#ThrowBack : Wedding YA
Assalamualaikum
Are you ready untuk throwback dengan saya? Hahaha macam lah ada kan. Okay tak apa lah biar saya ber-throwback sorang-sorang. Entri sebelum ni dah throwback pasal wedding kawan sekelas masa KUIM. Untuk entri kali saya nak gossip-mossip pasal wedding kawan sekolah dulu. Kawan sekelas time form 4 & form 5. Oh yaa YA tu adalah Yusairah & Akhmal. Yus selamat diijabkabulkan pada pagi 26 Ogos 2017. Majlis berlangsung pada keesokkannya 27 Ogos 2017 di Dewan SMK Seksyen 18 Shah Alam.
Pada awalnya saya tak dapat nak hadir sebab masalah transport. Tapi ini lah peluang keemasan sebab confirm kawan-kawan sekolah saya akan hadir. Sebab lain saya nak pergi sebab nak jumpa Alina, Ain, Syafiqah dengan Illiyyina. Dah lama tak jumpa dorang. Last jumpa rasanya sebelum saya pindah, 2 tahun lalu. Huhuhu. Saya deal dengan adik lelaki saya boleh tak dia bawa saya ke sana kan. Siap tawarkan lagi saya tanggung duit minyak. Mula tu macam nak tak nak je dia tu but finally dia setuju sebab dia nak singgah rumah cikgu sekolah dia dulu and nak pergi Aeon Big Shah Alam tu. So, bergerak lah saya dari Johor ke Shah Alam sana dengan 2 orang adik lelaki saya. Adik perempuan sorang tu tak dapat join sebab esok member ada test jpj motor. Hahaha.
Ini lah dia Nur Alina bt Ahmad Bakri. Orang yang berusaha pujuk saya supaya datang. Geng gosip. Kalau dia call saya, orang boleh salah faham ingatkan saya tengah otp dengan pakwe. Berjam-jam sampai panas telefon ni. I tak ada pakwe okay. Hohoho. Orang ni juga lah yang saya cari setiba disini. Nasib menyebelahi saya sebab timing kami sampai tu serentak. Jumpa kat dewan. Mata melilau cari budak ni and nampak dia pun tengah sesengih kat titew. Hahaha. So cuweeet :p
Saya pun tak boleh lama-lama kat situ sebab ada destinasi lain nak dituju. Nak bergambar dengan yus pon tak sempat. Sempat tengok pengantin berarak masuk dewan je. Time nak gerak keluar tu lah bertembung dengan kawan-kawan sekolah. Sempat bergambar dengan sorang dua lah. Nak bergambar dengan semua kesian pulak sebab dorang baru datang kan. So, salam-salam je lah sempat. Most of them surprised bila nampak saya sebab dorang tak expect saya datang. Hehehe. Saje je tak inform, nak buat kejutan. Cewahh! Pastu sempat jumpa beberapa orang cikgu. Paling tak boleh belah ingat muka cikgu tapi nama dah lupa tapi cikgu mengajar subjek ape tu ingatlah. Masha Allah anak murid jenis apa lah aku ni. Kadang tu blur kejap sebab nak ingat nama. Hahaha. Oh yaa mak Yusairah ni merupakan cikgu sekolah sini dan juga cikgu saya. Ustazah Noma ajar saya subjek Pendidikan Syariah Islamiah time form 5. Rindu nak dengar ustazah bercerita.
Pertemuan yang paling tak disangka. Dapat juga jumpa dengan Ain. Haih bakal doktor ni susah benauuu tau nak contact. Busy memanjang. Sorry tak dapat nak sembang lama. Kau datang time aku nak balik dah. Huhuhu ada rezeki kita jumpa lah ye. Geng lepak petang-petang dekat library tak pon surau tapi tak cukup ahli lagi sorang, Syafiqah.
"nur" kat belakang tu main peranan betul. Hahaha. Punya lah musykil dia cari apa lepas salam-salam tu ghupenya nak handphone. Selfie lah kita makanya. Hahaha. Dah ada gaya-gaya bakal isteri orang Intan Suraya ni. Tak lama lah tu :3
From left : Alina, Adriana, Ain, Anis. Yeahhhh Geng Capital A. Hahaha. Sakit mata ni sebab silau. Dah tu siapa soh bergamboo tetengah hari buta nie. Hahaha
Comel kan goodies nie. Hehehe
Yaa ini lah raja seharinya, Yusairah & suaminya, Akhmal. Credit picture to Adriana. Pinjam gambar satt ye.
The girlssss. Tak dapat nak bergambar sekali sebab dah balik. Credit picture to the owner.
Selfie jap berlatar belakangkan blok sekolah time form 4 & 5. Bangunan paling hujung and sunyi sepi.
Itu sahaja gambarnya. Huhuhu. Happy sebab dapat juga jumpa kawan-kawan especially Ain dengan Alina. Just tak dapat jumpa Illiyyina dengan Syafiqah. Huhuhu tak ada rezeki kita nak jumpa. Time sampai sekolah tu banyak perubahan and automatik terkenangkan zaman sekolah menengah dulu. Macam tak percaya yang sudah 4 tahun saya tinggalkan sekolah ni. Rindunya zaman sekolah dulu. Seronok. Rindu kawan-kawan, cikgu-cikgu. Rindu nak memekak dekat library time petang. Buat macam library tu kami punya. Al-maklum lah librarian kan pastu library pulak kosong petang-petang tu. Memang seronok. Rindu segalanya lah. Andai boleh diundurkan masa. Huhuhu.
Okay sebelum saya melalut jauh baik saya stop sekarang. Niat asal nak throwback pasal wedding kawan. Kang mahunya throwback zaman "muda-mudi" dulu. Otak ni dah flashback kenangan dulu ni, tinggal nak taip je. Hehehe. Goodbye, have a nice day!
8/9/2017
Tahniahh buat Yusairah dan suami. Semoga diberkati Allah dan kekal hingga ke jannah. Maaf tak sempat nak jumpa time wedding tu. Sempat pesan kirim salam je. Tahniah sekali lagi.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.