Posts

New Life 2

Image
assalamualaikum, okay in shaa allah petang nanti saya akan balik semula rumah kedua saya iaitu kuim. hehe sebelum saya nak balik ke sana nie, saya nak lah update blog. alang-alang tengah rajin nie, baik saya update blog. kalau tangguh, tak tahu lah bila saya akan update. hmm, maybe cuti semestar nanti kot. haha entah lah. kalau ikutkan perancangan, saya kena balik naik bas tapi bas tak ada. buat pengetahuan korang, tiket bas dari melaka ke shah alam and shah alam ke melaka hanya ada hari jumaat, sabtu dan ahad. memandangkan hari nie hari isnin, means tiket tak ada and ayah saya dah pergi dah. memang tak ada. bercakap pasal naik bas nie, teringat time first time saya naik bas balik rumah. memang takutlah mula-mula tu. dah lah tak ada geng balik shah alam. memang sesorang lah kan sampai lah sekarang. yang hari jumaat lepas tu saya balik sini pon sendiri je. tapi alhamdulillah dah okay dah sekarang. tak ada masalah nak naik bas. haha. kalau kat sana pun, bas juga pengangkutan...

New Life

Image
assalamualaikum, semua apa khabar, korang semua? harap korang semua sihat. dah lama saya tak update blog. last saya update time minggu cuti raya raya tu kot. hmm eh ye ke? oh bukan-bukan. time saya balik minggu depannya lagi selepas cuti raya tu atas urusan ptptn. minggu nie saya balik sempena cuti merdeka. cuti 4 hari kot. jumaat sampai isnin. haha. hari jumaat iaitu semalam saya dah start cuti dah sebab tak ada kelas. okay, pejam celik pejam celik, dah nak genap 3 bulan saya hidup sebagai seorang mahasiswi. hmm, kadang tu bila fikir balik, tak sangka saya ni dah dewasa rupanya. bukan lagi budak yang masih bergantung pada ibu bapa. i means memang saya masih berada di bawah tanggungan ayah saya tapi just belajar untuk hidup berdikari. got it?! haha. ibu bapa saya pun macam tak percaya yang saya nie dah masuk kolej (even bukan universiti tapi lebih kurang je kan), dah besar. hidup berjauh dari family. jujur saya kata, saya tak pernah tinggal di asrama. tak pernah berjauh dengan...

Salam Raya

Image
assalamualaikum, semua 1...2...3... fuhhhhh.... tiup sama-sama habuk yang dah banyak bersarang kat blog ni. sudah lama saya tak update blog. ada sesiapa yang rindukan saya tak? hehehe bapak perasan kan. busy ke sampai tak ada masa nak jenguk blog?! nak atakan busy sangat, tak de lah busy mana pon. just belum jumpa masa yang sesuai untuk update blog. saya balik rumah pon sebulan sekali je. minggu ni saya balik sebab ada urusan ptptn. pasti korang pelik apa pasal baru sekarang saya nak mohon? orang lain dah mohon dah and dah dapat dah duit ptptn. hmm panjang ceritanya. tapi saya malas lah nak ceritakan. hal perbadi :p hehe peribadilah sangat kan. petang nanti saya dah balik semula kat tmpat belajar saya iaitu kuim. kuim tu apa? sila rujuk pada biodata saya kat sebelah ni ye. hehe actually, banyak benda saya nak ceritakan dengan korang semua tapi masa terhad. saya nak share pasal raya saya tahun ni. ada sedikit kelainan. haha kelainannya saya raya kampung ayah untuk raya pert...

Sambung Belajar

Image
assalamualaikum, semua setelah sekian lama saya menyepi, kini saya kembali *poyo je*. alhamdulillah, 18 tahun sudah saya di bumi ini. dah nak masuk ke alam universiti. tak sangka saya dah besar. bukan budak sekolah lagi dah. bakal mahasiswi insyallah. kadang-kadang tu saya terfikir, betul ke saya bakal masuk universiti? bakal berjauhan dengan keluarga? berdikari sendiri. semuanya sendiri. rasa macam tak percaya saya dah besar. rasa macam semalam baru masuk tadika lah. hahaha. teruk sangat lah tu. memandangkan saya anak sulung dalam keluarga saya, kita orang memang tak ada pengalaman lah kan. tanyalah kawan-kawan, saudara-mara ke jiran-jiran kan. hehehe. tak salah tanya pendapat orang kan?!  okay, saya pasti ramai yang dah masuk universiti dah ataupun bakal masuk nanti macam saya. tak pun ada yang sambung form 6 and amek matrik. good luck semua. semoga kita semua berjaya dan mencapai impian kita semua. insyallah, 2 JUN 2014 saya akan mendaftar. dekat mana?! Kolej Universiti...

