Menginjak Usia 20 Tahun
Assalamualaikum,
pertama sekali, saya nak mintak maaf sesangat pada yang meninggalkan komen dekat blog saya. saya jarang bukak blog. jadi bila bukak blog tengok ade komen yang dah 'berkurun' orang hantar. huhuhu serba salah rasanya sebab reply lambat. harap maaf ye. kebanyakkan komen yang ditinggalkan pada saya adalah entri berkenaan kemasukan saya di KUIM. saya dah balas komen korang. boleh rujuk pada entri tersebut. nasihat saya untuk lebih kepastian tentang KUIM, boleh rujuk pada laman web rasmi KUIM. dekat situ banyak info and saya rasa boleh menjawab pertanyaan korang. hehehe maaf sekali lagi.
beria je letak gambar atas tu kononya birthday girl. padahal dah belated birthday girl. hahaha. sebenarnya saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri kali nie, so hantam saje lah. birthday saya dah lepas pon iaitu pada 10 Februari 2016. siapa yang sama birthday dengan saya, seppp sikit! hehehe. genap sudah umur saya 20 tahun. huarghhhh dah tak sweet belasan-belasan dah. 20-an sekarang nie. birthday tahun nie saya sambut dekat asrama sebab jatuh pada tarikh yang ada kuliah. sah lah kat asrama time tu. pada awalnya kawan-kawan saya tak tahu pasal birthday saya tu. saya diamkan saje. hahaha tak tahu apa motif saya rahsiakan hari jadi saya. kena pulak time tu hari rabu, hari yang pack gila dengan kelas, dari pagi sampai ke malam. memang lagi saya tak nak bagitahu. lagipun saya hampir lupa hari itu birthday saya. kalau tak kerana group whatsapp sekolah saya dulu wish, tak adanya saya ingat. teruknya saya nie kan. birthday sendiri pon boleh lupa. terima kasih pada korang yang wish.
kantoi time kelas malam tu bila kawan saya sorang nie (Azura) pergi tanya saya pasal birthday. dia ingat saya punya bulan 2 tapi konfius tarikhnya. punyalah dia teka 10,11, 12, 13. lastly saya sebut lah hari nie. ofkos kawan yang lain dengar. hahaha kantoi sudah. spoil lah zura nie. baru nak rahsiakan.
jadi pada keesokannya, budak bilik saya yang merupakan budak kelas saya juga termasuk ida (dok bilik lain) sambut birthday saya. saya dah syak dah dorang nak buat sesuatu. saya dah pikir macam-macam dah. jangan lah dorang prank saya terok-terok. saya tak suka. lastly biasa je. time perjumpaan bilik tu lah ida keluarkan kek. huhuhu bukan sambut birthday saya je. sambut sekali 2 budak belated birthday girl (una and meah) dengan sorang upcoming birthday girl iaitu zura (18 Feb). terima kasih you guys. tak expect pon korang nak sambut birthday saya ni. pengalaman baru first time sambut birthday dengan kengkawan. huhuhu. kena calit kek dengan shera. sabar je lah. nasib baik tak kena air experiment dia. entah apa benda dia letak kat dalam tu.
begitulah kisah sambutan birthday saya untuk tahun nie. hahaha kemain ayat. tak ada apa yang special pon. saje nak share dengan korang. okay lah. sampai setakat ini sahaja entri saya kali ini. segala kekurangan amatlah dikesali. terima kasih kerana sudi baca :) (itu pun kalau ada)
4/3/16
p/s : mohon sedekahkan al-fatihah buat arwah atok saya, Khamis bin Ismail yang telah meninggal dunia pada malam 28 Feb lalu. semoga roh atok dicucuri rahmat-Nya. jenazah atok dikebumikan disebelah kubur ayah saya.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Sila tinggalkan pesanan atau teguran disini.