Cuti Lagi

assalamualaikum, semua

saya yakin korang semua pasti tengah happy nie. berbunga-bunga. mana tak nya dapat cuti 4 hari. sabtu,ahad, isnin and selasa. for orang macam saya nie, dapat cuti sehari pon saya bersyukur sangat-sangat lah. sebab apa ?! sebab saya rasa lega sikit. ye lah, busy gila kat real life nie sampai tak dapat nak online. kalau dapat pon, tak sampai sejam lah. bila dapat cuti nie, lancar lah sikit nafas saya nie. hehehe :3

dah lama saya tak update blog lah. jealous saya bila baca entri adek-adek angkat saya, Jess and Lea and also Krys dapat jumpa Kaka Emma. ah cemburunya saya !!! tahniah lah saya ucapkan pada dia orang sebab berpeluang juga dapat jumpa Kak Emma. saya nie ?? saya duduk jauh. kat Shah Alam. Kak Emma duduk kat Kelantan (kalau tak silap) and adek-adek angkat saya tu kat Kedah. jangan tanya saya macam mana dia orang boleh jumpa. kalau nak tahu jugak, tunggu lah saya akan tanya dia orang nanti.


actually, saya tak tahu nak cakap apa lah. idea tiba-tiba dah hilang plak. hah, saya rasa pasti korang dah tengok filem "Ombak Rindu" kan ?! amacam, best tak ?? saya dengar ramai orang kata best. hmm, tak apa lah. saya dah tengok dah filem tu. komen saya ?! boleh lah tahan tapi malangnya saya tak boleh nak feeling cerita tu lah. 40% je. pasti korang semua pelik. orang lain tengok sampai menangis-nangis but me, 40% je ?? entah lah. disebabkan saya tak puas hati gara-gara saya tak rasa feeling tengok filem tu, saya pun minta tolong kawan saya belikan novelnya.

tengah dalam proses membaca lah nie :3 serius, feeling gila lah saya. huhuhu. sampai nak menangis. tak ada lah sampai meleleh air mata saya ie. just rasa macam sebak lah time part Hariz marahkan Izzah gara-gara Hariz fikir Izzah mengandung tu. serius saya boleh bayangkan. hehehe. memanglah saya boleh bayangkan sebab dah tengok filem tu. serius, memang beza jalan ceritanya. memanglah lebih kurang sama. tapi bagi saya baik baca novelnya sebab itulah jalan cerita yang asli punya.

okay lah saya tak mahulah membebel panjang-panjang kat sini. ada benda lain yg saya kena buat. carik makna perkataan. Bio punya kerja. okay, jumpa lagi. bye-bye

p/s : 10 Feb nie birthday saya ! jangan lupa wish tau and kalau boleh bagi hadiah pada saya :p (kidding je)


posted by Anis Hayati 4/2/12

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018