Last Day of 2018

 Image result for happy new year chibi
Assalamualaikum,

Fuhh dah lama saya menyepi. Hehehe. Rasanya macam dah berbulan tak bukak blog. Rindu blog ni. Rindu my readers *macam ada. uhukss* So, lagi beberapa minit je lagi kita bakal meninggalkan 2018. Welcome 2019! Rasa nervous pulak. Tak pernah se-nervous nie. Huhuhu. Poyo je sis nie. Entri kali ni tak tahu nak tulis pasal apa. Just tetiba rasa nak update. Hmmm maybe this entry sebagai penutup untuk tahun ini. Tak tahu kenapa rasa sedih nak tinggalkan 2018. Too many things happened. Seriously, saya takut nak hadapi 2019 yang tak pasti apa akan berlaku. I bet korang semua macam tu kan? Ke saya seorang je gitu eeh? 

As for me, 2018 memang agak mencabar and mostly perkara yang berlaku tu saya tak jangkakan pun. Especially, saya disahkan kena penyakit tibi. Time tu memang rasa down. Then, saya tolak tawaran belajar sebab pilih kerja but then lapor diri saya ditangguhkan. 3 perkara ni memang memberi impak besar juga dalam diri saya terutama mental dan emosi saya. Huhuhu. But alhamdulillah, saya berjaya laluinya. Thanks for my family and friends also you guys yang bagi kata-kata semangat untuk saya. Now, saya dah 3 minggu bekerja under kerajaan. Oh ya, saya ditempatkan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara. So far tak ada masalah. Just biasalah bab transport kan and tempat tinggal pada awal-awal kerja tu. Tapi dah settle. In shaa allah next entri saya akan ceritakan lebih detail ye. Ini kira sebagai "warm up" untuk saya bagi tahun baru nanti.

Semoga apa yang telah terjadi pada tahun 2018 ni memberi kenangan yang terbaik untuk kita. Tak kisah kenangan pahit or manis kan. Take it as our new experiences and semangat untuk kita terus maju ke depan. Haaa giteww. Rasa nak buat throwback pasal 2018 tapi next entry je lah. Kena buat flow dulu nak taip apa. Nanti melalut kang saya membebel. Itu sahaja entri saya kali ini. Sebenarnya saya dah blur tak tahu nak taip apa. Tengah fikir nak countdown ke nak kemas barang sebab esok dah kena balik KL pulak. Hehehe. So, better saya berhenti sekarang and kemas barang. Tak ada lah kelam-kabut besok. May Allah ease everythings that we plan for this new year. Jumpa lagi.

31/12/2018

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin