3 Tahun
Assalamualaikum,
Hari ni dah masuk hari kedua untuk bulan Oktober. Sekejap je masa berlalu kan. Genap deh 2 bulan saya bergelar penganggur berjaya. Hohoho. Untuk entri kali ni saya nak share tentang kisah peribadi saya. Hmmm tak ada lah peribadi mana kot. Tak tahu ada orang sudi baca ke tak tapi tak apa lah just luahan hati saya saje.
Berlalunya hari semalam iaitu 1 Oktober maka genaplah 3 tahun ayah saya menghadap Illahi. Bila difikirkan dah 3 tahun saya hidup tanpa seorang ayah. Sebenarnya saya rasa dah lama sangat but sebenarnya baru 3 tahun. Bukan saya saje yang rasa gitu. Ibu and adik-adik saya pun rasa gitu. Orang sekeliling yang tahu akan kata "sekejap je masa berlalu. Dah 3 tahun arwah Omar pergi". But for us, it is not. Terlalu banyak perubahan dalam hidup kami setelah ayah pergi. Totally pusing 360 darjah. Setelah ayah pergi, kami perlu berpindah tempat tinggal memandangkan kami tinggal di kuarters. Kami pulang ke kampung ibu and tinggal bersama nenek. Apabila budak bandar kena duduk kampung. Haa gitu umpamanya. Memang ambil masa untuk sesuaikan diri.
Insan yang paling terasa bebanan yang berat of course ibu. Too many things happened. Tak semua keputusan yang ibu buat mendapat sokongan even though dengan family sendiri. Tapi benda dah lepas. So, tak perlu difikirkan. Biarkan ia berlalu. Cukup saya and orang tertentu tahu tekanan yang ibu hadapi. Time itu, saya terdetik kenapa ayah pergi dulu. Kenapa Allah ambil ayah terlalu cepat sedangkan kami masih perlukan ayah. Belum sempat lagi nak balas jasa ayah. Belum cukup lagi or belum ada kejayaan yang kami capai untuk tunjukkan pada ayah supaya ayah bangga dengan kami. Belum lagi. Kenapa, kenapa dan mengapa. Serius persoalan itu yang sentiasa bermain difikiran saya even till now. Teruk kan saya? Shame on me.
Bila difikirkan semula, pasti ada sebab kenapa Allah uji sebegini kan. Kalau tak mungkin saya tak akan buka mata, buka hati, buka minda untuk tengok dunia luar sana. Ada orang lebih teruk ujiannya berbanding saya. Saya ni apa lah sangat kan. Allah baru uji dengan mengambil ayah waktu saya usia 19 tahun. Orang lain ada yang time dia kecil and ada juga yang tak pernah jumpa atau kenal siapa parents dia. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana uji aku begini. Kalau tidak, mungkin aku tak bersyukur agaknya.
Pasti ramai tertanya-tanya sebab kematian ayah saya kan? Ayah saya menghidap penyakit kanser limfoma. Ayah saya disahkan kena kanser tu pada tahun 2013. Doktor sahkan kanser ayah dah berada tahap 4. Maybe takdir ayah saya untuk kena kanser sebab dalam keluarga ayah tak ada yang kena kanser. Ayah saya dah jalani chemotherapy pada tahun pertama tu. First cycle tu ayah kembali sihat, boleh pergi kerja and buat aktiviti harian macam biasa. Waktu itu memang kami fikirkan ayah sudah sembuh. Perancangan Allah lebih baik sebenarnya, second cycle tu kesihatan ayah merosot. Doktor kata chemo yang pertama tu sebenarnya gagal. Ayah kena tahan wad setiap kali ada appointment dengan doktor. Boleh dikira dengan jari lah appointment doktor yang ayah tak kena tahan wad. Wad ibarat rumah kedua ayah. Ayah masuk wad kadang tu lebih seminggu, sebulan pun pernah. Paling lama 2 bulan lebih and that was the final. Ayah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1 Oktobet 2015.
Ayah dimasukkan ke ICU. Allah lebih sayangkan ayah. Doktor belum sempat bius untuk komakan, ayah telah pergi dahulu. Time itu, hanya ibu sahaja tunggu kat luar wad. Saya dekat KUIM and adik-adik kat sekolah. Memandangkan ayah meninggal di hospital jadi pihak PPUM uruskan jenazah ayah. Alhamdulillah urusan ayah dimudahkan. Ayah dikebumikan di tanah perkuburan kat kampung ibu, tempat tinggal saya sekarang.
Begitulah kisahnya. Tak tahu kenapa hari ini saya terdetik untuk share kisah ni dekat blog. Ada entri sebelum ini saya share tapi just sekali lalu gitu. Kali ni detail sikit. Hehehe. Maybe saya dah betul-betul bersedia kot nak share :p.
Ini lah ayah saya. Hensem kan? #tiber Gambar ini je yang saya sempat snap. Gambar tahun bila entah. Ada banyak album ayah tapi tak tahu kat mana letak. Kotak-kotak yang pindah 3 tahun lepas pun kemas tak terusik. Hehehe. Ayah saya seorang polis. Ayah meninggal dunia ketika usia 50 tahun. Just want to say, Akak rindu ayah. Akak dah tak boleh panggil ayah dah. Akak boleh sebut "ayah" tetapi ayah tak akan sahut. Tenanglah ayah di sana. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kami rindukan ayah. Sangat-sangat rindu. Kita jumpa di syurga nanti tau. In shaa Allah :)
Sampai setakat ini sahaja entri saya. Tetiba rasa macam habuk masuk mata pulak. *lap hingusss :p* Hehehe. Terima kasih sudi baca entri yang tak seberapa ini. Have a nice day!
02/10/2018
Sedih saya baca. Moga awak sentiasa kuat.
ReplyDelete@Farah Aamiin in shaa allah :) Terima kasih
ReplyDeleteAyah yang kita banggakan..masih muda dia..
ReplyDeleteTakziah & innalillah.. walau dah lama berlalu, rindu tetap tak hilang..
ReplyDelete@Etuza Etuza Sudah suratan takdir :)
ReplyDelete@aynora nur Terima kasih kak
ReplyDeleteSemoga ayah awak ditempatkan bersama org2 yg beriman :)
ReplyDelete@Nurulatika Yunus Aamiin in shaa allah. Terima kasih
ReplyDelete