Cuti Sem

assalamualaikum,

dah lama tak update blog. hahaha tak ada lah lama mana kan. saya tak tahu nak cerita pasal apa lah. tapi nak jugak update blog even no idea lah nak update apa. so, cuti sem ni saya tak kerja. kenapa? malas lorh. haha :) tipu je. ada lah sebabnya. tak apa lah cuti sem akan datang lah baru saya kerja. bukan apa sebab kalau saya kerja, dapat kerja sebulan je. huhu tak seronok. gaji tak mashyuk lah. hahaha. tak ada lah. haish apa lah yang saya cuba sampaikan ni? argh yang penting cuti sem ni saya tak kerja. full stop!

so, dah tak kerja, saya buat lah kerja sampingan kat rumah. makan tidur makan tidur lah. hahaha menternak lemak banyak-banyak kat rumah. naik sem nanti, tambah lah lagi lemak-lemak tu. okay, dah mula mengarut. cuti sem nie, saya tengok lah cerita. apa-apa cerita. movie yang ada kat laptop saya semua dah khatam. drama je. drama korea. huhu apa gunalah ambil bebanyak tapi tak tengok kan. hakikatnya susah lah saya nak tengok. saya tak minat drama korea sebenarnya walaupun saya minat kpop. kpop itu lagu korea okay, jangan salah faham. sebab apa? lembap and romantik sangat. hehe harap maaf lah pada mereka yang minat drama korea ni. 

so saya layan drama jepun dengan ibu saya. hahaha. ibu yang bukak drama jepun or korea. saya layan je lah. awalnya saje je nak mengacau ibu tengah tengok kat laptop. hah sekali join dengan ibu. ibu memang tengok drama kat internet. kalau dia terlepas tengok kat tv or tengok drama tu macam best, dia akan tengok kat internet. ibu suka drama komedi or romance comedy. ibu kalau nak carik drama, dia akan tengok genre drama tu dulu and then sinopsis. hahaha. kalau saya pun saya akan buat macam tu jugak.

sekarang ni, ibu tengah layan cerita My Girlfriend is a Gumiho. cerita ni ibu dah banyak kali tengok tapi ibu suka ulang part yang kelakar tu. saya pun layan drama ni tapi awal-awal lah. lepas tu krik-krik lah. hehehe. okay lah saya senaraikan drama yang ibu saya layan and saya join sekali.

Itazura na kiss

cerita ni kalau drama korea tu playful kiss lah. saya tak ada lah tengok semua. sikit-sikit je. best lah juga. perempuan tu sumpah kelakar and lelaki dalam cerita ni sumpah cool blooded betul. memang tergelak habis lah tengok. nak tahu umur pelakon perempuan ni sekarang 17 tahun and lelaki tu 26 tahun. hehehe. gila jauh beza. sekarang ni ibu tunggu keluaran season 2 drama ni. 

Fated to love you

yang ni drama korea. best lah juga tapi saya tak tengok sangat plus ibu tak kasik sangat saya tengok sebab drama ni agak berat and tak sesuai dengan saya. faham-faham je lah ye. tak faham buat-buat faham je lah. hehe :p kelakar lah cerita ni.

Hana Kimi

drama jepun. saya tak ingat nama penuh drama ini. serius best drama ni. kelakar kot. 12 episod plus satu extra episode untuk special edition. kalau korang tengok sumpah korang tak akan berhenti gelak lah. memang best. setiap pelakon tu even watak sampingan memang memainkan peranan lah. satu scene tu pasal konflik antara 3 watak ni dalam masa sama ada scene ahli asrama lain tengah bertarung untuk menang game yang dianjurkan oleh pengetua dorang. memang saya syorkan korang tengok drama ni. saya check ramai yang layan drama jepun pun syorkan drama ni.

saya rasa 3 ni lah kot saya tengok dengan ibu. hehehe. tiga je pun. tak banyak. ada satu cerita tu saya tak join sekali tengok dengan ibu. cerita My Boss, My Hero. drama jepun. 12 episod juga and ibu kata best jugak. 

adik-adik saya tengah kemaruk kpop nya. hmm tu lah sebelum ni berlagak lagi dengan saya. seorang dengan teen top and seorang lain B1A4. lagi seorang tengah SPM. good luck yo my adik!! doa kan adik saya tau :)

last but not least, sudi lah tengok video bean sprout oleh B1A4. tergelak saya tengok video nie. hehehe. 


p/s : saya memang dah lama minat B1A4 ni. hehe :)

11/11/14

No comments :