Pengalaman Temu Duga SPA


Assalamualaikum

I'm BACK! Yuhuuu. Okay tak ada siapa yang kesah. Baik seperti yang saya dah janji dalam entri saya sebelum ni yang saya akan share pengalaman saya hadir interview SPA. Punyalah ambil masa berhari-hari untuk tunaikan sampai dah masuk pertengahan bulan disember. Hehehe. Jadi, hari ini saya akan tunaikan janji saya. 

Sejujurnya, saya kurang berkeyakinan nak share pengalaman saya sebab saya rasa macam tak membantu. Tapi saya kuatkan semangat juga untuk share. Kot lah kan sedikit sebanyak boleh bantu. Harapnya gitu lah. Huhuhu T.T 

Alhamdulillah rezeki saya terpilih untuk hadir temu duga SPA. Sejujurnya, saya tak jangka pon saya akan dapat panggilan. Hehehe. Ye lah orang kata susah nak dapat kerja kerajaan sekarang ni. Pastu untuk dapat panggilan interview dari SPA pun susah juga. So bila dengar orang kata gitu, saya pun relaks je lah. Memang tak terfikir pun or senang cerita tak letak harapan tinggi untuk dapat. 

Sehinggalah saya dapat e-mel dari SPA untuk interview bagi jawatan pembantu tadbir (pengkeranian/operasi) N19. Interview itu diadakan pada 13 November 2017 bertempat di MITC Melaka. Awalnya saya ragu-ragu nak pergi ke tak. Sebab apa? Saya takut. Hahaha. Saya tak pernah hadir sebarang interview. Pastu maybe mindset saya kot yang membayangkan penemu duga ni agak strict and garang. Huhuhu tak tahu kenapa saya boleh pikir gitu. Maybe sebab saya dengar cerita and baca pengalaman orang. Haih lawak lah bila pikir balik. 

Saya tanya pendapat ibu sebab saya rasa berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tak. Ibu tanya saya "Naluri akak nak pergi ke tak?". Saya cakaplah yang naluri saya kuat mengatakan supaya pergi even though perasaan takut cuak segala bagai tu dah mula menguasai diri. *kemain betul*. Lastly, saya nekad untuk pergi sebab utamanya saya nak timba pengalaman memandangkan saya tak pernah hadir mana-mana interview pun. Pasti ada sebab kenapa dalam banyak-banyak yang mohon tu saya menjadi salah seorang yang terpilih. Huhuhu. 

Tiba harinya, saya pergi ke sana dengan ibu. Sampai MITC dalam pukul 9.30 pagi macam tu lah. Perasaan dah berdebar tapi boleh kawal lagi. Saya masuk kat tempat SPA tu pukul 10 pagi and dapat giliran no. 21. Turn saya tiba pukul 12 lebih tak silap. Lama kan saya tunggu. Hehehe. Salah saya sebab bukannya nak terus pergi ambil no. giliran. Saya boleh lagi relaks makan buah sebab berdasarkan masa yang ditetapkan interview mula pukul 11 pagi. Hehehe nampak benar lah first time nya tu. So, korang nanti sampai je terus pergi ambil nombor tau. Dapat nombor awal boleh balik cepat. Hehehe. 


Semasa tunggu turn tu memang ramai orang yang hadir. Tengok dorang semua sangatlah hebat and bergaya. Aura berkeyakinan gitu. Hehehe. Saya dah macam cacing kepanasan. Yelah first time kan. FIRST TIMEEEE. Hahaha gelabahnya kemain. Time tu memang tawakal je lah. Apa nak jadi, jadi lah. Nak habis cepat. Hahaha.

Finally, masa yang ditunggu-tunggu tibalah giliran saya.. Masuk je dalam bilik tu, ada 2 orang penemu duga, seorang lelaki and seorang perempuan. Saya serahkan salinan dokumen and dokumen asal. Penemu duga tu tanya saya yang baru first time ke interview. Kenapa dia tanya gitu? Sebab dokumen asal saya tu diklipkan dengan paper clip je. Hohoho. Orang lain letak dalam transparent folder tu. Sebenarnya, saya memang ada buat research. Baca pengalaman orang yang pernah interview SPA. Memang ada mentioned kat situ pasal transparent folder tu tapi saya bayangkan yang transparent file tu. Konfiden je bawak siapkan klipkan dengan paper clip lagi. Aduhai :3

Kelemahan saya adalah air muka saya. Part yang saya tak boleh nak atasi. Saya cuba kawal tapi air muka ni orang boleh nampak kalau saya sedih ke marah ke cuak. Memang nampak saya gemuruh. Ketara sangat ke? Dah ramai orang tegur. Apa salahku? Ada sesiapa boleh bagi tips tak untuk atasi? Hahaha. Memandangkan saya dah gemuruh tahap entah apa dah, jadi penemu duga tu bagi masa untuk saya bertenang. Haih anis anis.