Menyepi

Image
assalamualaikum, semua *tengok muka kat cermin*.... "huarghhhh!!! dah macam panda dah!!!" hehehe. itu lah kekurangan tidur. apa yang menyebabkan saya kurang tidur?! penat bekerja?! argh, alasan tu dah tak boleh digunakan lagi sebab salah saya sendiri. tidur lambat kan. memanglah. sejak dua menjak nie, saya asyik tidur lambat je. kalau dulu tepat pukul 12 saya dah tutup lampu. tapi sekarang nie tidur pukul 12 lebih. lebih dia tu nak dekat pukul 1. apa benda lah yang saya buat sampai tidur lewat kan?! hehehe. online kat fon lah. bukan bukak whatsapp ke facebook ke twitter ke tapi dok melayan youtube lah. saya tengok WE GOT MARRIED . couples mana?! alah couples lama lah. segan pulak nak bagi tau sebab pasti korang gelaknya lah. saya tengok GOGUMA COUPLE. hahaha. baru sekarang nak tengok. padahal dah 2 tahun lepas dah. hehehe. entah macam mana terdetik nak tengok. bila dah tengok sekali, nak tengok lagi. tapi itu lah tak seronok sangat sebab tak semua episod ada engl...

Staf Star Design

Image
assalamualaikum, huahhh!! dah lama tak update blog. apa khabar, semua? hope korang semua sihat-sihat. kali nie saya nak memperkenalkan staf Star Design kat Shah Alam. untuk makluman korang, mama (bos a.k.a Kak Zie) ada 6 buah kedai kalau tak silap saya lah. kat Shah Alam (tempat saya kerja sekarang), Sogo dan Masjid India. so, kalau korang pergi tempat-tempat berikut, cari lah star design ya. hehehe. promote kedai sendiri. actually gambar nie dah lama kita orang ambil. hari jumaat, 7 hari bulan nie. tapi tak apa lah. korang mesti nak tahu kan siapa staf satu kerja saya. jom, saya perkenalkan. okay, senior saya, Kak Syida dan Kak Eqien. Kak Syida baru nak masuk 3 bulan lah kerja kat sini tapi kak syida dah 9 tahun kerja dengan mama. asalnya, kak syida kerja kat Sogo. then, mama hantar kak syida kat sini. ya lah, yang berpengalamannya dah berhenti kerja. yang lain, baru lagi. tulah, mama hantar kak syida ke sini. kak syida nie dari KL tau. oh ya, kak syida yang belah kir...

Gaji Pertama

Image
assalamualaikum, dah lama saya tak update blog. rindu kot :) rindu kat korang jugak. *ceh! nak ambil hati konon* sekarang dah masuk bulan FEBRUARI . dalam bulan nie, ada satu hari yang amat penting untuk saya. kalau kawan-kawan saya dia tahu lah apa bendanya or korang yang perasan pada isi tab "The Owner" tu. tak perasan tak apa lah. sedih kot. okay, emo sorang-sorang kat sini. *tengok tajuk* entri kali nie, saya nak bercerita pasal gaji pertama saya. perlu ke? perlu lah buat orang yang first time kerja macam saya nie. hahaha. gaji pertama saya dapat awal. akauntan kita orang bagi awal. maybe dia kesiankan pada kak syida dan kak eqien. saya nie tak kesah sangat dapat gaji bila *actually kisah*  yalah, kak syida ada anak nak ditanggung dan kak eqien dah berumah tangga. so, duit gaji amat diperlukan. maybe sebab itu akauntan kita orang bagi awal. padahal awalnya cadang nak bagi hari nie iaitu hari selepas habis promosi sempena tahun baru cina. tapi tak jadi. tak apa ...