SPM Candidate

assalamualaikum, kawan-kawan semua

apa khabar korang semua ?? macam mana sekolah ?? okay ?? saya rasa semuanya okay-okay belaka. tahniah lah saya ucapkan. seperti semua yang dah sedia maklum. saya kini murid form 5 atau lebih senang cakap, "SPM CANDIDATE" lah. memang tak percaya gila yang saya nie dah from 5. rasa macam semalam je masok form 4. sekarang dah minggu kedua sekolah. baru kini saya merasa penatnya hidup sebagai budak form 5. penat kott. serius saya kata. ini ko-ko belum start lagi. homework belom banyak lagi. and saya tuisyen pon bukan lah setiap hari. 3 hari dalam seminggu tu.

bercakap mengenai tuisyen, saya ambil kelas fizik, kimia, add maths, math dan arab tinggi. 5 subjek. berapa ratus entah. saya tak ingat. tak patut kan. hehehe. seronok jugak tuisyen nie. *ye lah first time ambil tuisyen malam*. penat pon ade. seronok pon ade. penat tu perkara biasa lah bila dah tuisyen kan. seronok tu sebab kat tempat saya tuisyen tu, tak sangka saya dapat jumpa kawan-kawan time sekolah rendah dulu. kawan-kawan sekolah agama jugak. memang lah tak berapa rapat sangat dengan dia orang time tapi entah lah. perasaan seronok plak dapat jumpa dia orang. most of dia orang pon ingat lagi kat saya. hehehe. muka tak banyak berubah kott. pearasan sudahhh !!! tambah-tambah lagi, saya sekelas dengan kawan yang suka sakat saya time sekolah rendah *actually, semua orang dia sakat and saya salah seorang lah*

memang riuh semalam dia menyakat saya. sabar je lah. tak apa lah. best jugak sekelas dengan dia nie. 'bernyawa' lah jugak kelas kita orang ditambah dengan cikgunya pon sporting. hehehe. saya pon naik semangat nak belajar sebab faham. harap-harap suasana nie kekal sampai tamat tuisyen nanti. saya harap jugak semangat saya nie akan lagi bertambah lah. tak nak lah awal tahun je semangat. bila dah lama-lama tu, dah tak semangat dah. jauhkan lah, ya allah. amiiin...


hey hey perasan tak perubahan pada blog saya ?! hahaha. cantik tak ?! ye lah buruk kan. dah lama dah saya tukar. sebelum tahun 2013. hujung tahun 2012 tu. tetiba je rajin nak edit blog sendiri. hehehe. and kalau korang perasan, header saya nie saya pernah letak sebelum nie. memang pon. saya malas nak edit untuk header. jadi saya ambil je lah apa yang ada. tengok lah kalau tetiba saya rajin plak nak edit untuk header kan. mana tahu. 

so, kalau bab-bab edit blog nie, saya belajar kat 3 blog. banyak lagi blog yang boleh kita belajar. tapi saya suka belajar dari 3 blog nie sebab kebanyakkannya menjadi and senang faham lah apa yang dia orang ajar. nak tahu ke ?? tak payahlah. secret .... hehehe. secret lah konon tapi tempat kredit tu ada blog dia orang saya letakkan. hmm, okay lah saya belajar kat sini :

hah, 3 blog nie lah saya suka belajar. terima kasih juga buat kak bertiga sebab sudi mengajar kami yang masih belum cukup mahir bab edit-edit blog nie. terima kasih banyak-banyak. jadi, saya rasa setakat ini lah entri saya kali ini. harap korang semua tak meluatlah apa yang saya taip nie. hehehe. mana lah tahu kan. lagipun, entri saya nie memang membosankan pon. okaylah. jaga diri semua. assalamualaikum.

11/1/13

p/s: jangan benci saya gara-gara saya letak lagu Justin Bieber kat blog saya ye :)) hehehe


Comments

  1. what the?! ko ltk lgu justin? knape?!! tensyen aku xDD
    tula aku cuak jd form 5

    ReplyDelete
  2. @Anonymous salah ke aku ltk ?? hahaha. dh aku dgr sdp lagu nie. then aku ltk lah

    ReplyDelete
  3. anis tolong editkan cover blog aq.. tpy nak warna blue/ purple/ pink pon leh arh.. cam ko pon cantik tpy aq nak arh sama cam ko punyer.. hehhee

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018