and adik-adik mungkin ya. fuhhh siapa sangka perkara yang kita tidak pernah terfikir and malah tak rancang pun. begitu hebat perancangan allah.
tipu lah saya kata kalau tak rindukan kehidupan dekat shah alam dulu. 19 tahun hidup dekat sana. walaupun i/c ceq '01' (johor) kat tengah tu tapi ye kalau dah membesar kat shah alam kan, memang lah dah anggap tempat asal kita. hehehe. rindu kawan-kawan dekat sana. lagi bertambah rindu bila ex classmates buat iftar hari khamis lepas. huhuhu serius jealous, rindu, sedih semua ada lah. walaupun saya memang tak rapat dengan dorang kecuali seorang budak ni hah iaitu Ain tapi disebabkan dah lama tak jumpa, so nak lah jugak jumpa. tak silap kali terakhir jumpa dorang time ambil result spm tu, lebih kurang 3 tahun lepas. tapi apakan daya. kekangan jarak and masa, tak dapatlah saya nak join. mungkin suatu hari nanti dapat lah jumpa dorang. hebat-hebat dah dorang ni. ambil kos bukan sebarangan. engineering, psikologi, dentist, medic and sebagainya.
cuti sem ini juga merupakan cuti sem pertama saya tak kerja. selalunya setiap cuti sem ni lah masa untuk saya tambah duit. hehehe. teringat penat lelah, suka duka, time kerja dulu. cehhh kemain ayat "suka duka" tu tapi betul lah dalam bekerja ni even kerja kedai baju je pun ada suka duka tau. tak mahu lah cerita kat sini nanti panjang pulak saya membebel. hehehe. serius rindu dengan kak shida, kak nik, kak mira, amni and sebagainya. rindu nak dengar bebelan kak shida, cerita kak nik, masakan kak mira. saya boleh bayang sekarang ni mesti kak shida tengah stres and penat dengan stok and sale. harapnya sale tahun ni lebih baik berbanding sem lepas. pada korang yang dok sekitar shah alam, kl and masjid india tu, jenguk-jenguk lah butik Star Design (Kompleks PKNS Shah Alam & dekat Masjid India). kalau kat KL tu dekat Sogo, namanya D'Zeera kalau tak silap saya. hehehe. tetiba rindu pulak dekat seorang mamat ni. hehehe setiap kali dia datang hantar stok mesti 'bergaduh'. ada je benda dia nak menyakat saya. hahaha. serius aku rindu nak 'bergaduh dengan kau dowh. hehehe. (alah bukannya sesiapa pun, dia tu anak bos saya :D)
dah macam buat throwback pulak kan. hehehe. itulah bila rindu dah sampai kan memang tak boleh nak dibendung. ececeh kemain pulak. hehehe. korang semua dah beli baju raya ke? semalam shopping carik baju raya kita orang tapi yang berjaya jumpa 2 orang adik saya tu. adik lagi seorang tu dia tak nak baju raya. hmmm dah besar kan kononnya. kalau beli dia pakai sekejap je. saya punya je tak dapat lagi. kata ibu, saya cerewet sangat. hehehe mungkin kot. ye lah kena cari baju yang bukan sekadar pakai time raya je, boleh pakai time pergi kelas. so banyak aspek nak kena diteliti. hehehe banyak songeh pulak ye. kalau still tak ada jugak, pakai je lah jubah yang beli untuk program dinner hari tu. ibu?! hmmm dia kata banyak baju kurung yang dia tak pakai lagi. so, tak payah beli. hmm saya faham perasaan ibu. ("tiada raya untuk ibu" - ibu) huhuhu sedih lah bila tengok ibu T.T
raya tahun ini keluarga saya bakal menjadi tuan rumah bukan tetamu. memandangkan tinggal rumah nenek, so, kena lah tolong nenek sediakan juadah and layan tetamu yang datang. hmmm tak apa lah. apa yang saya harapkan, semoga raya kali ini and seterusnya tak kisahlah apa-apa sekalipun akan menjadi sesuatu yang terindah buat kami and diberkati oleh Allah. itu sahaja yang saya harapkan.
sebelum saya akhiri entri saya kali ini, saja nak buat throwback lepak dengan kengkawan sebelum saya pindah hari itu. time nie lepak dekat ole-ole seksyen 18 shah alam. actually ada ain sekali tapi dia terpaksa balik awal. so, tak sempat nak bergambar bersama.
with illiyyina. budak seorang ni payah benar nak jumpa dia. banyak betul halangan. bila saya free, dia pulak ada hal begitulah sebaliknya. but alhamdulillah time ni dapatlah juga kami jumpa even awalnya macam tak jadi je kan. hehehe
hah senyum jangan tak senyum. dua orang yang belakang tu adalah syafiqah and alina.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfiri. Maaf andai sepanjang saya menjadi blogger ini ada kata-kata saya yang buat korang terasa, menyampah ke so on lah, harap dimaafkan. semoga kita dapat bertemu lagi ramadhan akan datang.
26/6/2016
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.