Pengalaman Bekerja

assalamualaikum, semua

apa khabar?! saya harap korang semua sihat-sihat belaka. oh ya, saya nak ucapkan selamat kembali ke sekolah buat korang yang masih bergelar pelajar dan murid. hehehe. saya dah tak sekolah. jealous tak?! entri nie merupakan entri pertama untuk tahun 2014. SELAMAT MENYAMBUT TAHU BARU. maaflah lambat wish kat korang T.T
 okay, dah lama saya tak buka blog. hari nie baru saya berpeluang nak buka semua akaun saya. why?! hari nie saya cuti. maksud saya cuti dari bekerja. 

masih ingat entri saya sebelum ini?! saya ada maklumkan yang saya nak try bekerja kat kilang coklat. tak jadi kerja kat situ. sebab orang tu kata pihak atasan tak keluarkan notis untuk dapatkan pekerja baru. hmm, bukan rezeki saya. lagipun, saya memang berharap sangat tak nak kerja kat situ pun. nampak tak niat dah tak betul. so, ibu hantar saya pergi Kompleks PKNS. asalnya saya nak minta kerja kat Ole-ole Seksyen 18 tu tapi ibu pergi hantar saya kat kompleks tu. berteman adik saya, mashitah tu saya pergilah cari kerja kat situ. memang mencabarlah juga sebab banyak juga kedai saya pergi. tak banyak sangat pun. lebih 5 tapi kurang 10 lah. rasanya lah. saya minta kerja kat kedai pakaian. tak mahulah kedai makanan nie. tak suka.

cari punya cari, akhirnya saya dapat. saya tak payah kena interview. terus dapat kerja. alhamdulillah. saya kerja kat kedai Star Design. saya start kerja hari selasa lepas. genap seminggu lah saya kerja kat sana. insyallah saya cadang nak kerja sampai result spm keluar. lepas tu, saya berhentilah. kalau rasa nak kerja lagi, saya akan kerja balik. sama ada kedai yang sama ataupun kedai lain. tengoklah macam mana. buat masa nie, saya okay kerja kat kedai tu. staf-staf kat situ baik-baik. 

oh ya, kalau termasuk saya 3 oranglah kerja kat situ. 2 orang kakak kat situ iaitu kak syida dan kak syikin. dia orang pun baik. so, saya tak ada lah susah sangat nak sesuaikan diri. alhamdulillah. moga allah bantu saya. pasti korang nak tahu gaji kat situ kan? kak syida kata sebulan gaji bersih RM900. itu pun tak termasuk komersial dan apa semua tambahan tu. kiranya sehari lebih kurang RM42 lah saya dapat. saya kerja over time. dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. kat situ, dalam seminggu, sehari cuti. tak kesahlah hari apa kecuali jumaat, sabtu dan ahad. tapi kalau ada urusan penting terpaksa cuti juga, boleh je.

bosan ke tak? tipulah kalau saya kata tak bosan. bosanlah juga. sebab bukannya setiap masa pelanggan datang. tapi okaylah. saya pun baca novel kalau pelanggan tak ada. nak hilangkan bosan. nak tidur seganlah pulak sebab kedai saya nie orang selalu lalu. kalau orang nak pergi pusat zakat, kena lalu kedai saya. memang tumpuan oranglah kan. tapi tak apalah. saya ada kawan kat situ tapi kerja kat kedai lain iaitu ain, my classmate. kalau nak beli makanan tengah hari, ajak dia. dia kerja awal sikit daripada saya. tapi tak apalah, at least ada kawan.

itulah sedikit maklumat pasal kedai saya. kalau korang datang pkns, jemputlah datang ke kedai saya ya. bukan saja datang je, beli sekali tau. hahaha. melawak je. okaylah, setakat ini sahaja entri saya kali ini. thanks sudi baca. insyallah, kita akan bertemu lagi minggu depan. time saya cuti nanti. assalamualaikum.

8/1/14