Buat Bakal Zaujku


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak…
Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah berbanding diriku.. Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA.. ?

Ketahuilah dirimu..Bahawa aku mungkin tidak sebijak Aisyah Humaira’.. Aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan menyusahkan, Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku.. Ingatlah, aku takkan selamanya dan selalunya akan kelihatan cantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana aku terlalu sibuk di dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita nanti.. insya ALLAH

Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan dari bekerja…maafkan aku wahai zaujku… Atau mungkin kau akan melihat diriku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tidak mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam..dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu…dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku.. kerana kau kekuatanku wahai suamiku..

Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku..Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku menangis dan marah yang tak tertahan.. kerana aku hanya wanita biasa. Ada masanya aku memerlukan tempat untuk melepaskan rasa hatiku.. melepaskan kepenatanku..dan yang aku perlukan saat itu hanyalah pelukan dan belaianmu.. kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala resahku..

Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak pernah habis.. Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka..bukankah mereka “our beloved little mujahid”? Hanya terkadang aku mungkin kehabisan cara untuk menenangkannya.. Maka aku minta janganlah kau membentakku saat itu kerana telah menyakiti buah hati kita… cukup dengan kau usap kepala memujukku… kerana dengan itu aku tahu kau menghargai semua yang telah aku lakukan untuk kalian.. maka, saat itu kau akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita.. dan aku akan merasakan ribuan kali sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada mereka..maafkan aku wahai suamiku..

Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku..
Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah.. Maka jangan pernah jemu membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih.. Jangan letih mengingatkan aku mendulang amalan-amalan sunnah.. Jangan pernah bosan mengajar aku.. membimbing aku ke arah-Nya… Bukankah kita telah berjanji untuk menjadikan pernikahan ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya..
Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku..Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat menghitam, mula menipis dan memutih.. Kulitku yang halus menegang kian kendur lalu tangan yang dahulu halus menjadi kasar.. Aku bukan lagi wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganlah kau berpaling dariku wahai kekasih hatiku.. kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke akhir nafasku… cintaku buat dirimu kerana Allah… semoga aku tetap menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti.. Sesungguhnya.. tiap hari yang berlalu…setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati dengan selalu mencintaimu.. kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini.. Jangan kau anggap aku wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku wanita biasa..
p/s : saya copy kat kawan saya, Adhwa'. kawan saya nie jugak ambil kat satu tempat and saya tak tahu. apa-apa pon, bila saya baca tulisan ini, saya rasa sebak plak *cehh >_<* tapi seriuslah betul apa penulis nie tulis. saya tak kenal siapa penulis nie. apa-apa pon, saya ucapkan tahniah and terima kasih buat penulis asal sebab tulis kata-kata ini.  
18/1/13

siapa agaknya bakal suami saya ye ?! hehehe. dah tak sabar nampak... astagfirullah -.-

Comments

  1. Salam..Anis!!!!! ni kitela..Madi.. mmg btol sebak rsenye ble bce artikel ni..mmg pndai pnulis asal ni brmain dgn kate2..haha..mcm ayat skema

    ReplyDelete
  2. @BLOG-BLOG SMKS7 madi ke nie?! ehh, kita x tau pon kamu ade blog.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin