Misi Selesai

Assalamualaikum,

*tengok gambar* Alahai geram tengok baby tu. Anak siapa lah awok ni? Hehehe. "Mission completed. Pengembaraan selesai" pernah dengar tak dialog tu? Hah siapa tak pernah dengar tu tak tengok cerita kartun Dora The Explorer lah tu :p Kantoi ceq selalu tengok. Dulu time zaman muda-mudi balik sekolah rajin lah bukak tv9 tengok cerita tu. Sebab dah tak ada cerita lain kan. Tapi sebenarnya faktor utama sis kalah dalam merebut remote tv dengan adik-adik sis. 3 lawan satu. Memang lah kalah yang satu tu *okay nangis jap*

Apakah misinya tu sampai beriya nak update kat blog kan? Hehehe. Misi utama saya selepas tamat diploma. Iaitu memiliki lesen motor dan kereta. Alhamdulillah dah berakhir "perjuangan" saya. Saya start ambil time bulan 7 tu. Amboi kemain lama sampai 5 bulan. Orang lain biasanya paling lama 3 bulan kot. Kot lah. Actually start hujung bulan 7. Pastu, ada beberapa kali yang orang tu dah tetapkan hari tapi saya minta tukar atas sebab-sebab lain lah. Lagipun, saya pergi ke sekolah memandu bukan naik kenderaan sendiri. Orang tu yang jemput. Jadi ada lah hari tertentu yang saya akan ke sana. Gitu lah ceritanya. Hahaha ada je alasan nak back up diri sendiri.

So, misi untuk dapatkan lesen dah boleh potong lah dalam senarai. Sekarang misi mencari kerja pulak. Memandangkan plan saya untuk sambung belajar tergendala kejap atas sebab kelekaan saya nak beli no. pin jadi saya "hold" dulu misi tu. In shaa allah kalau tak ada apa-apa rintangan saya akan sambung degree tahun depan guna UPU. Boleh je kalau nak walk-in kan dekat universiti yang saya nak tapi entah lah. Saya pon masih tak jumpa "apa yang saya betul-betul minat". *parah ni* Hah gitu lah. Itu yang tak mohon mana-mana universiti untuk walk-in.

Bulan ni saya dah hadir 3 temu duga secara rasmi lah kiranya. Sebelum ni ada je tapi temu duga time minta kerja kat kedai baju dengan kedai runcit. Hehehe. Kira tak rasmi lah tu kan. Adik saya kata "Akak dah kenapa asyik pergi interview je" Pastu siap pertikaikan kenapa nak carik kerja. Amboi ayat dia kemain. Padahal baru 3 kali. Maybe sebab tarikh saya pergi tu dekat-dekat. Haih adikku sayang, kakak mu yang cantik menawan ni nak bayar hutang PTPTN guna apa kalau tak kerja? Hahaha. Okay sila lah ambil space untuk muntah warna-warni :3

2 kali itu interview untuk SPA. Alhamdulillah rezeki untuk saya dapat pengalaman. Orang kata nak dapat interview dari SPA pun susah apatah lagi dapat kerja. Awalnya saya macam tak nak pergi tapi memandangkan saya tak ada pengalaman ditemu duga. So, saya decide untuk pergi je. Senang cerita saya pergi ni lebih kepada niat nak dapatkan pengalaman berbanding untuk dapatkan jawatan tu. Hehehe. Jawatan apakah yang saya ditemu duga itu? Jeng jeng jeng. Saya akan bagitahu next entri saya yang entah bila saya akan post. 

23/11/2017

Doakan ibu saya selamat pergi dan selamat balik. Ibu akan menunaikan umrah pada 25 Nov ni sehingga 5 Dec. Huhuhu.

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Memories of 2018

Selesai Divaksin