Saya rasakan yang interview saya ni lebih kepada santai sebab saya gemuruh sangat. Mereka cuba untuk bantu saya supaya bertenang. Terima kasih banyak. Dah tenang sikit, Penemu duga wanita itu mintak saya perkenalkan diri. Saya pun start lah. Blah blah blahhhh. Then, ada sesuatu yang tak dijangka. Nak dijadikan cerita akak tu pernah kerja di Star Design, butik yang saya pernah kerja time dok Shah Alam. Wow keciknya dunia nie. 

Kemudian, saya ditanya apa yang saya dah prepare untuk interview ni. Saya cakaplah saya ada baca pasal nama menteri-menteri. Padahal, banyak je yang saya baca tapi itu je yang muncul dalam kepala saya time tu. Pastu, beliau tanya beberapa jawatan tu. Tergagaplah saya jawab. Haih lawaklah. Saya gemuruh sangat sampai hilang apa yang saya dah prepare. 

Giliran penemu duga lelaki itu pula tanya saya. Beliau tanya apa maksud intergriti. Kemudian, sedikit pasal latar belakang keluarga saya sebab dalam resume tu alamat rumah saya sekarang dengan tempat saya bersekolah lain. Pastu, tanya pasal tajuk utama surat khabar pada hari tu. Beliau juga ada tanya aktiviti yang saya lakukan semasa di sekolah dulu memandangkan saya tak begitu aktif kokurikulum di sekolah berdasarkan sijil ko-ko saya tu.

Akhir sekali sesi pertanyaan, saya mintak pendapat and cadangan dari mereka supaya saya boleh tambah baik. Benda first akak tu sebut pasal transparent folder tu. Supaya mudah untuk penemu duga tengok and tak ada lah tercicir ke apa kan. Huhuhu. I admitted it. Kemudian, ambil tahu tentang isu semasa. Lagi apa ye? Hmmm itu je kot. Saya pun tak ingat dah sebab sebulan lebih berlalu.

Saya rasakan saya antara yang paling sekejap dalam bilik tu. Mungkin dalam 10-15 minit kot ke tak sampai. Hehehe. Bila pikir balik macam kelakar lah. Rasanya tak pernah kot orang temu duga macam saya ni. Interview dah jadi macam sembang santai. Semuanya gara-gara saya gemuruh sangat. Terima kasih sangat-sangat buat puan dan tuan yang temu duga saya hari tu sebab bantu saya untuk bercakap *lidah kelu dah time nie* and bertenang. 

Begitulah kisahnya. Macam tak membantu kan? Hehehe. Tak ape lah asal dapat hiburkan hati korang and maybe boleh hilangkan sikit rasa gemuruh tu kan. *kot lah kan. Huhuhu I begging you*. Pengajaran dari kisah saya, Janganlah gelabah :p. Hahaha nanti jadi macam saya. Lost. Itulah pengalaman pertama saya interview. Next entri saya akan cerita lagi. First interview nie untuk jawatan pembantu tadbir bahagian pengkeranian/operasi (N19). Second interview untuk jawatan pembantu tadbir bahagian kewangan (W19). Rezeki saya terpilih untuk hadir 2 kali temu duga. Alhamdulillah.

Buat korang yang terpilih untuk interview SPA, good luck okay. Try search tentang isu semasa, skop kerja untuk jawatan yang dipohon. Pastu, ambil tahu tentang skop kerja korang (bagi yang bekerja) sebab ada saya dengar ada penemu duga tanya skop kerja kita. Lagi ape ye? Try juga baca pengalaman orang lain yang pernah interview SPA. Mungkin boleh membantu kan. Pengalaman mereka lebih hebat and membantu berbanding saya punya ni. Huhuhu. Kemudian tawakal and serahkan pada Allah. Lastly, be yourself

16/12/17

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin