Pemergian Ayah
assalamualaikum,
siapa sangka pertemuan dengan ayah waktu cuti hari raya haji merupakan pertemuan terakhir? terutama sekali buat kami adik-beradik. termasuk hari ini sudah seminggu 4 hari ayah pergi tinggalkan kami sekeluarga. ayah menghembuskan nafas terakhir pada 1 OKTOBER 2015 pada jam 5:05 petang di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya).
pada hari khamis itu, adik saya bagitahu yang ibu suruh saya doakan ayah sebab ayah masuk ICU. time tu memang saya dah risau sebab setahu saya kalau ICU ni antara hidup dan mati tapi saya sangka baik je lah mungkin tak ada apa yang akan jadi. doktor just nak check ayah and then ayah masuk wad seperti biasa. saya pun buat biasa je lah. kemudian pukul 5 lebih gitu, makcik saya call suruh packing barang sebab dia nak datang ambil. saya dah pelik dah kenapa kena balik? sedangkan ibu pun tak ada call suruh saya balik tapi saya diam je lah. packing je barang. time tu kebetulan saya tengah siap-siap nak pegi keluar makan. so memang dah siap lah kan tinggal nak pacing barang je. tengah packing barang tu adik saya call. menangis. saya tanya kenapa tapi dia tak jawab. just menangis and menangis. saya geram lah then saya tutup. dalam hati dah risau. tak kan lah... kawan-kawan saya tenangkan saya. okay lah saya relax sikit.
dah siap packing tu, saya call makcik saya, dia kata baru gerak. so okay lah tinggal nak tunggu dia kat cafe. then saya teringat adik saya, saya call dia. time tu lah adik saya cakap yang ayah saya dah tak ada. time dapat tahu tu, memang saya tak mampu nak kata apa lah. saya diam, just kata at dia yang saya akan balik nanti mak uda amek. then tutup telefon. saya pergi hujung bilik and menangis, serius saya cakap memang tak tahu nak kata apa. sampai saya pertikaikan kenapa ayah pergi cepat sangat? kenapa tak tunggu kitorang berjaya or dah dapat balas jasa ayah? kenapa dan kenapa? time flashback balik, ya allah bodohnya saya nie sebab mempertikaikan takdir allah. time tu kawan-kawan sebilik tak ada. dorang memang risaukan saya tapi saya kata tak apa pergi je lah keluar. menangis lah saya disitu tapi sekejap sahaja. saya kata kat diri saya yang saya kena kuat, jangan menangis. nanti orang tanya kenapa lagi susah. hahaha boleh lagi fikir macam tu.
makcik saya sampai kat asrama saya lepas maghrib. sampai-sampai je dia tanya saya sama ada tahu tak yang ayah saya dah tak ada? saya kata tahu dari mashitah. pastu baru saya teringat ni mesti kes yang dia call saya tadi sebab time tu saya kata ayah masuk ICU. saya simpulkan sahaja lah sebab nanti kalau cerita detail sangat nanti saya pulak yang nak menangis and korang pun mesti lama-lama bosan kalau panjang sangat, hehehe.
ayah dibawa pulang ke kampung saya dekat bukit gambir, muar iaitu kampung ibu malam tu juga. memang cepat segala urusan. alhamdulillah. dikebumikan pada hari jumaat pukul 11 lebih gitu lah dekat tanah perkuburan kampung saya kat sengkang. tahlil diadakan 3 malam berturut, jumaat sampai ahad. hari ahad tu, kitorang balik shah alam.
memang tak terasa sangat ketiadaan ayah sebab ayah kerap duduk kat hospital banding dekat rumah. boleh dikatakan hospital tu dah jadi rumah kedua ayah. and setiap hari ibu akan melawat ayah. memang tak terasa. tapi bila fikir balik, baru sedar yang ayah sebenarnya memang tak ada bukan ayah kat hospital, tempat kerja or surau. kadang tu memang tertanya-tanya kenapa ayah pergi dulu sedangkan kitorang masih perlukan ayah. mungkin ada hikmah disebalik semua ini. alhamdulillah segalanya urusan dipermudahkan. yang buat saya terharu and semua yang menyaksikan terutama ibu, adik lelaki saya yang jadi imam time solatkan ayah. memang tak sangka. saya tahu pon dari makcik saya. dia lah yang jadi imam, mandikan ayah, angkat ayah dari van jenazah sampai ke liang lahad, tanam ayah, ketuai yassin untuk ayah time ibu buat tahlil kat sini hari khamis lepas. serius memang terharu weh. saya yang dengar nie pon tak sangka. bukan apa sebab sepanjang ayah hidup, dia selalu merajuk dengan ayah, alah macam selisih pendapat lah. macam ada je yang dia buat tak kena kat mata ayah. jadi macam tak sangka lah apa yang dia buat nie. ibu kata mungkin dia serba salah kot dengan ayah tapi apa-apa pun saya yakin ayah mesti gembira.
banding dengan saya, apalah yang saya sumbang. hanya sedekahkan yassin and al-fatihah je untuk ayah. saya terus gerak ke kampung sebab jenazah ayah dah siap mandi, solat and kafankan. tinggal nak bawak ke kampung je. hanya dapat cium ayah je sebelum berangkat ke kubur. saya cium sekjap je sebab saya tak tahan. takut air mata saya kena kat muka ayah. serius saya sedih and dalam masa yang sama bersyukur sebab ayah pergi dalam keadaan baik. ayah seumpama orang yang tidur sampai saya tak sanggup nak cium sebab takut ayah terjaga dari tidur. sampai gitu sekali saya pikir.
ayah sakit kanser darah iaitu lymphoma. saya tak ingat nama penuh penyakit ayah tu tapi yang penting kanser darah lah. penyakit nie dah lama kesan selepas ayah balik dari umrah pada tahun 2013 kalau tak silap saya. memang dah lakukan chemotherapy tapi gagal. takdir dah menentukan. mungkin ini yang terbaik untuk ayah.
begitulah kisahnya. kitorang adik-beradik tak rapat dengan ayah sebab ayah garang tapi kitorang tahu ayah sayangkan kitorang sebab memang nampak jelas. kadang tu, ibu merajuk dengan ayah sebab lebih utamakan anak-anak. hehehe. kalau kitorang nak apa-apa, mesti mintak kat ayah sebab ayah akan belikan. kalau dekat ibu mesti akan ditanya keperluan ke kehendak. so dari situ, faham-faham je lah lulus ke tak. hahaha.
terima kasih buat semua yang telah menolong kami sekeluarga sama ada secara langsung atau tidak, medoakan dan sebagainya. terima kasih banyak-banyak. hanya allah yang dapat membalasnya. terima kasih juga buat kawan-kawan saya yang mendoakan and memberi semangat buat saya. sebelum saya tamatkan entri saya ini, mohon jasa baik kalian untuk sedekahkan al-fatihah buat ayah saya, Omar Othman dan semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
12/10/15
Ayah, jumpa di syurga nanti. tunggu akak, ibu, azizi, mashitah and adik tau :)
Sebak weh aku bce.. Smpi ak nngis ak start nngis bila kau prtikaikn.. Ak bygkn klo la ak jd ko.. Msti ak akn kte cmtu.. Ak x smpt bls jasa.. Tp bile pk balik mgkin ada hikmah.. Anis be stromg.. Aku tahu kau boleh.. Ak x dpt bygkn cmne ak plak nnti.. -ilyn-
ReplyDelete@Anonymous hehehe. jgn nangis ily :) in shaa allah. doakan aku tau
ReplyDelete